Thursday, November 26, 2009

The truth behind September 11...(BLUEPRINT FOR TRUTH-The Architecture of Destruction)

Bismillah,

I was reading some articles about sacred months in Islam when a friend walked in and had some chat with me. Later she came up with interesting facts about the truth behind September 11 from the perspective of an architect. She heard about it from a talk. As an-architect-to-be, I was amazed with the way she explained about how a building should fall down. Something like that, coz I didn't really understand architecture but I kinda get that what happened in September 11 is somehow well-planned. I'm glad that I had that talk with her and I think we should share it, so I asked her to write it here.

Enjoy the truth-reading:

__________________________________________________________________

'The Hard Evidence Tour Down Under hit a high note on Saturday afternoon at the Te Papa Museum in Wellington, when over 650 turned up to hear Richard Gage, AIA, the spokesperson for Architects and Engineers for 9/11 Truth, (AE911Truth), talk about what really happened to World Trade Centre (WTC) 1, 2, and 7 on 9/11. It was the largest crowd the architect and founder of AE911Truth has ever spoken to since he began spreading the truth – what he calls the Architecture of Destruction, about the evidence of 9/11, and revealing the buildings were brought down by controlled demolition, not by jet fuel and fires....' (This article was posted originally on 9/11 Blogger. )

Thanks to Richard Gage for his awesome talk in Te Papa Museum, Wellington, NZ.
Telling the whole world the truth is quite a risky job. I can smell some challenge here. Prone to be part of it!-the future architect, FS

credit to--> Mimi shamsudin, my informer and nadiah, my official advisor =p.

The truth begin: "What the Goverment and media wont tell you about?"

A) What happend to WTC Building 7 -the proves I watch (hope theres some in youtube)
1-a 47-storey skyscraper NOT HIT BY AN AIRPLANE was the third tower destroyed on 9/11.
2-fall: free fall acceleration of the building (video)-with my tiny lil kowledge I know that all buildings shud have some resistance> for lateral and gravitational force. we should not be blind. Take note. =). Free fall only exist if every floor being explodes due to certain calculated times-exist in cotrolled demolition.
3-overall building mass falls UNIFORMLY through the path of what was greatest resistance-require precise time patterned removal of critical columns.
4-collapse inward, symmetrically.
5-evidence-melted steel(wish i can scan the picture)-no way a steel can melt with a house fire. Im not a kid nemore.

B) What happend to WTC Twin Towers -the real proves;
1-constant acceleration through path of what was greatest resistace-no time for 'crushing'
2-improbable symmetry of debris distribution
3-1200 foot-dia. debris field: no "pancake" floors found
4-isolated explosive ejections seen 20-40 stories below cascading demolition canopy.
5-tons of molten iron found under all 3 high-rises
6-evidence of thermite incendiaries found in steel and dust samples
7- no precedent for steel-framed high-rise collapse due to fire.
8-evidence-molten metal n etc.

p/s:trust your eyes, the facts and the laws of physics (AE911Truth.org). Search the real truth: best recommended option-internet, think deeper when watching CNN or reading NIST report. Let search for more evidence...yeah!

-FS

-source from (AE911Truth.org, http://911blogger.com/node/21937 , http://www.ae911truth.org/info/119)

__________________________________________________________________

Any questions, comments and opinions are welcomed (despite of the restricted comments being allowed) but I can't guarantee to answer them.

Thanx for reading :-)


Saturday, November 21, 2009

Hobi 'lama'

Bismillah,

Sebelum pulang bercuti ke Malaysia, seorang rakan meminta aku memulangkan sebuah buku kepada seorang rakan yang lain.

Saat dibaca tajuknya, aku tertarik.

"Nak baca dululah baru pulangkan," kataku.

Sampai pemilik buku pun dah pulang bercuti ke Malaysia, aku tak bagitahu lagi yang bukunya ada padaku. Dia online nanti, aku bagitahu, insya-Allah.

