Tuesday, April 3, 2012

Rahmat-Mu Ya Rabb

Aku percaya, ALLAH dengar..Maha Mendengar..

Aku percaya, ALLAH tahu..Maha Mengetahui..

Rintihan, tangisan, doa. Mungkin..tak cukup khusyuk ketika berdoa agaknya..Allah rasa tak bersungguh..sebab itu dia menangguhkan keinginan hambaNya..atau dia tahu hambaNya itu masih belum bersedia untuk menerima yang terbaik dariNya..

Aku faham, tapi aku suka untuk tidak faham.

Gejolak hati ini, sungguh deras bak ombak yang mengganas..acap kali aku merintih kepadaNya agar teguhkan iman ini..supaya jangan sekali-kali Dia lepaskan limpahan rahmatNya dari hambaNya yang amat lemah ini..biar aku hilang yang lain, jangan aku hilang yang paling berharga itu..

Aku amat menghargai kasih sayangNya. Apa yang membuatkanku akan sentiasa berbalik kepadaNya ialah, aku dapat merasakan teguranNya untuk aku. Seperti semalam, dalam usrah, tajuk yang dibentangkan amat kena dengan batang hidung sendiri. Tidak mahu aku huraikan, kerana aku malu dengan diri sendiri sebab masih ada sifat itu..Nauzubillah..terima kasih Allah, aku sedar kini..

Dan hari ini, tiba-tiba timbul perasaan benci akan kaum berlawanan jenis. Aku rasa mereka hipokrit! Di mulut kata inginkan begitu, tetapi di hati sebenarnya masih mengharapkan apa yang mereka selamanya mereka sentiasa inginkan. Keinginan yang diluahkan di mulut hanya sebagai pelindung nafsu sebenar di hati. Entah bagaimana lagi yang mereka mahukan..

Dan persoalan itu, berbalik semula kepada tajuk usrah semalam..subhanallah..saling berkait..aku sedar lagi, di mana silapku..dan..aku menangis lagi..merintih lagi..

Dan tika itu juga, sebagai alat pemujuk, aku jumpa kata-kata yang amat menenangkan hati di laman sosial.

Allahuakbar..betapa sayangnya ALLAH kepada hambaNya..pelbagai cara pujukan dan didikan ALLAH buat hambaNya yang sedar pautan utama adalah Dia..kita je yang tak perasan..berdoalah, semoga hati dibersihkan agar lapang untuk menerima petunjuk dan hidayah dariNya..

Terapkan sifat ikhlas beribadah kepadaNya..aku pun, semakin hilang..tapi ada benda kita mesti sentiasa pegang agar insyaAllah tidak hilang rahmatNya dari kita..sekurang-kurangnya, beristiqamahlah dengan ibadah yang dirasakan kecil dan senang, insyaAllah selamat..dan terbuka hati untuk melakukan ibadah yang dirasakan lebih berat..yang berat, lama-lama rasa senang..

Tapi solat, tiada kompromi..sama ada rasa senang atau berat, MESTI dipelihara..

Kerana tanpa rahmatNya, kita tiada apa-apa..



No comments:

Post a Comment