Tuesday, March 30, 2010

Saya sudah bertunang


Hari-hari berlalu yang dilewati seakan sudah bertahun lamanya, namun yang perlu diakui ialah ianya baru beberapa minggu lalu. Iya, hanya beberapa minggu lalu. Berita itu aku sambut dengan hati yang diusahakan untuk berlapang dada. Benar, aku berusaha berlapang dada. Terkadang, terasa nusrah Ilahi begitu hampir saat kita benar-benar berada di tepi tebing, tunggu saat untuk menjunam jatuh ke dalam gaung. Maha Suci Allah yang mengangkat aku, meletakkan aku kembali di jalan tarbiyyah dan terus memimpin untukku melangkah dengan tabah.

Aku hanya seorang Insyirah. Tiada kelebihan yang teristimewa, tidak juga punya apa-apa yang begitu menonjol. Jalan ku juga dua kaki, lihat ku juga menggunakan mata, sama seperti manusia lain yang menumpang di bumi Allah ini. Aku tidak buta, tidak juga tuli mahupun bisu. Aku bisa melihat dengan sepasang mata pinjaman Allah, aku bisa mendengar dengan sepasang telinga pinjaman Allah juga aku bisa bercakap dengan lidahku yang lembut tidak bertulang. Sama seperti manusia lain.

Aku bukan seperti bondanya Syeikh Qadir al-Jailani, aku juga tidak sehebat srikandi Sayyidah Khadijah dalam berbakti, aku bukan sebaik Sayyidah Fatimah yang setia menjadi pengiring ayahanda dalam setiap langkah perjuangan memartabatkan Islam. Aku hanya seorang Insyirah yang sedang mengembara di bumi Tuhan, jalanku kelak juga sama... Negeri Barzakh, insya Allah. Destinasi aku juga sama seperti kalian, Negeri Abadi. Tiada keraguan dalam perkara ini.

Sejak dari hari istimewa tersebut, ramai sahabiah yang memuji wajahku berseri dan mereka yakin benar aku sudah dikhitbah apabila melihat kedua tangan ku memakai cincin di jari manis. Aku hanya tersenyum, tidak mengiyakan dan tidak pula menidakkan. Diam ku bukan membuka pintu-pintu soalan yang maha banyak, tetapi diam ku kerana aku belum mampu memperkenalkan insan itu. Sehingga kini, aku tetap setia dalam penantian.

Ibu bertanyakan soalan yang sewajarnya aku jawab dengan penuh tatasusila.

"Hari menikah nanti nak pakai baju warna apa?"

Aku menjawab tenang.. "Warna putih, bersih..."

"Alhamdulillah, ibu akan usahakan dalam tempoh terdekat."

"Ibu, 4 meter sudah cukup untuk sepasang jubah. Jangan berlebihan."

Ibu angguk perlahan.

Beberapa hari ini, aku menyelak satu per satu... helaian demi helaian naskhah yang begitu menyentuh nubari aku sebagai hamba Allah. Malam Pertama... Sukar sekali aku ungkapkan perasaan yang bersarang, mahu saja aku menangis semahunya tetapi sudah aku ikrarkan, biarlah Allah juga yang menetapkan tarikhnya kerana aku akan sabar menanti hari bahagia tersebut. Mudah-mudahan aku terus melangkah tanpa menoleh ke belakang lagi. Mudah-mudahan ya Allah.

Sejak hari pertunangan itu, aku semakin banyak mengulang al-Quran. Aku mahu sebelum tibanya hari yang aku nantikan itu, aku sudah khatam al-Quran, setidak-tidaknya nanti hatiku akan tenang dengan kalamullah yang sudah meresap ke dalam darah yang mengalir dalam tubuh. Mudah-mudahan aku tenang... As-Syifa' aku adalah al-Quran, yang setia menemani dalam resah aku menanti. Benar, aku sedang memujuk gelora hati. Mahu pecah jantung menanti detik pernikahan tersebut, begini rasanya orang-orang yang mendahului.

"Kak Insyirah, siapa tunang akak? Mesti hebat orangnya. Kacak tak?"

