Aku berharap agar kasih sayang Allah tidak hilang. Aku takut kehilangan nikmat rasa bersalah dan sentiasa menginginkan untuk hidup di bawah rahmat Allah, walaupun aku sedar, telah beberapa kali aku usir perasaan bersalah itu, hanya untuk mengikut kehendak aku.
Di saat aku rasa aku sudah agak jauh, pagi ini kasih sayang Allah datang dalam bentuk lain yang lebih besar, yang lebih melengkapi aku sebagai hamba-Nya yang hampir selalu terlupa. Subhanallah, Alhamdulillah, Allahuakbar. Dia yang menjadikan, Dia jua yang tahu apa yang hamba-Nya ini perlukan.
Maafkan aku Ya Allah. Terima kasih kerana masih memberi aku peluang untuk merasakan kasih sayang-Mu yang pastinya tidak pernah padam untuk hamba-hamba-Mu yang sering melampaui batas.
Bawa aku kepada-Mu Keindahan yang tak semu Peluk aku Jangan pernah Kau biarkan ku terlupa kepada-Mu Kasihku tempatku mengadu Takkan ada cinta yang bisa sempurna Selain kepada-Mu
(Cinta Yang Sempurna - 6th sense & Neo Letto)
Still struggling
Tidak tahu adakah ini petunjuk dari Allah atau mainan nafsu. Perlu lebih banyak istikharah. Ya Allah, jika ia baik untukku dan agamaku, maka permudahkanlah aku untuk mengenalpasti pentunjuk-Mu, tetapi jika sebaliknya, maka Kau lebih Mengetahui apa yang terbaik untuk hamba-Mu yang lemah ini. Aminn.
Minggu ni agak sibuk. Ada dua assignment yang berupa 1500 esei setiap satu untuk dihantar dan reading untuk persiapan presentation minggu depan.
Ouh, tugas kad raya juga! :-D
Been sleeping at Stafford. Membuat assingment last minute bersama Shaza. Tak tahu apa nak jadi dengan aku. Tak pernah2 start buat assignment less than 24 hours before due! Siap dulu mengaku aku jenis yang kena start buat assignment awal2, kalau last minute sure gelabah dan black out dan bersiap-sedia untuk hantar lambat atau tak hantar langsung!
Alhamdulillah dipermudahkan urusan oleh Allah untuk siap dan hantar at least 10 minutes before due! Tapi still tak puas hati dengan diri sendiri. Entahlah kenapa kebelakangan ni suka buat kerja last minute (Tapi solat jangan last minute ok!). Especially assignment audit yang kena hantar hari ni. Maka harus berlatih memperkemaskan urusan masa.
Tugas lepas nie adalah baca readings untuk meeting presentation esok. Pastu ada 2 open house. Yeayy!
Tadi baru lepas balik dari open house di Mackenzie. Dah lama tak menjejakkan kaki di Mackenzie dan di rumah itu. Banyak kenangan. Walaupun aku bukanlah bekas penghuni rumah itu. Masuk hari ini baru kali kedua aku ke sana untuk tahun ini. Sungguh berbeza dengan tahun2 sebelumnya.
Dua tiga hari kebelakangan ni, ada rasa sedikit kurang dalam hati. Rasa macam dah ada lompong2 dosa (ade ke perkataan nie?) yang aku sedar aku da buat. Yang tak sedar belum kira lagi. Arghh!! Tensi!! Baru berapa hari Ramadhan pergi, dah start dah. Sendiri rasa rugi. Rasa diri ini tak malu. Selalu minta kat Allah dalam solat supaya diampunkan dosa2, tp lepas tu buat lagi?
Ok, sedikit emo di situ.
Dalam situasi lain, bersyukur kepada Allah kerana telah diberi peluang untuk menjadi seorang yang bermanfaat kepada orang lain pada hari ini. Terima kasih Ya Allah. Betapa Allah sayangkan hamba-hamba-Nya. Selalu memimpin ke arah kebaikan. Al-Hadi.
Pastu kan, tadi kan, masa nak balik dari open house kan, dapat text dari Kak Meme, mintak tolong bagi tazkirah utk usrah esok dan Kak Meme minta maaf sbb bgtau last minute. Tetibe kan, dalam hati kan,
"Alaa, mane sempat. Da laa reading presentation baru baca sikit"
Pang!!
Rasa nak tampar diri sendiri. Nak salahkan setan boleh tak? Huhu.
