Monday, August 30, 2010

Final Match of Ramadan League : Second Half Prediction [Updated]

Assalamualaikum wbt para penonton,




Tepat jam 12 malam 16 Ramadan 1431 H, bilal meniupkan wisel tanda bermulanya separuh masa kedua perlawanan akhir, Piala Juara-Juara Ramadan di antara Taqwa United dan Nafsu City. Pengkritik dan penganalisa bola sepak tanah air (ustaz-ustaz) telah banyak memberikan pandangan serta komentar yang pedas tentang persembahan longlai pasukan tempatan, Taqwa United dalam tempoh separuh masa pertama perlawanan di konti-konti Masjid berdekatan.



Untuk makluman saudara sekalian,



Taqwa United sedang ketinggalan 3-0 oleh seteru tradisi, Nafsu City. Dua gol daripada penyerang berbisa Nafsu City iaitu Emmanuel Amarah manakala satu lagi gol daripada Carlos Tamak meletakkan pasukan mereka sebelah tangan menggenggam piala teragung buat umat. Strategi 3-4-4 dengan 4 orang striker yang digunakan team Nafsu City sukar dikekang barisan pemain muda United. Barisan pertahanan team tempatan yang diketuai oleh Zikir Selawat dan pemain kelahiran Narathiwat, Wirid Harian lemas dalam asakan rangkaian serangan emas yang dibarisi David Serakah, Carlos Tamak, Mario Berahi dan Emmanuel Amarah (Pemenang Kasut Emas Liga Juara Ramadan musim lalu dengan 30 gol setiap hari)



Penganalisa berpendapat jurulatih pasukan Taqwa United, Sir Iman DHati perlu melakukan rombakan besar-besaran bukan sahaja dari sudut taktik malahan pemain. Pemain-pemain veteran yang longlai seperti Pose Kosong dan Tido Slalu perlu diganti dengan pemain muda berbakat seperti Ikhlas Sedekah atau Tadarus Quran demi memantapkan jentera tengah pasukan Taqwa United. Pemain-pemain veteran kelihatan tidak bermaya dan gagal mengekang kelincahan Gareth Boros, Yaya TakIngatDosa dan James Maksiat yang menggunakan kaum Hawa sebagai alat menganggu konsentrasi pemain Taqwa United terutama di sudut padang sekitar pusat membeli-belah dan bazaar Ramadhan.


Begitu juga dengan rangkaian serangan pasukan United yang diterajui Tahjud-Din dan Munajat Malam, MM perlu dikerah untuk beraksi di segenap kotak sejadah bagi mengucar-kacirkan kubu pertahan lawan yang dikawal ketat Jolelon Lagho Kolo TidoLajak dan dibantu oleh Jerome BosanBeribadah, JBB. Tambahan pula, penyerang berkembar itu perlu mengelakkan diri daripada terus diselimuti tembok besar pasukan Nafsu City itu agar gol-gol kemenangan dapat dijelmakan.




Namun penganalisa tempatan begitu optimis bahawa team Taqwa United mampu mengurang defisit tiga gol lawan dalam separuh masa kedua nanti. Dengan ketiadaan ketua jurulatih pasukan City yang digantung, Iblis dan pembantu jurulatih: Satan, pasukan Taqwa United masih berpeluang merangkul kejuaraan kurniaan Ilahi seterusnya meraikan kemenangan di Aidilfitri.



Sewaktu wawancara bersama Sir Iman DHati, anak buahnya bersemangat mengejar bonus dan ganjaran berlipat kali ganda yang dikurniakan pada 10 minit terakhir permainan. Mereka juga berharap tuah Lailatul Qadar menyebelahi mereka untuk mempertahankan kejuaraan yang dimenangi mereka tahun lalu. Selain itu, beliau juga berharap agar ibrah Nuzul Quran dapat dijadikan tonik kemenangan dan pembakar semangat buat pasukan muda United mengejar impian mereka bergelar Juara.



