Thursday, April 30, 2009

Kali ini ke sekolah rendah

Nie lagi satu lagu lama. Lagi lama. Aku masih ingat aku dedicate lagu nie utk sorg kawan masa darjah 5.

Aku pasti semua orang suka lagu ini :-)


Seperti kembali ke zaman sekolah

I was browsing through YouTube videos when i found this clip.





Aku sungguh gembira dan teruja! My favourite song masa zaman sekolah menengah. Video klip nie selalu tayang kat NTV7 kalau x silap. Selalu bukak channel tu just becoz of this song.

Tak sangka dapat jumpa lagu dan video nie kat YouTube. Terima kasih kpd yg upload, whoever you are.

Byk lagi yg aku jumpa. Keluarga Bahagia, Suci Sekeping Hati dan Bulan Bintang from Saujana adalah antara yg aku paling suka.

The Question I Can't Answer

It's not for you or anybody else to answer, but for me to find the answer by myself.

I feel like i want to call you a loser, but doing that will make me a loser too.

Always be careful of what you are saying to others, because all those words will eat you back.

Wednesday, April 29, 2009

"Impian"ku

Yup, for those yg da baca dan tgk gambar aksi hampeh aku tgah makan kat blog Fatinn, dgn ini aku dapat berbangga dgn diri sendiri. Sbb, setelah masuk tahun ketiga di Welly, inilah pertama kali aku bgn pagi dan berjogging dgn kerelaan sendiri!

Syabas beti syabbass~ *baca gaya pelakon Hindustan*

Kenapa dgn kerelaan sendiri? Sbb sebelum nie kalau pernah joging pun untuk tujuan pemanasan badan sebelum bermain.

Da byk jugak perkara2 yg pertama kali berlaku sama ada dirancang atau tidak sepanjang aku di sini. Patut buat list dalam buku.

Kebetulan pagi nie x hujan, walaupun basah. Aku da x keje, so salah satu cara supaya aku tak hilang tabiat bgn awal pagi adalah dgn berjogging. Susah tu, sebelum nie liat ok nak jogging! Terima kasih kpd pekerjaan aku sebelum ini yg telah mengajar aku bangun dan berjalan pagi-pagi. Da terbiasa dgn benda baik, jagalah supaya tak hilang, betul x? Hehe. Lgpun makin risau tgk tabiat pemakanan sendiri.

Tp ini baru hari pertama. Akan cuba sedaya-upaya utk maintain. Plg tidak, 3 kali seminggu, 20 minit setiap sesi. Eh, mcm kenal jer ayat nie. Hahaha.

Kalau ada yg tertanya, "kata nak maintain bangun pagi, kalau x jogging buat apa?"

Jawapanku, "Adalah" :-)

Azamku:
-Banyakkan exercise
-Kurangkan makan (which is quite hard due to winter is approaching dan x tahan bler tgk housemates masak sedap2)
-Maintain kesihatan (dalam erti kata lain, berat badan. Haha)

AMALKAN GAYA HIDUP SIHAT

Pesanan khidmat masyarakat ini disebarkan dgn ikhlas oleh,

Aku.

Monday, April 27, 2009

Kesedaran ada. Pengorbanan bila lagi?

Ada, tapi belum cukup.

"Xde mood nak blaja"

Aku selalu bg alasan tu, dan setiap kali aku cakap mcm tu, aku rasa ia x sepatutnya menjadi alasan yg berterusan. Mood utk blaja perlu dicari, kerana itu tujuan aku dihantar ke sini. Menjadi tanggungjawab aku utk mencari dan membina mood itu.

Aku x nafikan blaja di perantauan menjadi satu kebanggaan. Apatah lg dgn jadual yg lebih relax jika nak dibandingkan dgn jadual belajar yg sgt padat di Malaysia. Hal ini aku rasa ramai org tau. Kawan2 aku kat Malaysia ada sampai 6-8 subjek satu semester. Mungkin lebih. Aku kat sini, satu semester x lebih dari 4 subjek aku amek, menimbulkan kecemburuan di kalangan mereka di Malaysia.

Tp ketahuilah, dgn lebih rileksnya aku di sini, momentum utk blaja semakin menurun. Da biasa disuap sama ada penuh atau sebahagian, nak buat research dan suapan sendiri di sini mmg laa agak payah. Lebih terdorong utk melakukan aktiviti2 yg tiada kaitan dgn pelajaran. Kalau di Malaysia, mmg penat blaja, tp momentum blaja sentiasa di'push'.

Itu dari segi momentum blaja. Dari segi pergaulan dan mencari diri, aku bersyukur dihantar ke perantauan. Aku lebih mengenali diri dan blaja utk menguruskan diri sendiri dari pelbagai aspek. Menjumpai tujuan hidup, itulah yg membuatkan perjalanan hidup di perantauan menjadi lebih bermakna utk aku.

