Credit to instagram milik pelakon comel Lisa Surihani @lisasurihani_23
Jangan lari dari masalah. Ia tidak menyelesaikan masalah.
Jangan pula merenung masalah itu lama-lama. Ia hanya merencatkan anda.
Bila ada masalah dan anda rasa stress, letak sekejap masalah ke tepi, buat aktiviti yang boleh release stress anda (window shopping/shopping, dengar lagu, solat, baca Quran dan sebagainya), kemudian hadapinya dengan strategi bijak untuk menyelesaikannya.
Berbincang adalah langkah terbaik. Pastikan anda memilih orang yang betul untuk berbincang.
1. Orang yang kenal diri anda.
2. Pandai 'mendengar'.
3. Bukan batu api tapi menenangkan hati dan menawarkan solusi.
Masalah dan stress adalah sebahagian dari rencah hidup. Hadapinya dengan bijak akan mematangkan diri. All the best to us :-)
Muah! -xoxo-