Oh ! Kelihatan, penyokong pasukan Nafsu City dan Taqwa United sudah mula memenuhi semula tempat duduk masing-masing. Penyokong kedua-dua pasukan bersorak bersungguh-sungguh demi membangkitkan semangat team kesayangan mereka. Team sorak Nafsu City dengan pakaian yang menjolok mata dan mengurangkan pahala manakala team sorak Taqwa United dengan pakaian seorang Muslim sejati juga telah berkumpul di tepi padang untuk terus menghangatkan bahang perlawanan.




Siapakah yang akan memenangi perlawanan berprestij ini? Layakkah team Taqwa United menerima imbuhan pelepasan api neraka seperti yang dijanjikan Ilahi selepas tamat perlawanan? Atau kemenangan akan bertukar tangan kepada pasukan yang berbelanja besar, Nafsu City musim ini ? Jika kemenangan bertukar tangan maka imbuhan kemenangan yang diperolehi akan dijadikan modal oleh Iblis dan Satan untuk terus berbelanja besar pada musim hadapan mengikat pemain-pemain terbaik dunia seterusnya menutup peluang pasukan lain mengejar impian akhirat.



Sama-sama kita saksikan kesudahan perlawan akhir ini.




Sekian dari saya, Hizbullah Awang untuk anda yang masih termenung di luar sana.



Ibn Abd Rahim



Klang, Selangor


http://afiqizzudin.wordpress.com/2010/08/24/final-match-of-ramadan-league-second-half-prediction-updated/

Tuesday, August 24, 2010

Susah tetapi tidak mustahil

" Tetaplah dalam kebenaran walaupun kamu sendirian..kalau sudah tau mana yg benar dan mana yg salah, tetaplah berpegang pada yg benar. Jgn atas dasar toleransi pada teman akhirnya menghalalkan sesuatu yang diharamkan, ini toleransi yang salah, dan bisa jadi hal ini juga merupakan bentuk ketidak pahaman teman-teman terhadap adab-adab syar'i. Jelaskan pada mereka bahwa hal itu tidak dibenarkan, sampaikan dengan bahasa hikmah, mudah2an anti bisa jdi jalan teman2 yang lain untuk lebih memahami aturan-aturan islam"

-anonymous- 
 
 
Selagi hati inginkan kebaikan dan anggota mengamalkannya, insyaAllah akan sentiasa berada dalam persekitaran yang baik :-)

Friday, August 20, 2010

Typing speedtest 2

70 words
Typing Speed Test



There you go, 2nd trial.

With 7 as my favourite number at front.

Stress relieved.

Alhamdulillah..

Typing speedtest

64 words
Typing Test


Effort to relieve working stress.

64 words..not good enough.

Strive for more!

Tuesday, August 10, 2010

Attention!!

Bismillah,

Dengan ini, saya Iynas binti Omar dengan setulus hati ingin memohon maaf jika ada salah dan silap atau menyinggung perasaan pembaca dengan apa-apa cara sekalipun. Semoga Ramadhan kali ini dipenuhi rahmat dan kasih sayangNya. Sama-sama kita berusaha memanfaatkan Ramadhan tahun ini dan semoga bermakna buat kita dalam cara yang tersendiri.

Selamat Berpuasa kepada semua :-)

Friday, August 6, 2010

Pujuklah Dirimu

Bismillah,

Found this at my friend's blog. I can really relate to it. Whatever it is, I wanna make sure to myself that I must always be thankful to Him. Always. Can't thank Allah enough. Never.
________________________________________________________________




Bila kita rasa tertekan, kita mahu orang pujuk. Bila kita rasa nak menangis, kita kalau boleh mahukan crying shoulder.



Tetapi sama ada kita sedar atau tidak, tiada siapa yang bersama dengan kita dari kalangan manusia ini, sepanjang 24 jam penuh.



Saya bercakap dalam konteks manusia. Ya, kita boleh kata Allah ada. Itu satu kenyataan yang tidak punya penafian. Tetapi manusia fitrahnya perlukan manusia lain juga untuk menyokongnya. Jika tidak, Allah tidak akan mengajar kita berukhuwwah, Islam tidak akan mendidik kita untuk bersilaturrahim.



