Monday, December 7, 2009

Indahnya..

Bismillah,

Sudah lebih seminggu, aku keluar berjalan tak berhenti. Jarang sungguh melekat di rumah. Sehari dua jer yang betul-betul rehat kat rumah. Hari lain, ada saja plan nak keluar. Jalan-jalan kat city, teman orang buat tu, buat ni. Kata pun tengah takde buat apa sangat selain tunggu family nak datang. Berdebar dan excited nieh family nak datang. Berdebar sebab takut tak dapat jadi host yang baik untuk dorg masa bawak pegi jalan-jalan nanti. Planning trip sume setakat nie alhamdulillah ok. Tunggu masa tu jer laa. Semoga segala urusan dipermudahkan oleh-Nya, insya-Allah.

Dalam dok risau duit takde nie, makin galak kuar jalan2. Camne nak jimat duit kalau asyik kuar jer? Walaupun kononnya kuar berjalan yang tak memerlukan banyak duit, tp still kuar gak kan. Hampir setiap hari plak tu. Paling koman, kuar makan eskrem. Memang eskrem menjadi peneman setia di musim panas ini. Panas ke? Asyik hujan jer. Heh. Tp eskrem tetap makan. Haha.

Ramai yang kata aku pandai berkata-kata. Dan itu sebenarnya menakutkan aku. Kerana dari kata-kata datangnya tanggungjawab untuk menzahirkannya dalam bentuk tindakan.

Firman Allah S.W.T.:

"Wahai orang-orang yang beriman, kenapakah kamu mengatakan sesuatu yang tidak kamu kerjakan? Amat besar kebencian di sisi Allah bahwa kamu mengatakan apa-apa yang tidak kamu kerjakan" [Al-Saff: 2-3]

Kurangkan berkata-kata dan banyakkan tindakan.

Ataupun seiringkan kedua-duanya. Syahadatul Haq.

Favourite quote of the day:

Sesungguhnya kecintaan Allah itu adalah melalui dugaan dan musibah dalam hidup insan. Kasih sayangNya semakin dekat apabila semakin kuat ujian itu

Ya Allah, maafkan aku, hambaMu yang lemah dalam menghadapi ujianMu. Sesungguhnya hanya rahmatMu dan cintaMu yang ku harapkan. Tiada yang lain. Bimbinglah aku dalam mengenali petunjukMu Ya Allah..

Semalam adalah hari terakhir kak Wani di bumi Wellington. Terima kasih kak Wani kerana telah menyuburkan bumi Wellington. Semoga kak Wani mendapat yang terbaik dan insya-Allah kita jumpa lagi di Malaysia dengan satu tujuan.

Bertemu dan berpisah kerana Allah. Indahnya.. :-)

No comments:

Post a Comment