Monday, March 30, 2009

Kata-kata akhir

Kata-kata memanipulasi. Kata-kata melindungi. Kata-kata menyenangkan. Kata-kata menyakitkan.

Ketika org lain sudah menulis kata-kata hampir setengah buku baru, aku masih belum mahu membungkus buku lama. Ya, aku juga sudah membuka buku baru, sudah pun mula menulis kata-kata segar, tetapi aku masih menyelak setiap helaian buku lama, mencari kesalahan tatabahasa, dan memperbetulkan kosa kata, supaya buku baru aku kelak lebih tersusun rapi dan sedap dibaca.

Malam tadi aku cengeng kembali. Sedaya upaya aku cuba menaikkan harga "senjata wanita", supaya lebih eksklusif hanya utk perkara-perkara tertentu, bukan utk sesuatu yg aku sepatutnya sudah lama tutup buku. Malam tadi ia menjadi murah kembali, tetapi tidak terlalu murah kerana sebahagian daripadanya sudah terkumpul sejak petang, khas utk teman yg aku rindui.

Aku marah dgn diri sendiri. Sekuat mana aku cuba menelan dan melawan, akhirnya memakan diri.

Strategi aku utk membuang segalanya dgn cepat, kurang efektif kerana kini ia dtg mengejar aku, walaupun tidak bertubi-tubi, tetapi sekali ia dtg, menjadikan aku lemah kembali. Walau bagaimanapun, aku bersyukur memilih strategi itu kerana sekurang-kurangnya dapat menahan aku sekejap utk menumpukan perhatian kepada pelajaran. Bygkan kalau aku biarkan perasaan mengawal diri ketika itu, aku tidak dapat membayangkan apa yg akan terjadi bila tibanya musim peperiksaan. Pelajaran bg aku, lebih penting dpd perasaan aku, dan mungkin, lebih penting dpd perasaan org lain, kerana harapan Mama dan Baba adalah semangat yg harus aku pegang sampai bila-bila.

Kini, aku redha apabila dipersalahkan dgn strategi itu. Mungkin benar salah aku, kerana aku begitu mudah melepaskan.

Kata-kata itu, seorg teman menyedarkan aku akan sakitnya. Tetapi tentang mengapa aku berkata demikian, tidak mungkin aku akan hebahkan kerana ia membuka aib.

Akibat terlalu ingin mendalami kesan kata-kata yg dikatakan menyakitkan itu, aku lupa tentang kata-katanya yg bg aku menjadi permulaan kpd segala-galanya. Jika aku memberitahu tentang kata-kata itu, adakah kesan sakitnya dapat juga diselami? Atau hanya aku sahaja? Sbb bg dia, kata-kata yg dilafazkannya seperti tiada apa-apa.

Jadi dapat dilihat di sini, kata-kata aku yg dikatakan menyakitkan, bg aku tidak perlu jadi begitu. Kata-katanya yg bg aku menyakitkan, dikatakan pula tidak perlu menjadi satu isu.

Apabila persefahaman sudah goyah, ditambah dgn faktor luaran spt orang ketiga, maka sudah dijangka ia akan musnah di tengah jalan.

Aku tidak mahu memanggilnya org ketiga, tetapi bila dulunya dikatakan tidak mahu ada apa-apa, dalam waktu yg sama ke sana ke mari, dan kini ada apa-apa, maka adakah dijangka aku hanya mampu berdiam diri tanpa perasaan negatif? Apatah lg dgn seseorg yg aku kurang kenali menambahkan istilah "insecurity" dalam diri. Kini, menyedari perasaan itu adalah sekadar hasutan, perlahan-lahan aku beristighfar menenangkan diri. Aku mengingatkan diri bahawa itu adalah qada' dan qadar Allah, dan kita sebagai hamba harus akur dengan ketentuan-Nya. Aku doakan yg terbaik utk kalian juga. Terima kasih kerana menggembirakannya. Mungkin kau lebih memahaminya berbanding aku yg dikatakan terlalu mendesak kerana tidak memahami. Sesuatu yg aku tidak boleh faham sampai sekarang, walaupun dipersetujui oleh seorg teman, dan mungkin beberapa org teman.