Aku sudah baca separuh. Insan-insan lain yang terlihat buku ini pun rasa nak baca. Tapi, tunggu dulu, turn aku belum habis. Haha. Tapi special kes utk Kak Mun, dia baca sekejap jer da habis. Yang lain, tunggu eh. Beratur panjang nieh. Hehe.

Tajuk buku tu, "Aku terima Nikahnya" oleh Hasrizal Abdul Jamil.

Haa, mesti ada yang rasa nak baca kan. Jangan tipu. Haha. Orang yang tak rasa nak kahwin lagi pun tengah beratur nak baca buku nie. Haha. Yang da baca tu takpe laa.

'Hairan saya, seorang bercakap Irish, seorang lagi berbahasa Turki. Bagaimana dua anak kecil ini boleh saling memahami?'

Penulis sedang bercerita tentang anaknya dan anak seorang rakannya ketika sedang menuntut di luar negara. Aku tertawa kecil.

"Kak Mun, dengar ni," lalu aku membacakan ayat di atas.

"Saya ingat dulu masa saya ikut arwah ayah melanjutkan pelajaran kat Mesir, saya ada seorang kawan lelaki berbangsa Arab. Berborak sakan. Dia cakap Arab, saya cakap Melayu, lepas tu gelak-gelak macam konon paham apa yang ktorang cakapkan. Macam rancak berbual laa. Padahal tak paham ape pun. Sampai sekarang kalau mak dan kawan arwah ayah teringat pasal nie, dorg selalu hairan camne ktorang bleh paham sesama sendiri. Siap gelak2 mesra yang tak tahan tuh," aku bercerita kepada Kak Mun.

"Masa tu umur awak berapa?" Kak Mun tanya.

"5 tahun. Agaknya tu laa cara budak2 communicate kot. Haha." Aku membuat kesimpulan sendiri.

Selain perkara-perkara yang berkaitan perkahwinan, penulis ada selitkan tentang kenangan beliau bersama arwah ayahnya. Dikatakan arwah seorang yang tegas dan teguh terhadap prinsip hidupnya. Penulis berkongsi tentang memori yang beliau ingat ketika bersama arwah dari kecil hinggalah kematian menjemput ayahnya ketika usia beliau mencecah 17 tahun.

Setakat ini, bahagian tentang kehilangan ayah yang paling terkesan di hati aku antara semua dalam buku ini. Mungkin sebab aku pernah merasainya. Saat si anak cuba menipu yang dia dapat keputusan teruk untuk SRP, si ayah tahu si anak sebenarnya mendapat keputusan cemerlang kerana dapat merasakannya.

Entah-entah masa aku buat jahat dulu, walaupun aku tak cakap, Baba mesti tahu.

Memori ligat bermain di kepala.

'Namun, kesedihan itu tidak memberi sebarang erti dan makna, kerana bukan itu yang Abah perlukan. Abah perlukan cahaya di kuburnya. Cahaya itu tidak datang daripada kegembiraan saya, atau kesedihan. Namun ia terbit daripada kepatuhan dan istiqamah saya, terhadap setiap butir nasihat dan ilmu yang Abah sempat kongsi bersama saya'

Aku mengangguk sendirian, tanda faham.

Memetik doa dari buku ini:

'Ya Allah, ampunilah ibu bapa kami, rahmatilah mereka, maafkan mereka, dan uzurkan kekurangan-kekurangan mereka. Tempatkan mereka di dunia rahmat-Mu, dan Akhirat redha-Mu. Amin'


Ah, sudah lama rasanya tidak 'enjoy' membaca buku cerita :-D

Sunday, November 15, 2009

Perempuan-perempuan itu

Bismillah,

I came across an article in iLuvislam.com. Berkaitan contoh-contoh wanita Islam yang agung tetapi semakin dilupakan. Aku sendiri, ada nama-nama yang aku kurang kenal. Bila da kenal, masya-Allah, hebatnya! Mampukah perempuan hari ini secara amnya, dan aku sendiri secara khasnya, menjadi seperti mereka? Sejenak aku terbayangkan keadaan dan fenomena perempuan-perempuan pada hari ini. No offense, but since aku nak balik Malaysia ni, macam-macam yang aku bayangkan. Well, sorry kepada yang terasa, i know Malaysia is not that bad, tapi siapa yang dapat menafikan kenyataan? Mungkin aku sendiri pun termasuk dalam golongan yang sama.