Walaupun mungkin kita mempunyai sahabat terbaik, tetap sahabat terbaik itu tidak dapat bersama kita 24 jam penuh.



Dari kalangan manusia, yang bersama kita 24 jam sehari, 7 hari seminggu, 4 minggu sebulan, 12 bulan setahun, dan bertahun-tahun dalam sepanjang kehidupan kita, hanyalah kita sahaja.



Maka belajarlah memujuk diri sendiri.



Selain Allah, yang paling memahami diri kita adalah kita sendiri sebenarnya.



Menyediakan dasar yang kuat

Bukan mudah hendak memujuk diri sendiri. Perlukan kekuatan dan tenaga yang besar. Hendak menggembleng fikiran dan rohani agar kekal tenang bukan satu perkara semudah 123.



Justeru untuk melatih kita agar berjaya memujuk diri dalam situasi yang menekan, perlu ada dasar yang sangat kuat, agar mampu menampung tekanan dan bebanan yang menimpa kita.



Apakah dasar itu?



Itulah dia keimanan.



Saya, secara jujurnya, tidak nampak apakah lagi dasar yang lebih utuh daripada dasar ini.



Hanya dengan keimanan sahaja, kita akan berjaya memujuk, merasionalkan, dan menenangkan diri.



“Dan janganlah kamu merasa lemah (dalam perjuangan mempertahan dan menegakkan Islam), dan janganlah kamu berdukacita (terhadap apa yang akan menimpa kamu), padahal kamulah orang-orang yang tertinggi (mengatasi musuh dengan mencapai kemenangan) jika kamu orang-orang yang (sungguh-sungguh) beriman.” Surah Ali-Imran ayat 139.



Menangis

Kadangkala, ‘pemujuk’ itu sudah wujud di dalam diri kita. Saya jumpa satu ‘pemujuk’ yang menyeronokkan.



Itulah dia satu makhluk bernama tangisan.



Ya. Menangis. Menangislah. Menangis puas-puas. Lepaskan segalanya.



Hakikatnya, menangis itu sendiri satu pujukan untuk diri. Kita lepaskan bebanan itu dalam bentuk air ibarat membuka empangan yang menahan air.



Tetapi jangan menangis seperti orang biasa. Kita orang beriman adalah manusia luar biasa. Menangislah sambil berfikir. Berfikir akan masalah yang sedang dihadapi, ujian yang sedang ditanggungi. Jika ada apa-apa masalah yang tersimpan di dalam hati, keluarkan semuanya di dalam tangisan yang sedang mengalir.



Biar kita menangis untuk melapangkan jiwa. Bukan tangis kita tangis yang menambah kelemahan. Di samping air mata yang mengalir itu, ambil peluang ini untuk rasa kerdil di hadapan Allah SWT. Rasakan air mata yang tumpah itu, adalah satu bentuk kerendahan kita betapa kita ini manusia dan tak mampu nak tangani ujian ini. Air mata, itu adalah bukti kelemahan kita di hadapan Allah.



Moga-moga dengan terhapusnya ego kita, Allah mendamaikan jiwa, melapangkan hati, dan memberikan kita ketenangan dan jalan keluar kepada masalah kita.



“…kerana sesungguhnya orang-orang yang diberi ilmu sebelum itu apabila dibacakan Al-Quran kepada mereka, mereka segera tunduk sujud (dalam keadaan hiba dan khusyuk); Serta mereka menegaskan (dalam sujudnya): Maha Suci Tuhan kami! Sesungguhnya janji Tuhan kami tetap terlaksana. Dan mereka segera tunduk sujud itu sambil menangis, sedang Al-Quran menambahkan mereka khusyuk.” Surah Al-Israa’ ayat 107-109.



Nanti apabila air mata kita telah berhenti, kita akan rasa satu kelapangan yang besar.