Menjadi fitrah manusia utk menjadi lebih baik. Tetapi lebih baik ke arah mana?

Aku x kata di Malaysia x akan jumpa tujuan hidup seseorg. Bergantung kpd individu. Persekitaran memainkan peranan penting dlm hal ini. Lambat atau cepat, proses pembelajaran dan pembesaran berlaku di mana-mana. Yang Maha Esa Maha Mengetahui apa yg terbaik utk hamba-hambaNya.

Sbb itu, setiap kali aku down tentang penurunan momentum blaja, aku akan cepat2 hapuskan perasaan itu dan sedar akan adanya aspek lain yg boleh membuatkan aku bangga dan bersyukur. Menjumpai tujuan hidup dan usaha-usaha yg boleh dilakukan utk menyumbang kpd arah tujuan hidup tersebut, termasuk mencari semula mood dan momentum utk blaja.

Mood itu hilang kerana aku leka dgn perkara2 yg melalaikan. Hanya kekuatan hati dan pengorbanan sahaja yg dapat mengubahnya.

Persoalannya, bersediakah aku utk berkorban?

Satu lg persoalan yg aku rasa jawapannya sudah jelas. Sbg hamba yg mengaku hati dan dirinya mencintai Yang Maha Esa, saat itu peranan pengorbanan mengambil tempat, sama ada kita bersedia atau tidak. Spt yg tertera di bahagian "Motivasi" di sebelah kanan blog ini:

"Perubahan tidak hanya memerlukan kesedaran dan semangat, tetapi pengorbanan yang bukan sedikit"

Kalau kita asyik berkata kita tidak bersedia, sampai bila? Kalau pengorbanan boleh dilakukan utk seorg manusia lain yg kita mengaku mencintainya sepenuh jiwa raga dan sanggup berkorban apa sahaja walaupun tidak pasti dengan kesudahan balasan pengorbanan kita terhadapnya, kenapa kita tidak boleh berkorban yg sama atau lebih terhadap Pencipta yg mesti kita cinta melebihi yg lain? Apatah lagi kita sudah tahu dan pasti akan balasan baik kpd pengorbanan yg dilakukan. Caranya sama sahaja. Berusaha dan berkorban.

Mengikut prinsip Contract Law yg sedang aku blaja skarang nie, aku sendiri da breach contract dgn Dia. Sbb? Antara prinsip Contract Law mengatakan ada contract bila ada agreement dan consideration antara dua pihak. Consideration itu bermaksud harga sesebuah janji. Di saat manusia dijadikan, manusia sudah membuat agreement dgn Dia bahawa tugas manusia sbg khalifah dan tujuan hidup adalah untuk mengabdikan diri kepada Dia. Sbg harga kepada janji tersebut, Dia menjanjikan syurga. There, contract is made!

Jika dilihat segala perbuatan aku sebelum ini, aku sepatutnya sudah byk kali dijatuhkan hukuman di mahkamah Dia kerana melanggar perjanjian. Tetapi hakikatnya TIDAK kerana Dia itu Maha Pengasih, Maha Penyayang dan Maha Pengampun. Aku masih diberi peluang utk menunaikan janji aku yg termeterai sejak aku diciptakan.

Dan aku?

Sbg umat di akhir zaman, aku mengaku masih ada perkara2 yg aku tidak mampu utk berkorban lg. Umat di akhir zaman, imannya turun naik. Persekitaran menjadi faktor. Hanya kekuatan iman yg boleh melindungi kita.

Aku malu dgn diri sendiri. Sbb aku tahu, walaupun dgn kesedaran ini, aku masih tidak boleh, atau tidak mahu untuk berkorban tentang banyak perkara.

Rakan2, sila tegur aku demi kebaikan aku.

"Hidup mesti sentiasa di bawah rahmat Allah S.W.T."


Demi masa!
Sesungguhnya manusia dalam kerugian,
Kecuali orang-orang yang percaya, dan membuat kerja-kerja kebaikan,
dan saling berwasiat pada yang benar, dan saling berwasiat untuk bersabar.
(103:1-3)


Sunday, April 26, 2009

Seharian Welly Hujan

Esok da start skola. Dgn rasminya cuti mid trimester da habis.

Cuti kali nie mmg sesungguhnya BERCUTI dari membuka sebarang buku akademik! Serious and for real! Sbb? Test dan assignment hanya pada minggu kedua selepas habis cuti. So mcm "Ala xpe, ada masa lagi. Lepak dulu. First day bukak skola baru start study".

Sungguh x bagus kan? I know. Itulah masalahnya. Tahu tp buat jugak.