Aku tersenyum, mengulum sendiri setiap rasa yang singgah. Maaf, aku masih mahu merahsiakan tentang perkara itu. Cukup mereka membuat penilaian sendiri bahawa aku sudah bertunang, kebenarannya itu antara aku dan keluarga.

"Insya Allah, 'dia' tiada rupa tetapi sangat mendekatkan akak dengan Allah. Itu yang paling utama."

Berita itu juga buat beberapa orang menjauhkan diri dariku. Kata mereka, aku senyapkan sesuatu yang perlu diraikan. Aku tersenyum lagi.

"Jangan lupa jemput ana di hari menikahnya, jangan lupa!"

Aku hanya tersenyum entah sekian kalinya. Apa yang mampu aku zahirkan ialah senyuman dan terus tersenyum. Mereka mengandai aku sedang berbahagia apabila sudah dikhitbahkan dengan 'dia' yang mendekatkan aku dengan Allah. Sahabiah juga merasa kehilangan ku apabila setiap waktu terluang aku habiskan masa dengan as-Syifa' ku al-Quran, tidak lain kerana aku mahu kalamullah meresap dalam darahku, agar ketenangan akan menyelinap dalam setiap derap nafas ku menanti hari itu.

"Bila enti menikah?"

Aku tiada jawapan khusus.

"Insya Allah, tiba waktunya nanti enti akan tahu..." Aku masih menyimpan tarikh keramat itu, bukan aku sengaja tetapi memang benar aku sendiri tidak tahu bila tarikhnya.

"Jemput ana tau!" Khalilah tersenyum megah.

"Kalau enti tak datang pun ana tak berkecil hati, doakan ana banyak-banyak!" Itu saja pesanku. Aku juga tidak tahu di mana mahu melangsungkan pernikahan ku, aduh semuanya menjadi tanda tanya sendiri. Diam dan terus berdiam membuatkan ramai insan berkecil hati.

"Insya Allah, kalian PASTI akan tahu bila sampai waktunya nanti..."

Rahsia ku adalah rahsia Allah, kerana itu aku tidak mampu memberikan tarikhnya. Cuma, hanya termampu aku menyiapkan diri sebaiknya. Untung aku dilamar dan dikhitbah dahulu tanpa menikah secara terkejut seperti orang lain. Semuanya aku sedaya upaya siapkan, baju menikahnya, dan aku katakan sekali lagi kepada ibu...

"Usah berlebihan ya..."

Ibu angguk perlahan dan terus berlalu, hilang dari pandangan mata.

"Insyirah, jom makan!"

Aku tersenyum lagi... Akhir-akhir ini aku begitu pemurah dengan senyuman.

"Tafaddal, ana puasa."

Sahabiah juga semakin galak mengusik.

"Wah, Insyirah diet ya. Maklumlah hari bahagia dah dekat... Tarikhnya tak tetap lagi ke?"

"Bukan diet, mahu mengosongkan perut. Maaf, tarikhnya belum ditetapkan lagi."

Sehingga kini, aku tidak tahu bila tarikhnya yang pasti. Maafkan aku sahabat, bersabarlah menanti hari tersebut. Aku juga menanti dengan penuh debaran, moga aku bersedia untuk hari pernikahan tersebut dan terus mengecap bahagia sepanjang alam berumahtangga kelak. Doakan aku, itu sahaja.

.......................................

"innalillahi wainna ilaihi rajiun..."

"Tenangnya... Subhanallah. Allahuakbar."

"Ya Allah, tenangnya..."

"Moga Allah memberkatinya...."

Allah, itu suara sahabat-sahabat ku, teman-teman seperjuangan aku pada ibu.

Akhirnya, aku selamat dinikahkan setelah sabar dalam penantian. Sahabiah ramai yang datang di majlis walimah walaupun aku tidak menjemput sendiri.

Akhirnya, mereka ketahui sosok 'dia' yang mendekatkan aku kepada Allah.
Akhirnya, mereka kenali sosok 'dia' yang aku rahsiakan dari pengetahuan umum.
Akhirnya, mereka sama-sama mengambil 'ibrah dari sosok 'dia' yang mengkhitbah ku.

Dalam sedar tidak sedar...

