It's been a while..since I got so in touch with poems.
And I just couldn't help to share this with all my beautiful readers.
He's a comedian, yet masyaAllah..i could feel my tears..
This, is truly from his heart..
He's a comedian, yet masyaAllah..i could feel my tears..
This, is truly from his heart..
MATA KECILKU
Nukilan : Ammu Afdlin Shauki aka Abu Miasara
Kau buat mataku kecil
Kau buat badanku besar
Kau sayangkan aku
Kau buatku serba kekuranganSupaya aku berusaha mencari kejayaanKemudian kau limpahkan dgn kesenanganKau sayangkan akuAku leka dengan hidup duniaTiada syukur tersemat didadaHari hari bergelumang dosaperhubungan kita tidak ku jagaseperti seorang anak tak mengenang jasaKau sayangkan akuAku yg sudah hanyut jiwakuRasa tak layak lagi bersamaMuSangkaku tertutup sudah pintu kemaafanMukerana ke-alpaan dirikuKerana kebodohan dirikukerana keangkuhan dirikuKerana ku butakan mata kecilku"Masihkah Kau sayangkan Aku?"f16 Israel membedil GazaKau sayangkan akuBom Bom Israel mencari SyuhadaKesengsaraan di tanah GazaKehancuran merata- rataKezaliman yg tak terkataKau sayangkan akuKemanusiaan membawaku ke sanaKau permudahkan segala caraWalaupun debar menggoncang dadaKau beri ku kekuatan mindaSelamat perjalananku ke GazaAgar akhirnya dapat ku gunaMata yang lama tak bercahayaKerana hanya mengejar duniaKau Sayangkan akuMataku melihat, runtun hatikubukan kerana kematian dan kesusahan di situGaza tanah barakahMUwalaupun semuanya kelabuDipenuhi oleh kekasih-kekasihMUYang tidak pernah menyoal cintaMUYang tak pernah menyalahkanMUWalaupun apa saja kesusahan yang kau beriKesyukuran tak pernah meninggalkan hatiSemua kekasih kekasihMU itu merinduiBersamamu di Jannah nantiAir mata berlinangan dari mata kecilkuMelihat Ketenangan wajah kekasihMUMelihat Keberanian jiwa kekasihMUMelihat keredhaan hati kekasihMUMelihat ketaqwaan hidup kekasihMUSenyum kekasihMU penuh cahayaSenyun terukir walaupun dukaSenyum di beri tak memilih siapaSenyum penuh kesyukuran padaNYAAKu terduduk, terdiam melihatnyaMata aku berkelip tidak percaya,tidak pernah aku melihat sepertinyaAdakah aku dibumi nyataataupun menghampiri ahli-ahli syurgaPalestin bergolak atas keizinanMuKau mahu Palestin menjadi guruPelajaran bagi semua umat MUMenyuluh jalan pulang padaMUAku meminta pengampunan dariMu Ya AllahKerana setelah semua yg aku lakukau masih sudi membuka matakukau masih sudi mahu bersama kuKau masih sudi sayangkan akuKau sayangkan akuAku bersyukur dan merasa rendahkerana diriku yang masih kau endahAkan ku balas cintamu dengan seluruh jiwakudengan badan besarkudengan seniku, dengan jenakaku, dengan akalkudengan mata kecilku yang kini melihat kebesaran Mukekuatan Mu, Ke BijaksanaanMu, PengampunanMUCinta Mu yang memang tidak ada seteru.Semua yang ku lakukan kini kerana MuUntukMu inginku menjadi QalamAkan aku ceritakan kebesaranmu kepada sekian AlamAkan ku sampaikan kasih mu yg sangat mendalamYa aku, Budak gemuk yg 120kg ni... ISLAM.Di sebalik komedinya yang menggelikan hati kita, siapa tahu kepayahan yang Afdlin alami di sebaliknya.Allah tau dia telah bersedia. Allah izinkan dia ke Gaza. Sebab dia kuat dan kental mengharungi segala.Kita? Hanya membantu mendoakan saudara seagama kita di Gaza. Cukupkah? Kalau ada rezeki lebih dan peluang, tidak maukah kita membantu meringankan beban Gaza? Tanah Palestin tanah barakah.Afdlin hanya seorang artis komedi, namun diizinkan Allah ke Gaza. Menghiburkan kanak-kanak Palestin. Itu sumbangannya. Besar, sangat besar. Menggembirakan hati orang lain.Bagaimana dengan kita? Apa sumbangan kita?Credit to Sarah Shaina, ex-unimate and usrahmate..
No comments:
Post a Comment