Aku harap ini yg terakhir, kerana sebenarnya aku sudah redha dan tidak mengharap apa-apa lagi selain yg terbaik utk aku. Cuma itulah, mungkin aku perlu kuatkan lagi hati aku supaya tidak menyelak lagi helaian buku lama dan membungkusnya.

Tetapi, kalau aku berhenti menyelak, aku pasti ia akan dtg kembali menghantui dan membuat aku kembali cengeng dan akibatnya, aku akan tidak berhenti-henti marah dgn diri sendiri kerana terlalu lemah. Apatah lg apabila mengenangkan yg dia terlalu disayangi keluarga, sampai ada di antara kaum keluargaku menyalahkan aku kerana melepaskannya. Perit, bukan?

"Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu, Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui."
-Surah Al-Baqarah ayat 216

"Allah tidak membebani seseorang itu melainkan sesuai dengan kesanggupannya,"
-Surah Al-Baqarah ayat 286

"Jgnlah kamu bersikap lemah. dan jgnlah pula kamu bersedih hati,padahal kamulah org2 yg paling tinggi darjatnya, jika kamu org2 yg beriman."
-Surah Al-Imran ayat 139


Sunday, March 29, 2009

Warkah buat teman

Ke hadapan temanku yg amat kukasihi,

Honestly, kte faham perasaan dan situasi awak. Kita sama2 terima ia sbg qada' dan qadar dari Allah kerana ade hikmah yg lebih besar di sebalik apa yg terjadi.

Honestly jugak, kte sedih bler kte dapat tahu tp kene buat2 x tahu. Kte plak jenis x reti nak contact awak dan tanye ape2 sbb ia hanya akan lebih memedihkan dan kte x tahu mcm mana nak buat2 hepi and make u happy as well. Itu kelemahan kte.

Kte sedih jgak bler kte sama2 janji nak g spa tp x tertunai, sbb kte ingat, masa kita bersama masih panjang. Bler kte ingat pelukan dan salam di airport sebenarnya adalah yg terakhir antara kita, lg kte sedih. Tp itu bukan penghujung segala-galanya kan. Kita da bersama sejak 3 tahun yg lalu, kte da sayang awak dan kte x nak ia berakhir. Kte still bleh jumpe kat kampung kan, hehe.

Just want u to know, i really care about u. I've once cried because of you. If u need support, u know i'm here. Sori coz during those last moments, kte terlalu tumpukan kpd bende lain dan kurang heart-to-heart talk dgn awak. Lg buat kte ralat sbb kte rase kte da menyinggung perasaan awak ketika awak dilanda dgn ujian yg lebih sukar.

Tp kte faham kenapa begitu yg awak mahukan. Dan awak dah buktikan yg awak kuat menempuh semuanya. Berkat doa keluarga dan rakan2 yg sayang awak kat sini, insya-Allah awak akan memperoleh lebih banyak kekuatan utk meneruskan apa yg awak cita-citakan selama nie.

Kte masih ingat tentang hasrat awak nak buat sesuatu based on watak2 real. I'm looking forward to that! ;-)

All the best my dear! Keep in touch ok!

P/s: I hope u're aware of the message i sent to u through fb. Sori laa kte nie sentimental sket, kontra dgn awak yg brutal. Haha. Kalau kate awak x rase same dgn ape yg kte rase, sori laa coz i cannot stop myself from being care about u.

Lots of love


Thursday, March 26, 2009

Dua

Aku x expect langsung akan ade org bg reaction kat post aku mlm tadi. Bukan laa aku expect reaction utk semua post aku, tp hanya kerana 2 baris ayat yg mengatakan aku nak tido, pun dapat reaksi negatif. Tido awal bukan ke benda baik. Haha. Well, sebagaimana aku boleh cakap "suka hati aku laa aku nak bgtau aku tido ke makan ke, blog aku kan", spt tu juga pembaca-pembaca sekalian boleh cakap, "suka hati aku laa nak bg reaction ape, hak aku kan".