Hampir setiap malam sebelum menjelang hari pernikahan ku... Sentiasa ada suara sayu yang menangis sendu di hening malam, dalam sujud, dalam rafa'nya pada Rabbi, dalam sembahnya pada Ilahi. Sayup-sayup hatinya merintih. Air matanya mengalir deras, hanya Tuhan yang tahu.

"Ya Allah, telah Engkau tunangkan aku tidak lain dengan 'dia' yang mendekatkan dengan Engkau. Yang menyedarkan aku untuk selalu berpuasa, yang menyedarkan aku tentang dunia sementara, yang menyedarkan aku tentang alam akhirat. Engkau satukan kami dalam majlis yang Engkau redhai, aku hamba Mu yang tak punya apa-apa selain Engkau sebagai sandaran harapan. Engkau maha mengetahui apa yang tidak aku ketahui..."

Akhirnya, Khalilah bertanya kepada ibu beberapa minggu kemudian...

"Insyirah bertunang dengan siapa, mak cik?"

Ibu tenang menjawab... "Dengan kematian wahai anakku. Kanser tulang yang mulanya hanya pada tulang belakang sudah merebak dengan cepat pada tangan, kaki juga otaknya. Kata doktor, Insyirah hanya punya beberapa minggu sahaja sebelum kansernya membunuh."

"Allahuakbar..." Terduduk Khalilah mendengar, air matanya tak mampu ditahan.

"Buku yang sering dibacanya itu, malam pertama..."

Ibu angguk, tersenyum lembut... "Ini nak, bukunya." Senaskah buku bertukar tangan, karangan Dr 'Aidh Abdullah al-Qarni tertera tajuk 'Malam Pertama di Alam Kubur'.

"Ya Allah, patut la Insyirah selalu menangis... Khalilah tak tahu mak cik."

"Dan sejak dari hari 'khitbah' tersebut, selalu Insyirah mahu berpuasa. Katanya mahu mengosongkan perut, mudah untuk dimandikan..."

Khalilah masih kaku. Tiada suara yang terlontar. Matanya basah menatap kalam dari diari Insyirah yang diberikan oleh ibu.

"Satu cincin ini aku pakai sebagai tanda aku di risik oleh MAUT. Dan satu cincin ini aku pakai sebagai tanda aku sudah bertunang dengan MAUT. Dan aku akan sabar menanti tarikhnya dengan mendekatkan diri ku kepada ALLAH. Aku tahu ibu akan tenang menghadapinya, kerana ibuku bernama Ummu Sulaim, baginya anak adalah pinjaman dari ALLAH yang perlu dipulangkan apabila ALLAH meminta. Dan ibu mengambil 'ibrah bukan dari namanya (Ummu Sulaim) malah akhlaqnya sekali. Ummu Sulaim, seteguh dan setabah hati seorang ibu."

* Kisah ini bukan kisah ana (Insyirah), ianya kisah KITA (semua yang sedang membaca/tak) *

Mulai hari ini, jangan bersoal tika melihat ana memakai cincin. Kerana, ana sudah bertunang! Bertunang dengan kematian, tidak tahu bila ana akan dinikahkan dan tidak tahu bagaimana rezeki di malam pertama. Tetapi, sekurang-kurangnya apabila sudah dirisik dan bertunang, kita sama-sama akan mempersiapkan diri sebaik-baiknya walaupun bukan yang terbaik untuk hari pernikahan dengan KEMATIAN. Wallahua'lam.

Cukuplah kematian itu mengingatkan kita... Cukuplah kita sedar kita akan berpisah dengan segala nikmat dunia. Cukuplah kita sedar bahawa ada hari yang lebih kekal, oleh itu sentiasalah berwaspada. Bimbang menikah tergesa-gesa, tahu-tahu sudah disanding dan diarak seluruh kampung walau hanya dengan sehelai kain putih tak berharga.

Setidak-tidaknya, Insyirah (watak di atas) sudah 'membeli' baju pernikahannya... Arh... Untungnya Insyirah. (Cemburu! Cemburu! Cemburu!)

~ Kullu nafsin za'iqatul maut ~

Insyirah Soleha,
19 Januari 2010
Baiti

 
__________________________________________________________________________________
 
Terima kasih Ya Allah kerana mengingatkan aku tentang mati, dan juga ini:
 

“Meninggalkan amal kerana manusia adalah riya’. Beramal kerana manusia adalah syirik. Ikhlas itu ialah Allah menyelamatkan engkau daripada kedua-duanya.”