Mungkin aku tidak patut begitu bersangka buruk. Patut mencontohi senarai perempuan-perempuan di bawah yang tidak pernah bersangka buruk dengan Allah dan tabah menghadapi segala ujian demi untuk menegakkan deen Islam.

Ada yang imannya tidak sedikit pun goyah walaupun dicampak ke dalam kuali penuh dengan minyak mendidih. Kalau kita? Kalau aku?

Teringat kisah Sumayyah, wanita pertama mati syahid.

Ada yang berkahwin dengan meminta hanya bermaharkan iman, kemudian mentarbiyyah suaminya sehingga menjadi seorang yang hebat.

Aku, sebagai seorang yang kononnya sudah mendapat kesedaran, apa yang telah, sedang dan akan aku lakukan? Kalau sekadar sedar tapi tak buat apa-apa, kan lagi teruk dari mereka yang belum sedar?

Aku percaya menjadi wanita solehah adalah menjadi impian semua perempuan, kerana Nabi Muhammad yang kita cintai sendiri mengatakan bahawa sebaik-baik perhiasan di dunia adalah wanita solehah. Siapa yang tidak sukakan perhiasan?

Silakanlah menatapi antara kisah 'perhiasan-perhiasan' terbaik dunia. Tumpukan perhatian kepada nama-nama yang kurang familiar, tetapi apa yang mereka lakukan cukup memberi kesan.

____________________________________________________________________________________

Ramai manusia sudah melupakan Ummul Mukminin Khadijah binti Khuwailid. Dialah yang digelar Afifah Solehah (wanita suci). Seorang wanita yang sanggup berkorban segala kekayaannya untuk membantu dakwah Rasulullah SAW. Dialah yang paling pertama beriman, tanpa meragukan seruan Rasulullah SAW. Dialah wanita, yang menenangkan suaminya yang ketakutan tanpa memperlekehkan. Dialah wanita, yang tegar bertahan susah senang bersama suaminya, sehingga nyawa ditarik ALLAH SWT. Bayangkan, dia adalah seorang yang kaya raya, hartawan, tetapi sanggup dipulau bersama Rasulullah SAW selama 3 tahun 3 bulan dan makan pucuk kayu sahaja hingga pecah-pecah mulut.


Ramai juga terlupa dengan Fatimah Az-Zahrah binti Rasulullah SAW. Dialah yang bertahan di sisi Rasulullah SAW ketika ayahandanya itu diseksa teruk. Tanpa kecewa, tanpa rasa hendak berputus asa, dia sentiasa membantu ayahandanya yang sering disakiti. Tangannya yang bersih dan suci itulah yang mencuci najis yang dibalingkan ke tubuh ayahandanya. Tangannya yang suci itulah yang membersihkan segala luka ayahandanya. Seorang wanita yang tabah, kuat menempuhi segala dugaan.


Ramai yang telah terlupa akan seorang wanita bernama Asiah. Dia adalah isteri kepada Firaun yang menentang Musa. ALLAH telah menjadikan bicara lembutnya menyelamatkan Musa AS dari dibunuh Firaun. ALLAH juga menjadikan dia antara yang beriman dengan seruan Musa AS. Malah, ALLAH telah merakamkan namanya di dalam Al-Quran, dan menjanjikan kepadanya syurga atas balasan ketabahannya dalam mengharungi hidup bersama Firaun dan menerima segala seksaannya dalam mengekalkan deen ISLAM dalam dirinya.