Dah ada peluang buat baik ok! Salah satu amalan yang tidak putus pahala adalah ilmu yang bermanfaat yang diajarkan kepada orang lain. Maka, lagi mau berkira masa dengan Allah?
Sekali lagi, Allah bersifat Al-Hadi kepada hamba-hamba-Nya. Mahu tahu lebih lanjut tentang sifat Allah Al-Hadi? Jom tgk nie:
Jadi bermulalah pencarian tajuk untuk tazkirah. Da start, alhamdulillah susah nak stop. Dapat semula dos tarbiyyah berdozen-dozen yang beberapa hari ditinggalkan dari blog2 dan laman web yang biasa dilawati dan yang baru dilawati. Rindu rupanya.
Ok, meh nak share sket tajuk tazkirah yg telah dipilih utk esok :-)
Hak seorang muslim terhadap seorang muslim yang lain itu ada 6 perkara.
Apabila kamu menjumpainya, maka hendaklah kamu memberi salam kepadanya.
Apabila dia menjemput kamu, hendaklah kamu memperkenankan jemputannya.
Apabila dia meminta kamu memberi nasihat, hendaklah kamu menasihatinya.
Apabila dia bersin lalu dia mengucap Alhamdulillah, hendaklah kamu berdoa kepadanya (dengan ucapan Yarhamkallah).
Apabila dia sakit, hendaklah kamu lawatinya.
Dan apabila dia mati, hendaklah kamu iringi jenazahnya
Hadis Riwayat Muslim.
Senang faham kan, insya-Allah. Mari kita sama-sama mengamalkannya :-)
Seperti yang diketahui umum (sebab sampai masuk berita tv kat Malaysia), New Zealand raya lambat sehari sebab tak nampak anak bulan.
Masa nak tunggu result bila raya tu (macam tunggu result SPM pulak), masing-masing berdebar. Rasa excited mengenangkan esoknya nak raya tu ada laa gak kan. Tapi takpe, patut rasa bersyukur sebab diberi peluang sehari lagi untuk kumpul pahala banyak-banyak. Lagipun, bukannya tak dapat raya langsung. Sehari lagi jer :-)
Hari nie da 2 Syawal di New Zealand dan 3 Syawal di Malaysia. Aku harap aku tak terlambat untuk nak mengucapkan
SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI MAAF ZAHIR BATIN
kepada semua pembaca blog ini. Maafkan segala salah, silap dan kekhilafan sepanjang penulisan blog ini :-)
Semoga kita semua sentiasa berada di bawah rahmat-Nya selalu, aminn.
Dapat rasakan kesedihan dan kerinduan kepada Ramadhan yang berlalu pergi. Honestly said, this is the 1st Ramadhan in my entire life that I feel something that cannot be described. Terima kasih Ya Allah kerana telah memberikan aku peluang merasakannya di bumi Wellington yang subur ini. Insya-Allah aku sudah buat yang sedaya mampu. Selebihnya hanya serahkan kepada-Nya kerana Dia Maha Mengetahui dan Maha Adil.
Semoga dapat bertemu lagi, Ramadhan! Selamat datang, Syawal! Semoga hati ini sentiasa tetap di jalan-Nya, aminn.
Wellington bumi Allah, u've changed me. I'll miss you~ certainly!
Untuk cerita lain plak, skarang nie tgah tak brape sihat. Masuk kali nie da kali ketiga atau keempat demam utk tahun ini. Tapi kali nie demam manja2 gitu. Haha. Ade laa plak demam manja kan.
Sebelum nie bangga jer dgn diri sendiri sbb jarang sakit. Selama 3 tahun kat sini, 2 tahun sebelum nie susah nak demam walaupun utk sekali dalam setahun. Tahun nie, haa, kan Allah dah tegur. Pengajarannya, elakkan dari sekelumit pun rasa bangga dalam diri. Boleh jer nak rasa bangga untuk menambah keyakinan diri tapi lepas tu sila cepat2 balikkan semula pujian itu kepada Yang Lebih Berhak. Nikmat sihat dan sakit itu kan dari Allah :-)
Dapat tahu tentang sakit adalah kaffarah dosa dari seorang rakan. Jzkk.
Sakit Sebagai Kaffarah Dosa
Terdapat byk hadith yg menerangkan bhw kesakitan (ujian) dpt memadamkan kejahatan dan menghapuskan dosa..
Diriwayatkan dr Abu Hurairah radhiallahu ‘anh, bhw Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda: Apabila Allah menghendaki kebaikan ke atas seseorang, Dia akan mengujinya dgn kesulitan..