 

Astaghfirullah..astaghfirullah..astaghfirullah..perlu sentiasa check amalan ibadah diri..ikhlas, atau tidak?

 

 

Thursday, March 25, 2010

Duhai Mujahid Bergelar Hamba

Bismillah, 


Diambil dari iLuvislam


Duhai insan bergelar hamba,
Ketahuilah hidup ini tidak selalu tenang,
Hidup ini tidak selalu senang...

Adakalanya,
Hidup ini sering bergolak,
Hidup ini sering dilambung ombak...

Duhai insan bergelar hamba,
Ketahuilah, hidup ini telah ditentukan,
Hidup ini dirancang Tuhan...

DIA maha mengetahui segalanya,
DIA arif tentang ciptaanNya...

Duhai insan bergelar hamba,
Usah dipertikai segala ketentuan,
Usah dipersoal segala takdir Tuhan,
Usah dirungut segala perancangan...

Tempuhilah kehidupan dengan redha,
Hadapilah segala fitnah manusia,
Harungilah segala fitrah dunia,
Laluilah segala dugaan dariNya...

Gagahi diri dengan keimanan,
Perkasakan diri dengan ketaqwaan,
Kuatkan diri dengan Al-Quran,
Yakinkan diri dengan janji Tuhan...

Duhai mujahid,
Yang impikan mardhatillah,
Usah gentar,
Usah gusar,
Usah sedih,
Usah menangis,
Usah kecewa,
Usah terkesima...

Berjalanlah di bumi ini,
Dengan keyakinan yang mantap.

Bergeraklah di bumi ini,
Dengan keimanan yang kuat.

Berlarilah di bumi ini,
Dengan ketaqwaan yang sebenar.

Jangan!
Jangan ditangisi apa yang terjadi.

Jangan dikesali apa yang menimpa,
Jangan dirunguti apa yang ditentukan.

Segala yang terjadi pasti ada hikmahnya,
Di sebalik kesusahan pasti ada kesenangan.

Di sebalik sedih pasti ada gembira,
Di sebalik tangisan pasti ada hilai tawa.

Duhai pejuang,
Bergembiralah dengan setiap dugaan.

Senyumlah tatkala ditimpa cubaan,
Berbahagialah dengan segala ujian,
Kerana sesungguhnya,
ALLAH dekat denganmu.

Monday, March 22, 2010

sekilas

Bismillah,

"Alahai, itulah nasib Melayu di bumi Melayu. Lebih menyedihkan orang Melayu tidak banyak tampil membela Melayu itu sendiri. Menitis air mata memikirkan bila bukan Melayu seperti saya terpaksa membela Melayu hanya dek kerana Melayu beragama Islam, walaupun terpaksa dihina dan dikeji oleh bangsa sendiri termasuk saudara mara saya. Tetapi apakan daya, semangat Islam mengatasi segala-galanya"

- Dr. Mohd Ridhuan Tee Abdullah

Itu adalah antara petikan dari salah satu rencana dalam Mingguan Malaysia. Tak dinafikan, 3 minggu kebelakanagan ini, pada setiap hari Ahad yang aku gelar sebagai 'Newspapers Day', ruangan rencana yang memuatkan isu politik dan agama menjadi perhatian aku.Memang dulu aku seorang yang kurang gemar ambil tahu tentang masalah politik. Memeningkan kepala. Tak tahu nak bezakan yang mana penting, yang mana remeh. Dah laa penulisan rencana panjang-panjang. Jalan senang, baca berita hiburan yang lebih 'menghiburkan' dan 'kurang memeningkan kepala'. Kalau nak tahu masalah politik pun, lagi suka dengar rakan-rakan bercerita daripada baca sendiri.

Isu penggunaan kalimah Allah, ahli keluar PKR, rancangan 16 September, dan isu-isu semasa yang tersembunyi atau kurang diberi perhatian. Menarik. Cukup menarik.

Wah, dah bertambah matang aku. Atau sebenarnya aku memang perlu mengambil tahu. It is time.