Aku sendiri rasa x bagus sbb org lain da mula bukak buku on the 2nd week of holiday sbg persiapan awal, sedangkan aku? Da laa aku nie jenis slow learner.

Apepun, x guna rasa bersalah skarang kalau dari awal da sedar, kan?

Btw, hari khamis lepas, me and the other 9 friends went on a road trip to Castlepoint. At first nak g 4 tempat, antaranya Castlepoint dan Cape Palleiser. The main destination was Castlepoint. Sampai jer kat sana setiap ceruk ktorang bergambar. 10 org bergambar, mcm2 gaya dari berbagai angle keluar. Castlepoint sgt lawa! Serius cantik! Tak caya? I'm sure da ramai yg tgk gambar dari beberapa buah album di fb, hehe.

Baru satu tempat pegi da lebih dari 3 album gambar, so that should explain kenapa ktorang x sempat pegi ke lg 3 tempat yg dirancang. Haha. Tp xpe, the place is very worth to spend hours in it. Siap picnic bagai. Nak tahu lebih lanjut, Shaza telah huraikannya. Baca sini.



Wednesday, April 22, 2009

Bersama Chasey, pelakon The Lord of The Rings


Kuda yg aku tunggang tu laa Chasey, merupakan salah seekor dari byk2 kuda dlm my all-time-favourite-movie The Lord of The Rings. Bukan setakat kuda tempelan, sbb mengikut pakcik yg membawa kami iaitu pakcik Mac yg juga merupakan salah seorg pelakon tentera Rohan dalam bahagian ketiga filem tersebut, The Return of The King, dia dan Chasey dapat dilihat dgn jelas dalam beberapa scene, berada di belakang sket dpd pelakon utama. Nie yg mcm nak tgk balik movie tu, tp mcm aku kenal jer Chasey yg mane satu. Aku nampak kuda sume same jer, x brape nak cam lg. Lgpun mase tu, umur Chasey baru brape tahun. Skarang umurnya 14 tahun. Yg kelakarnya, masa aku bgtau pakcik Mac aku sgt suke filem LOTR, dia kata dia g tgk movie tu just nak tgk scene dia dgn Chasey. Haha. Terpegun bila dia cite brapa bayaran dia terima utk movie tu, walaupun sekadar watak tambahan. Penggambaran melibatkan Chasey utk scene peperangan tu sahaja mengambil masa 6 bulan.

Aku sungguh excited dapat menunggang kuda LOTR! Apa-apa yg berkaitan dgn LOTR pasti aku suka!

Selain tu, menunggang kuda menimbulkan kesedaran dalam diri aku tentang pentingnya kuda pada zaman dahulu. Bukan sahaja sbg medium pengangkutan, malah digunakan utk peperangan. Kuda merupakan antara haiwan ciptaan Tuhan yg paling lama wujud. Bijak dan pantas, kuda telah byk menyumbang kpd kedua-dua aspek berkenaan. Tak dinafikan, yg paling aku terbayang ketika menunggang Chasey ialah sumbangan kuda dalam peperangan terutama peperangan Islam. Ini berikutan aku ingat kata-kata Kak Farah yg umat Islam digalakkan utk menguasai tiga benda iaitu memanah, berenang, dan menunggang kuda kerana ketiga-tiga ini dapat membentuk kekuatan insan utk membantu persediaan menghadapi rintangan secara amnya dan peperangan secara khasnya. Bg aku, memanah dan menunggang kuda sgt dekat dgn umat Islam kerana ia adalah lambang kekuatan Islam dalam peperangan, selain merupakan sebahagian dpd sejarah Islam yg patut kita hayati.

Utk pengetahuan pembaca sekalian: Berkuda, memanah dan berenang adalah sunnah Rasulullah S.A.W.

Terdapat kebaikan dari segi kesihatan juga. Sila baca artikel yg telah di'copy-paste' ini. Semoga memberi kesedaran kpd kita semua.

FAEDAH BERKUDA, MEMANAH, BERENANG.

Allah SWT berfirman: "Kuda, keledai dan himar adalah supaya kamu naiki dan sebagai perhiasan." (an-Nahl: 8)

Sabda Rasulullah SAW : “Lemparkanlah (panah) dan tunggangilah (kuda).” (Riwayat Muslim)

Berkuda

Berkuda amat baik untuk kesihatan manusia. Seluruh anggota tubuh badan dari kepala hingga ke kaki, dari fizikal hingga mental akan mendapat manfaatnya.

Bentuk lekuk badan belakang kuda - tempat di tunggang- baik untuk merawat segala masalah tulang belakang manusia.