Diriwayatkan juga dr Abu Hurairah radhiallahu ‘anh, bhw Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda: Utk setiap musibah, penyakit, keresahan, kesedihan atau kesakitan yg menimpa seorang Muslim – hatta luka yg disebabkan tertusuk duri – Allah akan menghapuskan dosa2 nya..
Ibn Mas’ud radhiallahu ‘anh berkata: Aku menziarahi Rasulullah sewaktu Baginda sakit. Aku mengatakan, “Ya Rasulullah, engkau menghadapi demam yg kuat!” Nabi shallallahu ‘alaihi wasallam menjawab, “Demamku adalah dua kali (kuatnya) drp kamu..” Aku bertanya lagi, “Adakah krn engkau mendapat dua kali ganjaran?” Jawab Baginda, “Benar.. Tiada seorang Muslim yg ditimpa kesakitan – w/pun hanya luka yg disebabkan tertusuk duri – melainkan Allah akan menghapuskan dosa2 nya disebabkan kesakitan itu, dan dosanya gugur spt gugurnya dedaun dr sepohon pokok..”
Ya Allah, jika benar begitu, maka aku sgt2 bersyukur pada-Mu..
Namun jika ianya merupakan satu ujian, maka aku juga redha kepada-Mu Ya Allah..
Barangsiapa yg ditimpa penyakit (musibah), harus bgnya bersabar krn tiada tiada ganjaran yg lbh baik drp yg tlh disediakan bg mereka yg menahan musibah dgn penuh sabar..
Suhaib bin Sinan radhiallahu ‘anh meriwayatkan, bhw Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda: Betapa ajaibnya seorang Mu’min (org yg beriman)! Kebaikan itu sentiasa bersamanya, ttpi ianya tdk berlaku pd org lain kecuali kpd seorang Mu’min.. apabila ia mendapat kebaikan, ia bersyukur kpd Allah dan memperoleh ganjaran.. dan apabila ia ditimpa musibah, ia menahannya dgn penuh sabar lalu ia (juga) akan memperoleh ganjarannya..
Ibn Mas’ud radhiallahu ‘anh berkata: Jika seorang hamba berterimakasih kpd Allah sblm mengadukan kesakitannya, maka ia tdklah dikira sbg tdk sabar (dgn musibah).. Bahkan ianya adalah dituntut..
Allah kan suka orang yang sabar :-)
Hari baru, bertambah sihat, alhamdulillah. Semangat pun baru, insya-Allah. Harap2 keazaman bertambah kuat dan boleh buat pengorbanan. Nak sangat buat.
Motivasi untuk diri sendiri, tak tahu untuk kali yang keberapa:
"Perubahan tidak hanya memerlukan kesedaran dan semangat, tetapi pengorbanan yang bukan sedikit"
Final Match of Ramadan League : Second Half Prediction
Assalamualaikum para penonton sekalian,
Tepat jam 12 malam 16 Ramadan 1430 H, bilal meniupkan wisel tanda bermulanya separuh masa kedua perlawanan akhir, Piala Juara-Juara Ramadan di antara Taqwa United dan Nafsu City. Pengkritik dan penganalisa bola sepak tanah air (ustaz-ustaz) telah banyak memberikan pandangan serta komentar yang pedas tentang persembahan longlai pasukan tempatan, Taqwa United dalam tempoh separuh masa pertama perlawanan di konti-konti Masjid berdekatan.
Untuk makluman saudara sekalian,
Taqwa United sedang ketinggalan 3-0 oleh seteru tradisi, Nafsu City. Dua gol daripada penyerang berbisa Nafsu City iaitu Emmanuel Amarah manakala satu lagi gol daripada Carlos Umpat meletakkan pasukan mereka sebelah tangan menggenggam piala teragung buat umat. Strategi 3-4-4 dengan 4 orang striker yang digunakan team Nafsu City sukar dikekang barisan pemain muda Taqwa United. Barisan pertahanan team tempatan yang diketuai oleh Zikir Selawat dan pemain kelahiran Narathiwat, Wirid Harian lemas dalam asakan rangkaian serangan emas yang dibarisi Roque Syahwat Cruz, Carlos Umpat, Dengki-ho dan Emmanuel Amarah (Pemenang Kasut Emas Liga Juara Ramadan musim lalu dengan 30 gol setiap hari)
Penganalisa berpendapat jurulatih pasukan Taqwa United, Sir Iman DHati perlu melakukan rombakan besar-besaran bukan sahaja dari sudut taktik malahan pemain. Pemain-pemain veteran yang longlai seperti Pose Kosong dan Tido Slalu perlu diganti dengan pemain muda berbakat seperti Ikhlas Sedekah atau Tadarus Quran demi memantapkan jentera tengah pasukan Taqwa United. Pemain-pemain veteran kelihatan tidak bermaya dan gagal mengekang kelincahan Gareth Boros dan Stephen IkutNafsu terutama ketika waktu berbuka dan di pusat membeli-belah di separuh masa pertama.