"Saya cukup bersetuju dengan kata-kata bahawa negara kita nampak sahaja stabil tetapi sebenarnya tension" - Dr. Mohd Ridhuan Tee Abdullah.

Jangan salah faham. Bukan ruangan Dr. Mohd Ridhuan Tee Abdullah sahaja yang aku baca. Cuma untuk minggu ini, rencana ini yang paling menarik bagi aku. Nak ulas panjang-panjang pun tak pandai lagi. Budak mentah baru nak mula mengambil tahu, belum cukup matang pengalaman untuk berkongsi pandangan. Takut menyentuh sensitiviti. Buat masa ini, simpan untuk sendiri.

Minggu ini juga dah 2 kali ada rencana tentang pengalaman manis rakyat Malaysia di New Zealand. Yang pertama beberapa minggu lepas, aku tak berapa ingat, tapi lebih kurang dia nie walaupun beberapa kali pergi New Zealand dan bernasib malang baik kerana accident, isteri masuk hospital dan beberapa lagi, dia tetap nak pergi New Zealand kerana suasana dan orang-orangnya yang susah ditemui di Malaysia. Minggu ini tajuknya "Budi baik sebuah hospital NZ".

Penulis, Zainuddin Maidin iaitu bekas Ketua Pengarang Kumpulan Utusan bercerita tentang kehilangan pasport dan isterinya diserang strok di Christchurch. Beliau bimbang apabila isterinya dimasukkan ke Hospital Christchurch tanpa mempunyai wang yang cukup, takut isterinya tidak diberi rawatan tetapi perasaan beliau menjadi tenteram apabila petugas hospital lebih mementingkan pesakit dari wang dan sangat bertimbang rasa. Motel tempat tinggal beliau juga begitu, apabila mengetahu isterinya masuk hospital dan kurang wang, pegawai motel membenarkan beliau tinggal di situ selama mana isterinya dirawat dan pembayaran boleh diuruskan kemudian. Beliau bagaimanapun memberitahu akan mendapatkan surat jaminan dari syarikat beliau di Kuala Lumpur. Beliau memberitahu perkara yang sama kepada pihak hospital. Isteri beliau dirawat selama sebulan di Hospital Christchurch. Layanan yang beliau terima segera mengingatkan beliau kepada berita yang sering didedahkan perihal hospital swasta di Kuala Lumpur tidak mahu menerima mangsa kemalangan yang cedera parah dan yang di dalam kecemasan tanpa sebarang jaminan.

"Dan sejak memasuki hospital ini sehingga meninggalkannya yang saya temui ialah sifat kemanusiaan dan peradaban manusia yang tinggi dari peringkat serendah-rendahnya hingga kepada doktor dan pegawai-pegawai tingginya. Saya pasti tidak akan mendapat layanan seperti ini di negara sendiri atau mungkin juga tidak di negara-negara maju yang lain".

"Ketika saya membaca al-Quran kepada isteri saya yang dalam keadaan tidak sedar, seorang jururawat telah bertanya apa yang dibaca, saya memberitahu ayat-ayat dari al-Quran kitab suci bagi orang Islam seperti Bible kepada orang Kristian. Dia menyatakan ianya bagus sebagai terapi dan akan membuatkan pesakit senantiasa merasakan ada orang bercakap dengannya."

Jadi tidak salahkan untuk aku selalu merindui New Zealand.

"Sekalipun berada dalam suasana yang menyenangkan, layanan yang baik dan mesra tetapi masa sebulan di hospital ini dirasakan bagai setahun kerana saya telah kehilangan sesuatu, saya sedar akan menghadapi suatu keadaan hidup yang sudah tidak sama lagi. Dalam keadaan ini lebih senang berada di negara sendiri. Setiap hari saya membilang hari untuk pulang. Sesekali kunjungan keluarga Melayu yang telah bermastautin di sini dan juga pelajar-pelajar perubatan dari Malaysia mengubati perasaan".

And here I am, in Malaysia, walaupun tidak dinafikan masih ada keinginan untuk ke New Zealand, suatu hari nanti jika diizinkan oleh Pemilik alam ini.

