Aku pernah baca dulu, tak baik ber"kalau-kalau" nie. Buka jalan kepada syaitan or something like that. Hadis kalau tak silap. Ah, korang google lah sendiri. Sebab dalam post nie, aku nak berKALAU.
KALAU lah mereka tahu, aku hampir bergaduh dengan wakil syarikat yang buat kad kawen aku sebab tetibe aku nak mereka siapkan kad tu cepat dalam masa kurang dari seminggu. Tiba-tiba order aku jadi urgent. Sebab aku cakap aku nak balik kampung raya haji tu. Nak bagi sendiri kad kawen kat keluarga dan saudara-mara di kampung. Yelah, masa raya puasa tak dapat balik sbb pkp covid-19. Masa raya haji tu dah boleh rentas negeri. Masing-masing semua amek kesempatan nak balik kampung beraya haji, ganti balik raya puasa yang duduk di rumah saja. Maka, order kad kawen aku pun jadi urgent sebab aku nak bawak balik kampung dan serahkan sendiri. Dalam masa tak sampai seminggu, siap kad kawen aku. Alhamdulillah, thanks to nikahsatu. I'm so happy sebab dapat balik kampung dan serahkan sendiri kad kawen aku.
But i guess, semua tu dah tak bermakna lagi. Siap dicop, "kami tak diundang" oleh keluarga dari kampung bila mana aku ambil keputusan untuk tak benarkan mereka datang dulu ke majlis aku kemudiannya sebab masa tu negeri kampung aku kena pkpd. Walaupun kampung aku tak kena, tapi sebab majlis kawen melibatkan orang lain yang penting juga seperti keluarga belah lelaki, tok kadi dan sebagainya, bukan saja keluarga, maka aku harus ambil kira dan hormat pandangan mereka. Maybe lah, aku dilihat selfish dan membelakangi keluarga, walaupun aku harap dan expect mereka faham tentang situasi new norm, covid, etc semua nie.
Tapi tu lah, aku masih cuba untuk faham cara mereka berfikir. Again, KALAU aku cakap nie kang, aku kena jugak, tapi mungkin inilah yang dikatakan perbezaan mentaliti.
Itu belum lagi masuk bab mengungkit, yang buatkan aku tawar hati. Besar rupanya kesalahan aku untuk tak membenarkan dulu mereka datang setelah aku sendiri bertungkus-lumus nak siapkan kad kawen dan serahkan sendiri kepada mereka. Tapi ye lah, apalah sangat aku bertungkus-lumus tu nak dibandingkan dengan apa yang diungkitkan.
No comments:
Post a Comment