Betul. Aku letak ruangan reaction tu pun bukan saje2. Dalam erti kata lain, aku yg bg peluang utk org react positif ke negatif. After all, 2 pilihan tu jer yg aku bg pun. Mmg limited. Persepsi setiap org utk kedua-duanya pun berbeza. Apa yg org lain anggap positif x semestinya aku akan terima anggapan yg sama. Itu yg menarik utk aku tgk. Mcm kes post malam tadi laa, aku hairan kenapa dapat reaksi negatif. Adekah saje nak bg reaction for fun or mmg kecewa sbb aku tulis hanya 2 baris ayat? Haha. Sekadar meminjam tanggapan seseorg utk dibuat sbb. Kalau ade sbb lain, x dapat difikirkan plak skarang.

Ok, enough of that. Xde pape faedah pun hurai pjg2. Saje nak meluahkan kehairanan di hati. Maksud sebenar di sebalik 2 baris ayat tu biar aku saja yg tahu. Dua baris, seribu makna.

Lg mengenai 2. Hmm, the two things i did during my 2-hour work. Cleaning tu xyah laa kire kan, mmg dalam requirement pun. Sampingannya adalah dgn:
  • mendgr lagu sbg peneman diri
  • berangan dan berfikir tentang mcm2 perkara.
Itulah pentingnya ade mp3 player or dalam kes aku, ipod semasa bekerja, apetah lg bler keje sorg2. Rase mcm xde motivation utk keje kalau xde lagu. Haha.

Berangan dan berfikir ttg macam2 perkara. Hmm, macam2 laa. Most of the times aku bawak diri aku kembali ke masa2 lalu. Mengimbau semua kenangan. Jarang sekali aku pk ttg masa depan mase tgah buat keje cleaning. Buat ape pk pasal bende yg blom pasti. Aku da rancang dan biar Allah yg menentukan sama ada usaha aku berhak mendapat pulangan sewajarnya. Aku keje nak enjoy. So dgn ingat balik masa2 lalu yg menjadikan aku skarang ini, membuatkan aku rasa lebih tenang mengatur hidup menuju ke arah misi aku.

Hari nie mase aku tgah cleaning atau mengelap pintu to be exact, aku terfikir ttg ayah aku dan beratnya tanggungjawab sbg seorg lelaki. Dikatakan bahawa:

"Lelaki bujang kena tanggung dosa sendiri apabila sudah baligh manakala dosa gadis bujang ditanggung oleh bapanya.
Lelaki berkahwin kena tanggung dosa sendiri, dosa isteri, dosa anak perempuan yang belum berkahwin dan dosa anak lelaki yang belum baligh"


Hmm, yg aku paham kalau pompuan da baligh, dosa tanggung sendiri. Kurang puas hati, aku google dan jumpe nie:

Firman Allah S.W.T.:

Dan tiadalah (kejahatan) yang diusahakan oleh tiap tiap orang melainkan orang itulah sahaja yang menanggung dosanya dan seseorang yang boleh memikul tidak akan memikul dosa perbuatan orang lain [al-An'am 6:16]


Rasulullah s.a.w bersabda,


"Kamu semua adalah pemimpin dan kamu semua bertanggungjawab. Pemerintah adalah pemimpin dan dia bertanggungjawab. Seorang lelaki adalah pemimpin keluarganya dan dia bertanggungjawab. Seorang wanita adalah pemimpin di rumah suaminya dan dia bertanggungjawab. Seorang hamba adalah pemimpin harta tuannya dan dia bertanggungjawab. Ketahuilah bahawa kamu semua adalah pemimpin dan kamu semua bertanggungjawab." - Dikeluarkan Imam Bukhari di dalam Sahih Bukhari.

Dalam konteks ini bukan dosa yang dilakukan oleh anak perempuan atau isteri. Itu si perempuan tanggung. Tetapi dosa yang akan dijatuhkan kepada si suami atau ayah adalah dosa kerana gagal mendidik si isteri atau anak perempuan.