InsyaAllah, ketika itu kita sudah sedikit tenang dan mula kembali menyusun strategi untuk menyelesaikan masalah kita.

Muhasabah

Satu lagi cara memujuk hati adalah dengan muhasabah.



Ya. Dengan kita memandang semula apa yang telah kita lakukan sehingga Allah menguji kita sebegini rupa. Kita lihat kembali apakah yang telah kita lakukan.



“Oh, aku masih tak tinggal dosa yang ni. Patutlah Allah tak bagi aku yang ini”



“Oh, aku silap di sini. Patutlah”



“La, memang salah aku rupanya”



“Hem… benda ni bolah selesaikan macam ni je rupanya. Apa fasal la tak nampak tadi”



Dan begitulah.



Dengan muhasabah, hati akan rasa tenang. Kita akan melihat kembali di mana kesalahan kita. Kita akan dapat menyusun pula rancangan kita yang seterusnya.



Dan orang yang hebat, adalah apabila dia jatuh, dia cepat-cepat naik semula.



Bagaimana dia cepat-cepat naik semula?



Dengan dia mengambil pengajaran atas kejatuhannya = muhasabah.



Penutup: Hadapi masalah. Jangan lari

Justeru pujuklah diri. Kuatkan hati, teguhkan jiwa, tenangkan kalbu.



Jangan lari dari masalah. Hadapinya. Langkahinya. Lari tidak menyelesaikan apa-apa.



Dan kemungkinan besar selepas kita bersemuka dengan ujian itu, penyelesaiannya adalah apa yang selama ini kita hajat-hajatkan. Mungkin selepas kita tabah menghadapinya, kita akan bertemu dengan sesuatu yang kita harapkan.



Siapa tahu.



Tetapi yang saya tahu, Allah tidak akan menciptakan sesuatu itu dengan sia-sia.



Termasuklah ujian.



Mesti ada sesuatu yang Allah hendak berikan, Allah hendak ajarkan, Allah hendak beritahu kepada kita dengan hadirnya ujian itu.



Tinggal kita sahaja tidak memerhatikan.



Maka hadapilah ujian.



Pujuklah diri.



Tenanglah jiwa, damailah hati!

-langitilahi.com-

Thursday, August 5, 2010

An experience

Bismillah,

Baru aku perasan, my previous post tak dimulakan dgn kalimah Allah.

So what? Nak tunjuk yg aku beriman sgt ke?

*muka masing2 jd pelik* kenapa tetiba aku kata mcm tu?

Once upon a time, less than an hour ago at the office, a Chinese friend of mine was helping me with my pc. It's a he. The help needs the pc to be restarted. While waiting for the pc to restart, he took my phone and browsing through my fb account *suka hati dia tp watever laa kan*. He saw the word "Rasulullah S.A.W." at one of my status and out of curiousity he asked me what does 'S.A.W.' mean. "Is it Assalamualaikum?" I said "No, it's Sollallahualaihiwassalam *please correct my spelling* which is a praise to our Prophet".

Then he browsed his eyebrows and said to me: "So what? You're supposed to be so religious is it?"

Honestly, I was shocked with that sudden question, but able to maintain my calmness.

Tak sempat aku nak jawab pape, pc da restart, and there was this one application called e-solat, appeared everytime I turn on the pc. Mind you, it was the previous officer who download the application. I am happy to have it.

Looking at that, he looked at me with 'that one look' and said, "Ni pun u ada? Nak tunjuk yang u beriman la nie?"

Spontaniously being defensive, I said "it's the previous officer ok, haloo'"

Then only I realized. Ya Allah, why am I being defensive? Mcm x suka jer kan. Rasa bersalah masa tu. Cepat2 aku mengucap dan beristighfar.

On the positive side, it was a good training and experience to encounter with honest and outspoken people like that.

Bila aku dah bertenang, aku yakin aku x kesa part dia kata aku religious dan beriman sbb nikmat iman adalah antara nikmat terbesar dr Allah. Yang buat aku tersentap ialah bila dia kata aku menunjuk.

Menunjukkah aku?