Begitu juga dengan rangkaian serangan pasukan United yang diterajui Tahjud-Din dan Munajat Malam, MM perlu dikerah untuk beraksi di segenap kotak sejadah bagi mengucar-kacirkan kubu pertahan lawan yang dikawal ketat Jolelon Lagho dan Kolo TidoLajak. Tambahan pula, penyerang berkembar itu perlu mengelakkan diri daripada terus diselimuti kedua-dua tembok besar pasukan Nafsu City itu untuk menjaringkan gol-gol yang diperlukan.
Namun penganalisa tempatan begitu optimis bahawa team Taqwa United mampu mengurang defisit tiga gol lawan dalam separuh masa kedua nanti. Dengan ketiadaan ketua jurulatih pasukan City yang digantung, Iblis dan pembantu jurulatih, Satan, pasukan Taqwa United masih berpeluang merangkul kejuaraan kurniaan Ilahi seterusnya meraikan kemenangan di Aidilfitri.
Sewaktu wawancara bersama Sir Iman DHati, anak buahnya bersemangat mengejar bonus dan ganjaran berlipat kali ganda yang dikurniakan pada 10 minit terakhir permainan. Mereka juga berharap tuah Lailatul Qadar menyebelahi mereka untuk mempertahankan kejuaraan yang dimenangi mereka tahun lalu. Selain itu, beliau juga berharap agar ibrah Nuzul Quran dapat dijadikan tonik kemenangan dan pembakar semangat buat pasukan muda United mengejar impian mereka bergelar Juara.
Oh ! Kelihatan, penyokong pasukan Nafsu City dan Taqwa United sudah mula memenuhi semula tempat duduk masing-masing. Penyokong kedua-dua pasukan bersorak bersungguh-sungguh demi membangkitkan semangat team kesayangan mereka. Team sorak Nafsu City dengan pakaian yang menjolok mata dan mengurangkan pahala manakala team sorak Taqwa United dengan pakaian seorang Muslim sejati juga telah berkumpul di tepi padang untuk terus menghangatkan bahang perlawanan.
Siapakah yang akan memenangi perlawanan berprestij ini? Layakkah team Taqwa United menerima imbuhan pelepasan api neraka seperti yang dijanjikan Ilahi selepas tamat perlawanan? Atau kemenangan akan bertukar tangan kepada pasukan yang berbelanja besar, Nafsu City musim ini? Jika kemenangan bertukar tangan maka imbuhan kemenangan yang diperolehi akan dijadikan modal oleh Iblis dan Satan untuk terus berbelanja besar pada musim hadapan mengikat pemain-pemain terbaik dunia seterusnya menutup peluang pasukan lain mengejar impian akhirat.
Sama-sama kita saksikan kesudahan perlawan akhir ini...
Sekian dari saya, Hizbullah Awang untuk anda yang masih termenung di luar sana.
********
Afiq Izzudin merupakan Presiden Persatuan Pelajar Islam Malaysia Ireland(PPIMI) sesi 2009/2010. Kini beliau merupakan pelajar perubatan di Royal College of Surgeons in Ireland(RCSI). Tulisan di atas dipetik dari blog beliau.