Ramai pula yang tidak tahu berkenaan Masyitah. Dia adalah tukang penyisir rambut anak Firaun. Beriman kepada ALLAH SWT dan Nabi Musa, kemudian keimanannya diketahui oleh Firaun. Akhirnya dia bersama suami, serta anaknya yang masih bayi telah dicampakkan ke dalam kuali penuh minyak mendidih. Walaupun nyawa di hujung tanduk, imannya tidak tergadai, malah terjun dengan penuh keyakinan. Masyitah mati syahid mempertahankan imannya dari digadai.


Ramai juga yang telah terlupa kepada Si Suci Maryam, ibu kepada Isa AS. Sang Perawan itu menjaga dirinya, mengabdikan diri dalam bilik yang terkunci, ALLAH memuliakannya dengan memilih Zakaria as sebagai penjaga. Maryam yang suci inilah dipilih ALLAH untuk mengandungkan Isa AS. Apabila dia melahirkan Isa AS dan ditohmah dengan pelbagai dugaan, dia bergantung kepada ALLAH, dan bersangka baik atas segala apa yang berlaku ke atasnya. Akhirnya anaknya Isa AS boleh berbicara dan menyeru manusia sedari buaian.


Siapakah yang hendak mencontohi Nusaibah RAH? Ketika Perang Uhud, Nusaibah keluar memberi minum kepada pasukan Muslimin yang kehausan dan merawat mereka yang mendapat luka. Apabila tentera Islam menjadi terdesak dan lari dari medan perang, cuma ada seratus orang sahaja yang tetap bertahan dan Nusaibah adalah salah seorang yang menghunuskan pedang serta memakai perisai bagi melindungi Rasulullah dari diserang musuh. Kesungguhan Nusaibah melindungi Rasulullah begitu hebat, hinggakan Rasulullah berkata, “Aku tidak menoleh ke kiri dan ke kanan kecuali melihat Ummu Imarah (Nusaibah) berperang dihadapanku.”

Ketika itu, anaknya Abdullah luka parah ditikam musuh. Dia mengikat luka anaknya lalu berkata, “Bangun wahai anakku.” Anaknya itu terus bangun dan melawan tentera musuh. Rasulullah yang melihat peristiwa itu bersabda. “Wahai Ummu Imarah, siapakah yang mampu berbuat seperti mana yang engkau lakukan?” Ketika tentera musuh yang menikam anaknya itu menghampiri, Rasulullah berkata kepadanya, “Ini dia orang yang telah melukakan anakmu.” Nusaibah menghampiri orang itu dan menikam betisnya dengan pedang. “Ya, Ummu Imarah! Engkau berjaya membalasnya,” kata Rasulullah sambil tersenyum melihat kesungguhan Nusaibah hatta Rasulullah SAW pun bersorak untuknya. Siapakah yang mengingati Ummu Imarah ini?


Siapakah pula yang hendak menjadi seperti Ummu Sulaim? Dia berkahwin dengan Abu Talhah dengan mahar iman. Abu Talhah seorang kafir ketika itu, jatuh hati kepada Ummu Sulaim yang masih muslim. Ummu Sulaim berkata: Jika hendak mengahwiniku, maka maharnya adalah iman”. Maka islamlah Abu Talhah. Sehingga ada sahabat yang berkata, “Aku belum pernah melihat seorang wanita sama sekali yang lebih mulia maskawinnya dibandingkan dengan maskawin Ummu Sulaim.” Malah, dia mentarbiyyah suaminya, sehingga suaminya menjadi seorang sahabat yang komited. Siapa yang tidak kenal dengan Abu Talhah? Dialah yang menyambut semua panahan yang ditujukan kepada Rasulullah SAW, pada hari Uhud dengan belakang tubuhnya. Lihatlah bagaimana Ummu Sulaim mentarbiyyah suaminya? Adakah lagi isteri yang sebegitu hari ini?


