Friday, December 25, 2009

Graduation, Family Trip & Going Back Home

Bismillah,

The graduation was awesome! Especially the parade. Cuaca cerah, dan terserlah di wajah masing-masing kegembiraan bergelar graduan. Senyuman mekar terukir di setiap bibir. Alhamdulillah, Subhanallah, Allahuakbar. Maknanya sekarang, ke mana aku selepas ini?

Terima kasih banyak2 kepada abang aku yang menjadi jurugambar berdedikasi sepanjang hari. Ikut sepanjang parade, amek sume gambar. Honestly, I was amazed. Tak sangka abang aku se'sporting' itu. Thank you so much, brother! Really appreciate it!!



 About the family trip, from north down to south, it was an awesome one too. Alhamdulillah.

Aku harap family aku gembira dan berpuas hati dengan keindahan tempat-tempat yg aku bawa. Well, aku tak rasa itu susah sgt sbb NZ mmg terkenal dengan tempat-tempat yg cantik sepanjang jalan. Bila aku tengok mereka teruja melihat gunung-ganang, lembu dan kambing yg sungguh banyak, aku turut teruja sekali. Bagi aku sendiri, walaupun da selalu tengok, masih rasa cantik, apetah lagi mereka yg baru pertama kali datang.

Aku nak kongsi satu cerita. Dalam perjalanan dari Christchurch ke Queenstown, kami berhenti di tempat rehat di tepi jalan untuk solat jamak. Tempat rehat tu plak bersebelahan dengan kawasan lembu. Mula-mula semua lembu buat kerja sendiri. Apa lagi, makan rumput laa. Hehe. Ada laa jugak sekor dua yang tengok jer ktorang. Sebelum tu aku da bgtau family aku, kambing2 dan lembu2 kat sini kalau nampak org selalunya dorg mcm akan bg pandangan slack. Haha. Maybe sebab org jarang pergi tempat dorg kot. Tapi dorg x kacau laa. Just tgk jer. Pastu ktorang pun solat dan kiblat membelakangi semua lembu tu. Habis solat jer, ktorang pusing, nak tau ape jadi?






Masya-Allah. Hampir semua lembu datang beratur tgk ktorang. Gambar kedua menunjukkan ada lagi sekor nak join the crowd. Hehe. Mula laa semua excited. Bagi salam laa, cakap2 dengan lembu2 tu laa. Haha. Menarik kan.

Syukur kepada Allah, segala urusan dipermudahkan. Tempat tinggal, makanan, pengangkutan, semua pun berjalan lancar.

Cumanya ini adalah pengalaman kali pertama buat mereka berjalan sendiri-sendiri, maksudnya without pakej. Semuanya diuruskan sendiri. Pendek kata, duit yg digunakan mmg extra banyak. Apatah lagi harga pengangkutan dan tempat tinggal di waktu musim panas extra tinggi. Mak aku yang da biasa berjalan dengan pakej kata inilah pertama kali berjalan ke luar negara dan masak nasi sendiri. Hehe. Mama, terima kasih sangat-sangat atas pengorbananmu. Sangat terharu. Walaupun mama kata yang paling penting adalah dapat datang ke tempat aku dan tgk aku bergraduasi. Akhirnya, tercapai juga impian mama untuk datang ke sini dan melihat tempat aku belajar. Terima kasih Ya Allah. Iynas, balik nie sila buat extra baik dengan mama. Kalau boleh jangan susahkan mama lagi especially in terms of financial.

Talking bout that, aku da nak masuk alam pekerjaan! Alam baru! Ah, takutnya. Takut ke berdebar? Haha. Mesti berani buat perubahan! Selari dengan sambutan Maal Hijrah baru-baru ini. Kalau bukan sebab Maal Hijrah pun, kita mesti berani buat perubahan dalam hidup kan.

The thing is, keje pun xde lagi. Harus pantas mencari sekembali ke tanah air. Kumpul duit untuk masa depan dan bagi duit kat mama sebab da banyak berhabis utk aku.

Perubahan. Dari Wellington, New Zealand, my second home, to Kuala Lumpur, Malaysia. Memang banyak proses adaptasi yang perlu dibuat. Aku da terlalu selesa di sini. This is my comfort zone. Da ada beberapa perancangan. Beberapa? Macam baru satu jer. Haha. Apekah itu, insya-Allah akan dihuraikan kemudian sebab aku pun ada tugasan yang diberikan oleh Kak Meme sempena Maal Hijrah.

Betulkan niat, elakkan futur.

Ya Allah, permudahkanlah..ampunkanlah segala dosa-dosaku. Sudah terlalu kerap aku menzalimi diriku sendiri. Aku mohon Ya Allah, janganlah biarkan aku jauh dariMu. Berikan aku kekuatan untuk menghadapi perubahan ini supaya aku terus berada di jalanMu. BimbinganMu aku harapkan Ya Allah..aminn..

1 comment:

  1. Subhanallah. Lembu pon nak tengok orang bersolat. Agaknya lembu-lembu pon rindu nak tengok hamba-hamba Allah tunduk merafa'kan sembah kepada Pencipta, kan?

    Teringat pasal kucing saya datang tidur di sisi seolah mendengar saya yang sedang membaca potongan surah An'aam tentang Nabi Ibrahim yang mencari Tuhan yang Satu. Allahuakbar. Sungguh, Dia nak tunjukkan kita kekuasaannya supaya kita tambah beriman. InsyaAllah. :')

    ReplyDelete