(Ihsan: iLuvislam)
Kreatif dan menarik kan? Semoga mendapat sesuatu darinya :-)
Di atas hamparan sejadah suci Hamba menadah kedua telapak tangan ini Bagi memohon keampunan dan rahmat dariMu Agar diberikan hamba hidayah serta taufiqMu Supaya tidak tersimpang hamba dari jalanMu Hati hamba merasa hambar dan sunyi Tanpa iman dan semangat taqwa dalam hati Jiwa hamba kosong dan takkan berisi Melainkan dengan redha Yang Maha Mengetahui Yang menemukan hamba dalam bingkisan restu Yang Maha Mengasihani Saat tasbih mengisi ruang kosong di jari-jari Mulut dan hati hamba bersatu berzikir mengingat Ilahi Jiwa hamba terisi dengan munajat di malam hari Diri ini hamba abdikan buat Pencipta langit dan bumi Moga dosa-dosa lampau dapat dihapusi dan diampuni Kening ini hamba rapatkan di atas hamparan murni Sujud dahi hamba mencecah ke bumi Tanda syukur hamba akan kebesaran Ilahi Tidak terukur nilai cintaMu yang tinggi Tidak terhitung nilai kasihMu yang bertambah setiap hari Ya Rabbul Izzati… Sudikah Kau menerima cinta hamba yang hina dengan longgokan dosa ini?? Semoga keampunan mendapat tempat untuk hamba yang sering lupa diri Semoga rahmatMu sentiasa hadir menemani Agar kehidupan duniawi dan ukhrawi hamba diredhai Hamba amat mendambakan cinta dariMu Hamba juga mengharapkan pertemuan denganMu Diri hamba ini dahaga akan belaian kasihMu Hamparan sejadah suci hamba buktikan padaMu Sujud cinta hamba hanyalah untuk Tuhan yang berkuasa di atas segala sesuatu
"Salam, Ilham selamat melahirkan baby girl di Hospital Tanjung Karang, 2.6kg pukul 7pm tadi, normal"
Alhamdulillah!
Yeayy! Tahniah Kak Ham! Obviously bukan my sis yg text, but maybe mak mertua dia kot. Berat baby pun agak kecil kan. Tapi takpe, tak kisah, yang penting dua2 selamat. Alhamdulillah.
Dengan ini secara rasmi saya sudah memiliki 10 orang anak saudara! Dan ini adalah perempuan yang ke-3.
Chat dgn abang ipar kat Facebook, dia baru sampai dari Kuching. Cuti sampai raya. Best2. Hope my sis happy. Patutnya bersalin kat Kuching, tapi sebab abang ipar ada kursus kat KL hari tu for 2 weeks, kene laa ikut. Lagipun tak larat dengan perut dah sarat dan nak jaga si Adam Imran yang dah makin lasak! Dah pandai berlari sana sini. Susah nak kepung. I agree! Even masa aku balik Malaysia yang dia baru merangkak tu pun dah aktif ke sana ke mari. Tak reti dok diam! Geram betul!
Disebabkan makin sarat, maka tak dapat ikut abang ipar balik ke Kuching. Kenalah bersalin tanpa kehadiran suami di sisi. Isk, agak sedih di situ. Takpe, dugaan. Kak Ham risau kalau tak dapat raya dengan suami, but now, tak perlu sedih2 lagi. Dapat beraya dengan suami di sisi dan kehadiran baby girl :-D
Ouh, nama!
Nur Aina Humaira
Nur = Cahaya, Aina = Mata yang cantik, Humaira = Yang berpipi kemerah-merahan
Maksud keseluruhan: Cahaya mata yang cantik yang berpipi kemerahan
Wah, kena jaga betul2 cik mek kecik sorang nieh so that bila besar pun terjaga, insya-Allah.
Adam dah dapat adik! Yeehaa~ Insya-Allah balik ni Aina still baby, so sempatlah bermain-main ketika dia masih baby dan kurang songeh. Hehe. Seriously, agak malas nak layan budak2 yang makin besar dan banyak songeh. Alamak, terkantoi aku kurang sifat penyayang kat budak2. Haha. Nanti ada anak sendiri macam mana laa kan. Si mak yang banyak songeh :-P
A friend of mine tanya kenapa tak tunggu sampai 09.09.09 baru baby keluar. Haha. Nak buat camne. Dah Allah tetapkan keluar awal sehari dari tarikh cantik itu. Tapi best gak pe lahir bulan Ramadhan. Nak ingat birthday bulan Islam pulak laa. 18 Ramadhan 1430.
Cakap pasal birthday anak-anak saudara seriously aku ingat birthday dua orang pertama saja. Dua-dua skarang dah masuk sekolah rendah. Yang lagi 7 tak ingat. Ramai sangat. Haha.
Walaupun anak merupakan anugerah dari Allah, tetapi anak-anak juga merupakan ujian kepada orang mukmin.
Firman Allah:
"Dan ketahuilah bahawa hartamu dan anak-anakmu itu hanyalah sebagai cubaan dan sesungguhnya di sisi Allah ada pahala yang besar" (6:28)
Excited? Of course! Tak call kakak aku lagi. Malam ni laa nak call, insya-Allah.