~ WANITA ANGIN ~
*Berterus terang, berminda aktif dan gemar mencari kepelbagaian dalam setiap aspek kehidupan. (so and so jer kot)
*Berfikiran terbuka, mempunyai daya imaginasi dan inovatif, bagi mereka segalanya boleh dicapai. (sounds like me)
*Bergaya, tenang dan tidak cerewet serta mempunyai keinginan semulajadi untuk mengamalkan sikap diplomasi dan saling bekerjasama bersungguh-sungguh. (bergaya? so not me)
*Sanggup mengorbankan kehendak atau idea mereka sendiri demi mencapai keharmonian dan mengelakkan perselisihan atau konflik. (this is really me)
*Sentiasa gigih untuk mendapatkan cinta yang terunggul, untuk berkonfrantasi. (erm, erm no komen)
*Kurang cenderung untuk menyampaikan perasaan sebenar yang terpendam dalam hati mereka. (i think i'm the opposite)
*Dikenali dan diingati kerana sifat romantis dan manja. (eik? ye ke?)
- Anak pertama = Tanah
- Anak kedua = Air
- Anak ketiga = Api
- Anak keempat = Angin
- Anak kelima dan seterusnya = Ulang balik turutan
Sbb aku anak kelima, jadi aku unsur tanah.
Apepun jodoh tu sume ketentuan Allah.
Skarang mari kite lihat sifat-sifat wanita tanah:
Wanita tanah dilahirkan di bawah zodiak Taurus(21 April-20Mei), Virgo(24Ogos-23 September) dan Capricon(22 Disember-20 Januari).
*seorang yang boleh dijangka, berwibawa dan praktikal. (Kawan2 mmg cakap aku seorg yg senang dijangka. Berwibawa dan pratikal? Aku serahkan kpd org utk menilai)
*Penyabar dan bertolak ansur, mempunyai kehendak dalaman dari segi emosi dan material. (I can say 80% betul)
*Semangat produktif dan gigih yang disertai dengan sikap berhati-hati menjadikan wanita tanah berkemampuan mencapai kejayaan dalam perniagaan. (X sure plak, tp aku rase aku seorg yg terlalu berhati-hati)
*Kebijaksanaan dan kepintaran yang diperolehi sering tersembunyi oleh air muka semulajadi yang pendiam dan tenang. (Ye ke? Tp saye mmg pendiam. Haha)
*Sifat marah yang terkawal serta keperluan untuk keteguhan dan kawalan sering terbawa-bawa dalam perhubungan yang amat konservatif, serius dan sederhana. (100% me! Couldn't agree more with this one)
*Tidak mudah menunjukkan sifat penyayang tetapi wanita tanah adalah seorang kekasih yang setia dan berwibawa. (Hmm, i think so :-P)
Di sini aku sertakan jgak sifat2 wanita dari unsur2 laen utk penilaian kalian. Bleh laa nak bandingkan ikot tarikh lahir or turutan anak kebrape. Tp nie sume utk ske2 jer tau. Same atau x itu sume kebetulan semata-mata.
~WANITA API~
Wanita api dilahirkan di bawah lambang Aries(21 Mac-20 April), Leo(24 Julai-23 Ogos) dan Sagittarius(23 November-21 Disember).
*Dilahirkan sebagai pemimpin
*Mempunyai kekuatan diri dan biasanya enggan menerima pendapat orang lain walaupun ianya benar.
*Seorang yang artistik dan sukar dijangka, tetapi biasanya romantis dan tidak pemalu.
*Mempunyai personaliti suka menguasai dan mendominasi tetapi boleh mengimbangi sifat-sifat ini dengan sikap yang pemurah, mesra dan menunjukkan sifat yang mendalam terhadap sesuatu yang disukainya.
*Suka berterus terang dan tidak berselindung menyebabkan orang yang dikasihi mersa sedih dan terhiris.
*Jujur dan mahu hubungan peribadi berjalan dengan lancar.
*Wanita api harus diberikan ruang yang cukup luas untuk menjadikan perhubungan itu terus berkesan.
*Tidak keberatan untuk beralih arah jika berasa tertekan.
~ WANITA AIR ~
Wanita air terdiri daripada mereka yang lahir di bawah zodiak Cancer(22 Jun-23 Julai), Scorpio(24 Oktober-22 November) dan Pisces(20 Februari-20 Mac)
*Mempunyai sifat semulajadi untuk berkembang maju.*Mereka ini dipandu oleh perasaan hati dan mempunyai sifat mudah bersimpati, berdaya imaginatif, sentimental, mempunyai perasaan yang berubah-ubah dan berhati-hati.
*Tenang dan mudah tersentuh oleh emosi orang-orang yang berada disekeliling dan cepat mengeluarkan air mata dalam sebarang situasi yang menyedihkan.
*Mudah mengikut rentak emosi orang lain dan juga diri sendiri.
Daa~