Tuesday, March 9, 2010

Hari ditawarkan duit


Bismillah,

Handphone aku berbunyi. Segera aku mendapatkannya sebab aku pun sedang tertunggu-tunggu panggilan telefon. Tertulis 'withheld'. Dalam fikiran aku hanya terbayang Wan Ling, panggilan jauh dari Wellington.

Agak terkejut bila terdengar suara seorang lelaki Indonesia. Tapi dia tak tau nama orang yg dia telefon, which is quite pelik laa kan. Call orang, tp x tau nama orang tu. Dengan selamba aku tanya dia dari Indonesia ke. Dia jawab dari Johor. Dia ulang no handphone aku, dia tanya betul ke tak, dan dia cakap aku menang RM10,000 sekarang! Pastu dia mintak no akaun bank aku sebab dia nak transfer duit yang aku da 'menang' free tu.

Wah, bestnya kalau betul aku menang duit banyak tu kan. Siapa tak suka. But hey, rezeki takkan datang bergolek ok. Dok goyang kaki kat umah tetiba ada duit 10k masuk. Hebat, hebat. Aku pun bukanlah bertuah sebab kalau masuk cabutan bertuah tak pernah lekat sekali pun. Tak kisah laa tu kan. Sebab tu tetiba menang 10k cam pelik.

Paling best aku rasa dok umah goyang kaki dan duit still masuk ialah di welly sbb dapat duit scholarship. Haha. Tp tu pun sebagai tukaran kena berusaha dapatkan segulung ijazah. Kena extend satu sem jer, kurang allowance.

Alhamdulillah, few days ago aku dengar iklan di radio suruh semua orang berhati-hati dengan perkara sebegini sebab orang bank tidak akan sekali-kali minta no akaun bank melalui telefon atau sms.

So yeah, aku cakap aku x nak duit tu dan aku ucap terima kasih. Terus dia hung up.

Well..

Aku letak status kat fb pasal nie. Tetiba dalam seminit lepas tu dapat msg dalam inbox fb dari seseorang yang aku tak kenal dan bukan dalam linkungan friends list aku.

X: hahaha... baru aje layari facebook, ternampak profil Iynas... tergelak!! login facebook, dapat RM100 hari hari, nak?

Pelik lagi, sape laa mamat nie kan. Nama dia terpaksa dirahsiakan. Aku pun bukak page dia dan tertulis di kotak sebelah kiri bawah gambar tu:


Hi, my name is X and I like to find new ways of making money. If you wish to find out how to make money online using FB, contact me.


I see. Aku pun reply.


I: erk ye ke? wahh kalau camtu sehari bleh menang 1000 gak kot..haha

X: kalau pandai pandai ler... :) kawan kawan dapat...

I: seriously ada yg dapat?

X: ada... call saya 012 *** ****


Wah, siap bg no handphone nie. Macam serius. Macam betul jer.


I: xpelah, thanx..not interested :-)

X: duit pun tak nak... hihihi


Siapa tak nak duit. Of course sekarang sedang memerlukan duit. But perhaps not this way walaupun dia kata ada yang dapat. Login fb, dapat duit. Agak tak bersemangat nak mencari sumbernya pun.

Berhati-hatilah, walaupun terdesak. Kunci untuk merasa cukup adalah sentiasa bersyukur. Rezeki datang dari Allah diiringi usaha.

Login fb satu jenis usaha? Hmm, susah sket nak digest. Kurang meyakinkan.

So itulah yang berlaku hari ini, menceriakan sedikit hari yang biasa. Alhamdulillah.

Berharap tiada soalan tentang kerja ditanyakan kpd aku. I'm officially off-mood to answer such question. Sorry.

Thursday, March 4, 2010

Saat itu

Bismillah,


Air mata bergenang, kaki melangkah longlai
Saat aku menghantarnya  'pulang'
Kenapa hanya sekejap?

Ada sedikit rasa marah
Namun cepat-cepat aku sedar
Semua ini telah ditentukanNya

Setinggi mana pun keinginanku untuk menulis di sini
Aku sedar ada hati yang bakal terguris
Marah mereka, aku tidak tahu

Aku hanya manusia biasa
Penat, barangkali

Air mata bergenang, kaki melangkah longlai
Ia jarang berlaku

Ya Allah, Kau Maha Mengetahui apa-apa yang tersembunyi di dalam dada, dan hanya Kau sebaik-baik tempat bergantung dan mengadu

Mama

Bismillah,

My mom is here for a week. Longer than usual. Alhamdulillah. Getting used to it. Being far from home for 3 years has taught me how to be independent.

