Saturday, November 21, 2009

Hobi 'lama'

Bismillah,

Sebelum pulang bercuti ke Malaysia, seorang rakan meminta aku memulangkan sebuah buku kepada seorang rakan yang lain.

Saat dibaca tajuknya, aku tertarik.

"Nak baca dululah baru pulangkan," kataku.

Sampai pemilik buku pun dah pulang bercuti ke Malaysia, aku tak bagitahu lagi yang bukunya ada padaku. Dia online nanti, aku bagitahu, insya-Allah.

Aku sudah baca separuh. Insan-insan lain yang terlihat buku ini pun rasa nak baca. Tapi, tunggu dulu, turn aku belum habis. Haha. Tapi special kes utk Kak Mun, dia baca sekejap jer da habis. Yang lain, tunggu eh. Beratur panjang nieh. Hehe.

Tajuk buku tu, "Aku terima Nikahnya" oleh Hasrizal Abdul Jamil.

Haa, mesti ada yang rasa nak baca kan. Jangan tipu. Haha. Orang yang tak rasa nak kahwin lagi pun tengah beratur nak baca buku nie. Haha. Yang da baca tu takpe laa.

'Hairan saya, seorang bercakap Irish, seorang lagi berbahasa Turki. Bagaimana dua anak kecil ini boleh saling memahami?'

Penulis sedang bercerita tentang anaknya dan anak seorang rakannya ketika sedang menuntut di luar negara. Aku tertawa kecil.

"Kak Mun, dengar ni," lalu aku membacakan ayat di atas.

"Saya ingat dulu masa saya ikut arwah ayah melanjutkan pelajaran kat Mesir, saya ada seorang kawan lelaki berbangsa Arab. Berborak sakan. Dia cakap Arab, saya cakap Melayu, lepas tu gelak-gelak macam konon paham apa yang ktorang cakapkan. Macam rancak berbual laa. Padahal tak paham ape pun. Sampai sekarang kalau mak dan kawan arwah ayah teringat pasal nie, dorg selalu hairan camne ktorang bleh paham sesama sendiri. Siap gelak2 mesra yang tak tahan tuh," aku bercerita kepada Kak Mun.

"Masa tu umur awak berapa?" Kak Mun tanya.

"5 tahun. Agaknya tu laa cara budak2 communicate kot. Haha." Aku membuat kesimpulan sendiri.

Selain perkara-perkara yang berkaitan perkahwinan, penulis ada selitkan tentang kenangan beliau bersama arwah ayahnya. Dikatakan arwah seorang yang tegas dan teguh terhadap prinsip hidupnya. Penulis berkongsi tentang memori yang beliau ingat ketika bersama arwah dari kecil hinggalah kematian menjemput ayahnya ketika usia beliau mencecah 17 tahun.

Setakat ini, bahagian tentang kehilangan ayah yang paling terkesan di hati aku antara semua dalam buku ini. Mungkin sebab aku pernah merasainya. Saat si anak cuba menipu yang dia dapat keputusan teruk untuk SRP, si ayah tahu si anak sebenarnya mendapat keputusan cemerlang kerana dapat merasakannya.

Entah-entah masa aku buat jahat dulu, walaupun aku tak cakap, Baba mesti tahu.

Memori ligat bermain di kepala.

'Namun, kesedihan itu tidak memberi sebarang erti dan makna, kerana bukan itu yang Abah perlukan. Abah perlukan cahaya di kuburnya. Cahaya itu tidak datang daripada kegembiraan saya, atau kesedihan. Namun ia terbit daripada kepatuhan dan istiqamah saya, terhadap setiap butir nasihat dan ilmu yang Abah sempat kongsi bersama saya'

Aku mengangguk sendirian, tanda faham.

Memetik doa dari buku ini:

'Ya Allah, ampunilah ibu bapa kami, rahmatilah mereka, maafkan mereka, dan uzurkan kekurangan-kekurangan mereka. Tempatkan mereka di dunia rahmat-Mu, dan Akhirat redha-Mu. Amin'


Ah, sudah lama rasanya tidak 'enjoy' membaca buku cerita :-D

No comments:

Post a Comment