Semasa pergerakan galloping iaitu cara rentak kuda melompat dan berlari, menyebabkan vetebra tulang belakang manusia bergesel antara satu sama lain dalam keadaan harmoni, dan meransang saraf-saraf tulang belakang, seolah-olah diurut, sedangkan pakar chiropraktik pun tidak mampu berbuat seperti gerakan natural tulang-tulang veterbra semasa orang menunggang kuda.

Seluruh anggota : tulang rangka, otot-otot, organ-organ viseral - termasuklah sistem penghadaman, sistem saraf, sistem voluntary mahupun involuntary, organ perkumuhan, malah geseran kepada organ-organ seksual akan teransang secara optimum untuk menjadi semakin sihat. Penunggang kuda yang hebat selalunya bebas dari mengalami sakit belakang atau ’ter’gelumang dengan tabiat-tabiat seks yang di luar tabie. Selain itu menunggang kuda turut mencerahkan mata sebab terdapat ransangan terhadap saraf kranial semasa gerakan ‘galloping’ kuda.

Memanah

Melatih emosi dan fizikal untuk meletakkan target pada sasaran. Memanah sangat menitik beratkan body balancing. Maka jika emosi pemanahnya tertekan, maka panahan amat mudah tersasar. Secara tidak langsung, sukan ini melatih manusia bertenang dan menstabilkan emosi.

Individu yang tidak tenang, gopoh, pemarah, kurang sabar atau kurang sihat mentalnya tidak akan menjadi pemanah yang baik.

Perbuatan melenturkan anak panah di busurnya, kemudian melepaskannya perlu satu kekuatan fizikal, sukan ini juga satu latihan holistik kepada diri seseorang dari segi fizikal dan mental.

Bersabda Rasulullah SAW, ” Kamu harus belajar memanah kerana memanah itu termasuk sebaik-baik permainanmu.” (Riwayat Bazzar, dan Thabarani dengan sanad yang baik)

Di antara hiburan yang dibenarkan oleh syara' ialah bermain memanah dan perang-perangan. Sebab di satu saat Nabi pernah berjalan-jalan menjumpai sekelompok sahabatnya yang sedang mengadakan pertandingan memanah, maka waktu itu Rasulullah SAW. memberikan dorongan kepada mereka dengan sabdanya: "Lemparkanlah panahmu itu, saya bersama kamu." (Riwayat Bukhari)

Pertandingan lempar panah itu bukan sekedar hobby atau sekedar bermain-main saja, tetapi salah satu bentuk daripada mempersiapkan kekuatan.

Allah S.W.T. berfirman: "Dan bersiap-siaplah kamu untuk menghadapi mereka (musuh) dengan kekuatan yang kamu sanggup."

Dalam menafsirkan ayat ini Rasulullah bersabda: "Ketahuilah! Bahawa yang dimaksud 'kekuatan' itu ialah memanah - beliau ucapkan kata-kata itu tiga kali." (Riwayat Muslim)

Berenang

Semasa berenang, mental, fizikal, segala otot dan tulang rangka digerakkan untuk membuat satu gerakan yang berkoordinasi antara dua anggota kaki dan dua anggota tangan, selain merangsang stamina ( sistem kardiovaskular )

Berenang juga memberi peluang manusia untuk menguasai air serta menjadi berani.

Tiap-tiap sesuatu yang bukan zikrullah berarti permainan dan kelalaian, kecuali empat perkara:

(1) Seorang laki-laki berjalan antara dua sasaran (untuk memanah).
(2) Seorang yang mendidik kudanya.
(3) Bermain-mainnya seseorang dengan isterinya.
(4) Belajar berenang.”

(Riwayat Thabarani)

Dan berkatalah Umar: "Ajarlah anak-anakmu berenang dan memanah; dan perintahlah mereka supaya melompat di atas punggung kuda."


Belajar utk menguasai menunggang kuda adalah sebab utama aku menerima ajakan seorg rakan utk aktiviti horse riding nie, walaupun beberapa minit sebelum itu, aku hampir nak cancel sbb ada sesuatu telah berlaku pg sebelum itu membuatkan aku hilang mood. Terima kasih kpd nasihat rakan2, di samping aku percaya kerana niat murni itu juga telah menguatkan keinginan aku utk pergi dan memudahkan urusan -merujuk kpd balingan duit syiling yg menyebelahi aku- walaupun hati tidak berapa senang.

Akhirnya ia berbaloi. Bukan semata-mata kerana gembira dapat menunggang kuda LOTR dan menikmati pemandangan indah dari atas gunung, itu adalah bonus tetapi yg penting apa yg aku hajatkan telah tercapai. Aku pulang dgn rasa tenang, gembira dan bersyukur :-)

Berenang dah, menunggang kuda pun sudah. Walaupun masih merangkak. Memanah belum. Ada masa dan rezeki, insya-Allah.

Erm, main paintball boleh ganti memanah x?