Byk lg artikel aku jumpe yg menarik. Tentang kesahihan artikel yg x tulis sumber dari mane, wallahualam. Ade lg satu yg aku nak kongsi:

EMPAT GOLONGAN LELAKI DITARIK WANITA
Seseorang wanita itu apabila di yaumal alkhirat akan menarik empat golongan lelaki bersamanya ke dalam neraka:
  1. Ayah
  2. Suami
  3. Abang
  4. Anak lelaki
Semuanya kerana tidak memperbetulkan akhlak seorang wanita Islam.

Berat kan tanggungjawab seorg lelaki. Gerun bler membayangkannya. Jadi kita sbg perempuan yg mengaku Islam, kasihanlah pada diri sendiri dan golongan2 lelaki di atas.

Wallahualam.

Aku x kata aku baik, tetapi semua org ada peluang utk memperbaiki diri.

Firman Allah dalam Surah An-Nur(24) ayat 26:

“Wanita-wanita yang keji adalah untuk laki-laki yang keji, dan laki-laki yang keji adalah buat wanita-wanita yang keji (pula), dan wanita-wanita yang baik adalah untuk laki-laki yang baik dan laki-laki yang baik adalah untuk wanita-wanita yang baik (pula).”

Pegang janji Allah, sambil aku sendiri berusaha utk menjadi baik kerana aku nak yg baik utk aku.

"Mungkin pada mulanya kita menganggap perkara yang kita lakukan ini cukup baik, niatnya baik, caranya pun kita rasakan cukup baik.tetapi sebenarnya, ia adalah rencana syaitan yang membuatkan kita kabur memandang perbuatan yang kita lakukan itu."

Sekian.

Towards the end, tajuk "Dua" tu x sesuai plak, tp malas nak pk tajuk lain. Isi post asal yg nak tulis pun lain. Haha.

Wednesday, March 25, 2009

Aku..

Lebih baik pergi tidur.

Selamat malam dunia.

Monday, March 23, 2009

The Latest Gifts

By 'latest' aku x bermaksud yg plg lambat, tp yg terkini. Jgn salah faham.

So these are the latest gifts that i received, i guess a week ago from Nadiah Fackeer Mohamad and Firdaus Sunhaji, during a non-expected belated birthday celebration not only for me, but also dedicated to two January-born girls:



I: Iynas
F: Firdaus
N: Nadiah
-Jahit sendiri ok-

Aku letak gambar2 hadiah kat sini bukan kerana nak membangga diri atau ape, hanyalah salah satu cara aku utk berterima kasih dan menunjukkan penghargaan.

Saya sayang anda semua, walaupun saya tidak pandai menunjukkannya.

I hope it's not too late

Ini adalah sambungan dari post pertama utk bulan ini, berkenaan 2 hadiah mengejutkan from my beloved housemates beberapa jam selepas aku menjejakkan kaki di rumah.

The 1st one I received is from Amirah Adilah aka Bebeh:

A perfect gift for someone yg telah menempuh perjalanan jauh selama berjam-jam dan perlukan kesegaran segera. You can see that i've used it quite much.

The 2nd one is from tiga sekawan; Fatinn, Wan Ling, dan Azizah:

A Swatch watch! I guess thank you is not enough, coz i LOVE it so much! It is so cute and adorable.

But i do not have only two Swatch watches, but 3 of them! The other one was given to me earlier through my mother before i went back to Malaysia, and it is from non other than my beloved so-called daughter, Shaza:

The watch from Shaza is on the right. It is more to elegant type. Again, thank you is not enough, coz i LOVE it so much too!

So now kalau rase nak comel2 sket, pakai yg sbelah kiri. Kalau rase nak elegant sket, pakai yg sbelah kanan. Wow! Terharunya di hati x dapat nak diungkap dgn kata-kata.

So what will happen to the other Swatch, the 1st Swatch i've ever received from someone? I put it into a Swatch box from Shaza and put it as display on the shelf in my room. Hiasan utk tatapan. Beware, it is not even an invitation to treat :-P

Currently i am switching between the two watches. Jauh di sudut hati, terima kasih yg tidak terhingga kerana telah menjadikan impian saya satu realiti (sounds familiar) dan kini transformasi telah berlaku (opss!). Saye pernah kata nak ade lebih dari satu jam tgn supaya ada lebih byk pilihan, and now i have them, walaupun tidak menamakan jenama tertentu, dan x kesa pun jenama ape, but Swatch is just PERFECT!