Siapakah pula yang mengingati isteri kedua Rasulullah SAW, Ummu Salamah? Bagaimana cerdiknya dia, bijaknya dia sehinggakan dia menjadi penasihat yang baik kepada Rasulullah SAW. Ketika peristiwa Perjanjian Hudaibiyyah, apabila Rasulullah mengarahkan semua sahabat-sahabatnya menyembelih haiwan dan bercukur rambut, tiada seorang pun yang bangkit menyahut arahannya. Rasulullah SAW hairan, lantas kembali ke khemah, lalu berkata di hadapan Ummu Salamah, “Kenapakah berlaku begitu?” Ummu Salamah berkata, “Jangan kau hiraukan mereka, cukurlah rambutmu, dan sembelihlah haiwanmu” Bila Rasulullah SAW melakukan, semua sahabat mengikuti.


Siapakah pula yang hendak mencontohi isteri Rasulullah SAW, Aisyah RA? Ketika peristiwa Hadith Ifki (kisah rekaan) berlaku, menumpahkan fitnah ke atasnya, mengotorkan namanya, dia tetap teguh, yakin kepada ALLAH SWT. Tiada sebentar pun dia bersangka buruk kepada ALLAH SWT bila ditimpa dugaan.


Siapakah pula yang mengingati Asma’ binti Abu Bakr? Dia digelar Zat An-Nitaqain kerana mengoyakkan tali pinggangnya kepada dua untuk membawa makanan kepada Rasulullah SAW dan bapanya Abu Bakr RA ketika persembunyian di Gua Thur. Dialah juga yang dilempang oleh Abu Jahal sehingga tercabut subang di telinganya, kerana tidak mahu memberitahu posisi Rasulullah SAW dan bapanya ketika hijrah. Dialah juga yang mentarbiyyah anaknya, Abdullah Ibn Zubair RA, sehingga menjadi seorang sahabat Rasulullah SAW yang berani.


Siapakah pula yang ingat kepada Khansa? Dia mempunyai empat orang anak. Dia mentarbiyyah empat orang anaknya dengan baik. Apabila mendapat seruan jihad, dihantarnya anaknya yang sulung. Anak sulungnya syahid. Dihantar pula yang kedua. Yang kedua juga syahid. Dihantar pula yang ketiga. Yang ketiga juga syahid. Begitu jugalah juga dia menghantar anaknya yang keempat, dan yang keempat itu pun syahid. Akhirnya dia menangis. Orang berkata, “Khansa kesedihan kerana kehilangan semua anaknya” Tetapi tahukah kalian apakah jawapannya? “Diamlah kalian, sesungguhnya aku bersedih kerna aku tidak punya anak lagi untuk dihantar berjihad di jalan ALLAH”


Wahai perempuan hari ini, siapakah antara kamu yang mengingati mereka? Wahai lelaki hari ini, siapakah antara kamu yang mengenang mereka? Wahai ummah, hari ini perempuan mana yang kamu puja dan puji? Oh masyarakat, hari ini perempuan bagaimana yang kamu sanjungi? Oh perempuan, hari ini perempuan mana yang kamu ikuti dan contohi? Oh lelaki, hari ini perempuan yang bagaimana kamu gila-gilai untuk jadikan isteri? Siapa? Sesungguhnya perempuan-perempuan dalam lipatan sirah ini telah dilupakan. Mereka sememangnya perempuan-perempuan yang telah dilupakan. Sedangkan pada diri mereka, terdapat kemuliaan yang tiada tandingan. Dan hari in saya teringatkan perempuan-perempuan itu.






Thursday, November 12, 2009

Back to Start

Bismillah,

Exam dah habis. Dah lama habis. Alhamdulillah. Sekarang, hanya bertawakkal menunggu keputusan. Menantikan jalan yang mana yang Allah telah tetapkan untuk hambaNya ini.

Sementara itu, aku cuba menyusun atur hidup aku. Banyak sebenarnya perkara yang memerlukan perhatian aku. Planning family journey, urusan kereta, packing, pindah rumah, dan lain-lain.