Unfortunately, that is not the case when my mom is right next to me. I am more dependent to her when she's around. Especially dalam bab mengemas rumah.

Rumah ini agak luas. Kagumnya aku kepada mama aku dari dulu sampai sekarang ialah, dia seorang diri boleh kemas dari depan sampai belakang tanpa mengabaikan makan anak-anak. Very the multitask. Sudah pasti bukan dalam masa sehari. Ambil masa 2,3 hari jugak tapi mama aku buat semua. Menyapu, megemop, mengelap, membuang, mencuci, menyusun, semuanya. Sampai ke dalam bilik anak-anak. Hebat kan kasih sayang seorang ibu.

Aku? Tolong sikit-sikit laa. Bila mak aku suruh amek kerusi dan panjat untuk letak barang ke, tolong lap ke, tolong ambil itu ini ke. Tu jer. Teruk kan aku nieh. Rasa diri pemalas dan tak banyak membantu. Tapi bila mama aku takda kat rumah, aku buat laa walaupun tak semua seperti yang aku sebut di atas. Depan mak aku jer aku buat-buat malas. Siap tidur lagi. Mesti tension mama aku. Hehe.

Salah satu sebab mama aku stay lama sikit kali ni ialah nak tolong aku kemas barang-barang dalam kotak shipping aku. Da lama sampai tapi aku tak bukak-bukak lagi sebab aku tak tau nak simpan kat mana. So mama aku da kemaskan satu ruang dalam sebuah almari untuk aku susun barang-barang aku.

Dalam dok kemas-kemas tu, terjumpalah fail-fail lama masa aku berada di tingakatan 1 sampai 3. Dalam fail tu ada kertas-kertas soalan dan jawapan peperiksaan, nota-nota sekolah. Aku pun termasuk dalam mood sentimental. Tengok balik semua nota dan kertas peperiksaan. Nak kata nostalgia boleh jugak. Dalam hati aku:

'Kemas jugak tulisan aku dulu.'

'Wah, tak sangka aku tak dapat jawab soalan nie'

'Eh, bestnya. Dah lama aku x jawab soalan matematik. Ada jugak rules matematik yang aku dah lupa'

Macam-macam lagilah yang berada dalam fikiran aku. Mama aku biarkan jer. Dia faham kot, dok tengok aku senyum sorang-sorang sambil membelek satu-satu fail dan buku. Hehe.

Ada satu kertas jawapan exam english kan, kena buat essay daripada points yang telah diberi. Konsepnya steps dalam memasak. Yang memula kena buat apa, then, next, after that, finally sume tuh laa.

"Then, put out the fire and heat the wok"

Ada garisan merah bawah perkataan 'put out' dan di sebelah kanan ruang tempat cikgu komen tertulis macam ni: put out = padam

Wakaka. Tergelak aku sorang-sorang. Aku tunjuk kat mama aku. Mama aku pun gelak. Adeh, lawak betul. Itu yang paling kelakar aku jumpa.

Disebabkan tiada ruang, maka terpaksa disingkirkan untuk diberi ruang kepada barang-barang di dalam kotak. Kalau ikutkan sayang, mahu rasanya aku simpan lagi.

Dalam usia yang tidak begitu muda, mama masih ada kudrat untuk melakukan semuanya seperti dulu. Semuanya kerana sayang juga. Persoalannya, mampukah aku jadi seperti mama bila mama sudah tiada kudrat lagi?

Ya Allah, aku bersyukur kerana masih ada mama. Walaupun apa-apa yang aku lakukan tidak setanding kasih sayang mama melahirkan dan membesarkan aku, menjadi tanggungjawab aku sebagai anak untuk menghormati dan berbuat baik kepada mama, kerana redha Allah terletak kepada redha ibu bapa. Kejayaanku sampai hari ini, adalah kerana doa dan restu mereka.

Aku tidak mahu terkilan lagi.