I am so thankful and grateful, that all the three Swatches are gifts. Nak beli sendiri, pernah terdetik tp blom berkemampuan. So yes, i treasure all three Swatches.

Again, THANK YOU for the LOVE.

*Sorry gambar x clear coz i used my hp.

Saturday, March 21, 2009

I am in my evil state of emotion

Urgh!! Why? WHY???

Why must Dan fall into the trap of that ^%$*& Miss Carr?? Mmg nampak sgt laa Miss Carr tu suke kat Dan kan. Sampai nak jumpe kat coffee shop bagai walaupun da tau salah, buat jugak! Pastu sbenarnye die mesti happy kene fired coz now she can messed around with Dan!

And Dan?? Why must u??

I am so disappointed!!

I am at the evil side of me right now, and by saying that, i cannot stop myself from picturing who Miss Carr resembles to. The one who make Dan 'falls' for her.

Ala, Dan pun same jugak. I read reviews saying Dan is actually a hypocrite guy. I hate to admit but i think he is.

Chuck is very adorable when he is in his nice and caring mode. Syieq, can't agree with u more.

*Inilah padahnya bler terlalu emo melayan cite2 mcm nie. Waiting for episode 18. Anyone?

Wednesday, March 18, 2009

Fatinn v Iynas - Gossip Girl

Me and Fatinn, we did a quiz! It's a battle, well sort of, between me and Fatinn, sape dapat character ape and who is our boyfriend in our currently-watching tv series, GOSSIP GIRL!

Let's see whether we get what we want, hehe.

We did two quizzes.

1. "Which Gossip Girl Character are You?"
2. "Who is your Gossip Girl Boyfriend?"

The rules:
- Buat serentak
- Publish kat blog serentak
- Kene teka pihak satu lg dapat ape for both quizzes

So, saye memilih utk teka Fatinn punye dulu.

For 1st quiz, saye teka Fatinn ialah JENNY HUMPHREY!

For 2nd quiz, saye teka CHUCK BASS!

Hehe.

As if for me, these are the results that i got:

1st quiz:



2nd quiz:



I like the 1st one but i don't like the 2nd one. I am happy that i am Dan Humphrey but i'll be happier if my boyfriend is Dan Humphrey. After mase 1st question for the 2nd quiz tu, die tanye ciri2 and i remember i chose loyal as one of them. Nate, loyal? So not! Kejap nak Vanessa, kejap nak Jenny.

Dan Humphrey and Nate Archibald, couples? Eww~

Haha.

So fun! Jom Fatinn buat kuiz laen plak! :-P

From a friend to friends

A childhood friend of mine sent a message to me before i flew back to Welly:

"Wei, safe trip back to Welly..kirim salam kat member2 anda yg menjaga anda..etc etc"

So to the 'member2' stated above, u know who u are :-)

Hey the message sender, can i expose ur identity? Please please. After all we've been classmate since std 5 to form 5!

It is always nice hanging around with childhood friends, kan L***? Hehe.

Tuesday, March 17, 2009

Dan sebenarnya..i am not really okay


Dan Sebenarnya - Yuna


oh bulan
jangan layan diriku lagi
pabila,
air mata membasahi pipi
dan lagu2 di radio seolah2 memerli aku
pabila,
kau bersama yg lain

adakah perasaaan benci ini sebenarnya cinta
yang masih bersemadi untukmu
dan sebenarya ku mengharapkan
di sebalik senyuman mu itu
kau juga merindui aku

ku enggan
berpura pura ku bahagia
ku enggan
melihat kau bersama si dia
oh ku akui cemburu
telah menular dalam diri
pabila
kau bersama yang lain

adakah perasaaan benci ini sebenarnya cinta
yang masih bersemadi untukmu
dan sebenarnya ku mengharapkan
di sebalik senyuman mu itu
kau juga merindui aku

pabila kau merenung matanya
ku rebah,
jatuh ke bumi
di saat kau benar-benar mahu pergi
seperti ku bernafas dalam air
adakah perasaaan benci ini sebenarnya cinta
yang masih bersemadi untukmu
dan sebenarya ku mengharapkan
di sebalik senyuman mu itu kau juga merindui aku
oh


I am okay

But i can't lie that i am not really okay

Come on, it was nearly 5 years

I had passed the state when i thought i was okay

And now i am haunted

Especially when i saw her profile on fb

Thinking..how on earth..?