Tapi nampaknya, tumpuan yang diberikan kepada perkara-perkara di atas tidak seberapa. Sebab aku seperti telah membenarkan perkara lain mengambil-alih perhatian aku.

Entahlah, susah untuk aku menghuraikan perkara yang satu itu. Nak kata ia penting, sebenarnya tak perlu fikir sangat pun. Tapi, itulah, bila aku terlalu memikirkan yang satu itu, benda lain seperti tidak berjalan seperti yang sepatutnya. Mungkin aku patut berhenti berfikir tentang itu dan menumpukan kepada perkara yang sepatutnya, sebelum timbul masalah yang tidak diingini.

Bagaimana nak tahu aku perlu berhenti? Satu, sebab kerja lain susah nak jalan. Kedua, bila aku rasa perkara itu dapat mendekatkan diri aku kepada Allah, tetapi hakikatnya, menjauhkan aku dari Allah. Ya Allah, ampunkan aku.

Peluang menghadiri program di Palmerston North, menyedarkan aku kembali tentang tugas aku yang sebenarnya. Dan juga, tugas blog ini sebagai wasilahnya. Agak lama aku mengabaikan blog ini kerana aku rasa tiada perkara bermanfaat sangat yang aku perlu berkongsi dengan pembaca. Atau sebenarnya, aku sendiri yang menjadikan diri aku kurang bermanfaat?

Blog ini sudah aku tetapkan hala tujunya. Cuma aku terlupa buat seketika, terleka dengan urusan dunia. Walaupun aku tidak tahu bilangan dan siapa gerangan pembacanya, itu bukan alasan untuk aku mengabaikannya. Kalau aku tak buat, orang lain akan buat juga. Berlumba-lumba membuat kebaikan. Berkongsi dan menyampaikan ilmu yang bermanfaat, kerana ilmu Allah itu terlalu luas. Jika ada yang sudah tahu, tidak salah untuk kita saling mengingatkan. Tambahan pula, Allah yang memegang hati hamba-hambaNya. Kalau tidak terkesan sekarang, mungkin di lain masa. Sekurang-kurangnya, aku menjalankan tanggungjawab dengan apa yang aku rasa aku mampu buat untuk agama Allah. Menulis.

Gaya bahasa. Tak ramai yang suka baca panjang berjela. Apatah lagi gaya bahasa yang agak serius. Aku? Ada gaya aku sendiri. Tapi aku akan berusaha menjadikan ia sesuatu yang senang dan menarik untuk dibaca dan difahami. Yang penting identiti aku, menulis dari hati. Walaupun ada masanya kurang baik untuk 'kesihatan' apabila terlalu transparent, aku akan cuba tapis sebaik mungkin supaya yang baik-baik sahaja sampai kepada yang membaca. Pengalaman mengajar. Kalau ada yang terlepas juga membuatkan ada yang rasa kurang senang, maafkan aku.

Mesti menjadikan diri ini bermanfaat kembali, supaya blog ini juga kembali bermanfaat! Sekarang dah tahu apa yang mengganggu, harus cuba ketepikan. Usaha berpada-pada, kerana ketentuan Allah, tiada siapa yang dapat menghalang. Yakin dengan perancangan Allah!

Tapi nanti balik Malaysia, masih ada ruangkah untuk blog ini menjalankan fungsinya?

Kalau tiada, mungkin guna alternatif lain.

Tertarik dengan isu gugur di medan dakwah kerana semangat yang melampau yang dikupas semalam. Aku faham kini semangat itu harus disulami dengan kesabaran, seperti mana yang dilalui oleh para sahabat Rasulullah S.A.W.

Biar perlahan, asalkan sentiasa berjalan.


To Kak M, saya menanti blog anda. Anda telah melakukannya dan saya yakin anda boleh meneruskannya! Bersama kita berjuang di laman blog dan menambah koleksi bloggers Wellington dalam list saya :-D