Saturday, November 7, 2020

KALAU

Aku pernah baca dulu, tak baik ber"kalau-kalau" nie. Buka jalan kepada syaitan or something like that. Hadis kalau tak silap. Ah, korang google lah sendiri. Sebab dalam post nie, aku nak berKALAU.

KALAU lah mereka tahu, aku hampir bergaduh dengan wakil syarikat yang buat kad kawen aku sebab tetibe aku nak mereka siapkan kad tu cepat dalam masa kurang dari seminggu. Tiba-tiba order aku jadi urgent. Sebab aku cakap aku nak balik kampung raya haji tu. Nak bagi sendiri kad kawen kat keluarga dan saudara-mara di kampung. Yelah, masa raya puasa tak dapat balik sbb pkp covid-19. Masa raya haji tu dah boleh rentas negeri. Masing-masing semua amek kesempatan nak balik kampung beraya haji, ganti balik raya puasa yang duduk di rumah saja. Maka, order kad kawen aku pun jadi urgent sebab aku nak bawak balik kampung dan serahkan sendiri. Dalam masa tak sampai seminggu, siap kad kawen aku. Alhamdulillah, thanks to nikahsatu. I'm so happy sebab dapat balik kampung dan serahkan sendiri kad kawen aku.

But i guess, semua tu dah tak bermakna lagi. Siap dicop, "kami tak diundang" oleh keluarga dari kampung bila mana aku ambil keputusan untuk tak benarkan mereka datang dulu ke majlis aku kemudiannya sebab masa tu negeri kampung aku kena pkpd. Walaupun kampung aku tak kena, tapi sebab majlis kawen melibatkan orang lain yang penting juga seperti keluarga belah lelaki, tok kadi dan sebagainya, bukan saja keluarga, maka aku harus ambil kira dan hormat pandangan mereka. Maybe lah, aku dilihat selfish dan membelakangi keluarga, walaupun aku harap dan expect mereka faham tentang situasi new norm, covid, etc semua nie.

Tapi tu lah, aku masih cuba untuk faham cara mereka berfikir. Again, KALAU aku cakap nie kang, aku kena jugak, tapi mungkin inilah yang dikatakan perbezaan mentaliti.

Itu belum lagi masuk bab mengungkit, yang buatkan aku tawar hati. Besar rupanya kesalahan aku untuk tak membenarkan dulu mereka datang setelah aku sendiri bertungkus-lumus nak siapkan kad kawen dan serahkan sendiri kepada mereka. Tapi ye lah, apalah sangat aku bertungkus-lumus tu nak dibandingkan dengan apa yang diungkitkan.

Tuesday, November 3, 2020

So...what happened in 2019?

Cepatnya ada next post! Haha.

Sebab tetibe dari last post in 2018 terus lompat ke 2020. Apa jadi in between?

I can remember lots of outdoor activities, in Malaysia and outside Malaysia. Dramas (of course), ups, downs, heartbreaks, happiness yada yada.

Basically, I'm living my 2019!

Too bad I did not blog any about it. Kena rajin scroll instagram la macam tu. Or fb memories for that matter - walaupun i dah tak main fb but thanks to those yang rajin tag i, ada jugak memory :-) ouh wait! instagram pun selalu keluar archive kan, ok boleh tengok situ. Hahahahahahahahah

Hello 2020! (which is almost over)

Hello!

Dah lebih 2 tahun bersawang blog nie. Hari nie kuat push factor i untuk melawat dan start menulis semula di sini.

So,

1. What is my push factor?

2. Why here?

Answer for Q1:

I want to share my..perhaps, new journey? No, not on the wedding. Ouh yes, alhamdulillah i dah selamat bernikah pada 26/9/2020 yang lalu. It was somehow my dream wedding. Not as simple as i imagine it to be (yes gais i takde nafsu untuk grand wedding, pelik tak?), but i am beyond grateful that it went smoothly and surrounded by favourite people of mine :-) although ada family dari kedah yang i sendiri request tak perlu datang dulu - ok not gonna elaborate further on that - sensitive issue time covid-19 nie but yeah bukan sume orang boleh faham kan.

What the new journey is all about? Perhaps in the next post. Dah lama tak tulis blog nie, intro dulu. Hahahah.

Answer for Q2:

I was thinking nak buat thread in twitter or story highlights on instagram. But erm, macam panjang je nak taip? Better blog la kot plus dah ada laptop sendiri sekarang. Bukan ofis punya laptop. Ntah bila nak dapat pun tak tau. So terpaksa la beli sendiri dulu demi kemudahan utk wfh - walaupun tak mudah sangat la sebab takde access to my work folders. Next year i nak claim, ok bos? Please take note. Kah. Kalau tak boleh, exclude dari tax taun depan je lah.

Oklah, sampai sini dulu. Nak asah balik menulis dari hati nie lols. Harap ada lah next post ok, insyaAllah. I nak share my journey for my own documentation and perhaps beneficial for other people too, insyaAllah :-)