I just have to accept that he is not meant and the one for me

There is no more hope and i don't have any left

Still, I need time

Please, bear with me with all these pathetic stuffs i am expressing

Coz i am not really okay

When i believe that i am okay


T: "U x rase seronok ke when someone cares about u and u have someone to care about when u're far from ur family?"

Me: "Xpe, i have my friends for me to care about and i know they care for me too. That is more than enough to keep me happy and i am thankful for it. They are my family here."




Why can't he be like Dan Humphrey?

The one who never gives up on his first love.

Coz he is not Dan Humphrey.

And I certainly am not Serena van der Woodsen.

Monday, March 16, 2009

Ade sorg budak nie

Sengih memanjang bler nampak aku pg nie.

Senyuman puas dan gembira, i guess.

Thanks.

Sunday, March 15, 2009

Finally, the 1st post for March!

For 15 days i didn't write any post. Unbelievable. Seriously, this is the longest.

I was reorganizing myself. I still am and insya-Allah always will. As you can see, i changed the layout for this blog. Trying to keep it as simple as possible. Tp semakin lama aku godek2 itu ini, makin byk aku nak tambah itu ini dalam blog nie.

Hmm, da lame x tulis blog membuatkan aku lambat sket nak menghasilkan kata-kata. Pelbagai cerita sedang beratur, menolak-nolak ruang mindaku dan menunggu masa utk dikeluarkan dari kotak fikiranku tetapi kelembapanku menyudahkan ayat membatasinya. Apatah lg kesensitifan touchpad laptop baruku ini menambahkan kelembapan aku. Menyusahkan betul! Suke ati cursor die jer nak ke mane2. Aku perasan laptop baru2 sume mcm nie. Sensitip betul touchpadnya.

So, nak mula dari mane ek? Dari post hari tu ke? Erm, ok, i did meet him. But not on 'tomorrow' like it was supposed to be but the week after that. Sedikit sebanyak penangguhan itu membuatkan aku lebih bersedia.

Ouh, before that, did i tell u that i'm already in Wellington now? Yes! I am at my second home now. *Happy mode* Jgn salah faham, bukan aku x gembira di Malaysia. Beberapa org tanye aku seronok x balik Malaysia. Aku jawab, "Sape x seronok balik tempat asal?" Keseronokan di tanah air tiada tolok bandingnya. Aku lahir di situ. Aku membesar di situ. Aku belajar menjadi manusia berguna di situ.

Walau bagaimanapun, jgn terkejut kalau aku kate aku x kisah tinggal di Wellington utk beberapa tahun lg. Aku seronok di sini kerana aku spt dilahirkan semula di sini. Aku belajar menjadi manusia yg lebih berguna di sini. Dan spt yg pernah aku katakan sebelum ini, aku belajar membudakkan diri di sini, setelah puas aku disogok dgn pertanyaan "Keje kat mane?" di situ. Ouh lg satu, aku suke di sini sbb kulit muka aku sesuai dgn cuaca di sini. Muka aku susah ditumbuhi jerawat! Hehe. Kalau di situ bertompok-tompok jerawat kat muka aku yg senang berminyak nie. Tambah plak aku malas nak jaga muka aku betul2. Yea laa, tgk org laen x perlu bersusah-payah pun. Kenapa aku sebaliknya?

Ok, enough of that. Meh aku cite serba-sedikit aktiviti 2 minggu aku di situ:
  • Balik kg ke Kedah selama 5 hari.
  • Pergi Sarawak coz abg ipar aku dapat keje kat sane. Tlg kakak aku pindah umah. Adam pon kat sane gak. Nasib baik die sempat bermanja dgn aku. Haha. Harap2 kakak aku yg baru pregnant dapat control die. Sihat dan aktif sungguh! X dok diam langsung!
Adam Imran comel
Saat2 berpisah. Adam sedih jugak.

  • Kesuntukan masa utk berjumpa rakan2. Tinggal 5 hari lg. Everyday aku kuar catch up dgn kawan2, termasuk dia. Even the last day tu pun aku sempat kuar bfast n last minute shopping lg coz flight aku mlm. Salah satu akibat last minute shopping ialah pembelian portable laptop desk yg tidak worth dgn harganya. Ape nak buat, hot stuff punye pasal dan aku pun nak sgt bende tu sampai sanggup amek yg display punye. Serve me right! Dgn bangganya aku mengaku kalau aku nak suatu bende tu, aku mmg x kesa dgn harga. Well, kalau mahal sgt kesa gak laa tp sipi2 jer. Haha.
  • Sempat beli laptop baru 2 hari before balik sini. I considered it not a last minute shopping sbb aku berpuas hati dgn harganya. X rase mahal coz byk free gifts. Cume ralat sket coz aku tertinggal free cleaning kit mase nak balik. My bad coz x check betul2.
On the way balik sini alhamdulillah xde byk halangan cume satu jer mase kene check custom kat Christchurch. Memule pakcik syak ade sumthing mase x-ray pastu suro makcik nie check. Punye laa teliti gler. Satu2 die kuarkan dari beg aku termasuk handbag aku padahal mase tu aku ade connecting flight ke Welly dalam mase setengah jam! Yg mane die x puas hati die bawak g x-ray balik. Bayangkan betapa gelisah dan huru-haranya aku. Berkali-kali aku bgtau die tp die buat dek jer. Mase tu aku angin da. Aku dapat rasekan muke aku merah dek panas membara mase tuh. Hampir nangis jugak laa. Mane xnye, da penah ade pengalaman miss flight ok. Sungguh x nak berulang kembali. Mase tu aku da pk kalau laa aku tertinggal flight akan aku suro die byr balik! Nasib baik ade sorg pakcik kastam tu nampak aku ke hulu ke hilir dgn gelisahnye g check ape makcik tu x-ray lame sgt. Mase tu aku rase nak jerit n baling2 barang da tp aku sabarkan hati. Kang kene tahan sbb memberontak lg teruk jadinya. Yg bestnya tu ade file x-ray tulang aku mase 1st year sampai sini. Makcik tu siap kuarkan lg pastu bleh plak die tgk for a few minutes then die cakap "Ouh, u look healthy".

#&*@(*)#&%^$@##!@#!(@*#!~! Kau x tau ke aku ade flight nie~!!

"Erm, could u please be faster. I have a flight boarding at 4.15 and it's already 4.20" Aku x tau kali brape aku cakap nie.

"Sure, i'm doing as fast as i could"

%$^!%&@^*&@(*!&@(@&!~!

Nak dekat 4.30, pakcik tu da panggil, nasib die tlg aku masukkan balik brg2 dan tlg call bahagian airline suro tunggu. Kalau x mmg nak kene hempuk kot. Habis beg aku yg disusun elok2 jadi huru-hara.

"Did u find anything?"

"No, everything is okay. Thank u for ur time"

Thank u for my time? ^%#^*#*)(@#&@%$#@_(%%$#@!~!

Ade lg sorg makcik kastam bertimbang rasa bgtau aku arah mane aku kene lalu dgn cepatnya. Aku pun ape lg, lari tolak troli beg mcm dalam Amazing Race. Sume kat airport tgk aku, siap bg laluan yg x tahan tuh. Ape2 laa, asalkan aku x miss flight. Check barang pun tergesa-gesa. Mmg lari sungguh2 sampai ke garisan penamat! Alhamdulillah aku dapat naek flight dan akhirnya aku dapat duduk dgn tenang sambil tercungap-cungap kepenatan. Hilang rase lapar aku.

Setibanya di Welly, aku disambut oleh my beloved housemates. Cukup korum satu kete. Indahnya saat itu. Sampai rumah, aku menerima 2 hadiah birthday yg tidak disangka-sangka. Nak tau ape?

Tunggu for the next post. Lame sgt mengarang post kali nie. Haha.

Chow chin chow.