Saturday, February 28, 2009

Hoping everything will be okay again, for real this time

I don't know how I'll feel,
tomorrow, tomorrow,
I don't know what to say,
tomorrow, tomorrow
Is a different day

Hey yeah yeah, hey yeah
yeah, and I know I'm
not ready,
Hey yeah yeah, hey yeah
yeah, maybe tomorrow


It's part of Avril's Tomorrow lyric. It somehow touches my heart regarding TOMORROW


Friday, February 27, 2009

Nie yg aku nak cari someone mcm Dan Humphrey coz he's a "let's talk' type

Wahh, x sangke selepas seminggu kecuakan exam melanda diri, kini aku di bumi Malaysia, da siap balik kampung kat Kedah selama 4 hari. X sempat nak update blog pun before naek flight balek Malaysia. Kat kampung plak xde internet.

The first day after sampai Malaysia, aku da kuar berjalan. Mlm tu g tgk Puteri Gunung Ledang the Musical with my mom n my two sisters. Naseb baek Kak Ham dapat pegi. Adam dihantar sbentar ke rumah abgku utk dijage. Terima kasih abg dan kakak iparku. Hehe. The show was MARVELLOUS! Tp aku percaya last show on the 22nd mesti lg best. I was a little bit frustrated. Yea laa, amek last show on 21st ingatkan plg best laa sbb last show kan, tp atas permintaan ramai, the last show ialah pada 22nd. Siap tulis "encore performance on 22nd". Huhu, xpe laa. Janji BEST! After show aku usually akan tunggu utk bergambar, tp malam tu aku x rase ghairah pon nak beratur panjang dan berebut utk bergambar dgn selebriti.

To the person whom i met to get the tickets, thanx a lot to u.

The next day, hari Ahad, g majlis Ila dan Apo bertunang. Tahniah kpd mereka berdua :-)

Hari Isnin, bermulalah perjalanan pulang ke kampung bersama-sama ibu dan kakakku atas satu tujuan penting. Hasilnya? Susah. Amat berat bgku. Tp asalkan org yg kusayang bahagia.

Asalkan org yg kusayang bahagia? Kenapa aku x dapat buat yg same utk org yg aku sayang lagi satu nie? Tak semena-mena isu nie timbul di kampung dan dimulakan oleh nenek dan ibu saudaraku. Aku x tau sama ada ia tambah merumitkan atau memudahkan. Ada ketika aku rasa ia merumitkan, ada ketika sebaliknya. Aku faham seluruh ahli keluargaku juga sgt sayang kpd dia. Kalau tidak, mereka tidak akan mengambil tindakan sedemikian. Setelah aku meyakinkan mereka bahawa semua usaha itu hanya sia2 kerana si dia spt sudah menunjukkan nekad, mereka juga tidak mahu berputus asa. Maka apakah yg harus aku lakukan. Aku tidak mahu dikatakan menggunakan ahli keluargaku untuk mendesak dia, kerana ketika ini aku merasakan spt aku sudah terlalu mendesak. Ada ketika aku rasa spt aku patot berjumpa dgnnya utk bercakap ttg ini dgn lebey mendalam. Ada ketika aku rasa tidak perlu. Aku msg dia beberapa kali, tetapi dia spt tidak mahu melayan. Adakah dia sudah benci padaku kerana aku kelihatan spt terlalu mendesak? Ahh, aku tidak tahu lg apa yg harus kulakukan. Yg aku tahu, aku masih x dapat melepaskan. Sepatutnya kalau aku sayang, aku harus melepaskan, tp dalam masa yg sama, aku x mahu melepaskan. Arghh! Complicatednye cara aku berfikir! Adakah kerana aku tiada pendirian atau aku terlalu berkompromi? Patot laa org senang bosan dgn aku!

Aku da melalui saat2 yg pathetic bg aku. Aku meruntuhkan ego cinta aku semata-mata utk dia. Tp dia sudah nekad. Adakah umur perhubungan kami yg lama itu spt tiada makna dan nilai buatnya? Kalau begitu cepat dia nekad, bukankah maknanya sudah lama dia menyimpan hasrat?

Ok, post nie da beralih tujuan. Nak tulis yg laen, terluah yg laen. Aku bace lg skali, tp aku x mau delete. Peduli ape org nak cakap! Ketika aku menulis post ini, aku blom buat keputusan sama ada aku perlu berjumpa dgnnya. Aku blom bersedia utk sisa kekuatan dan ego aku ditembus utk kali yg terakhir. Aku tidak mahu tewas dan terbaring kepada ego lelaki. Tika ini aku sudah terduduk.

So here i am, sitting in front of the desktop. Balik2 dari kg jer terus online dan berchatting bersama budak2 saiko! Terlepas rinduku. Sekali lg, minta maaf atas keadaan rumah yg ditinggalkan utk kalian, tetapi saye sudah penat dan x mampu nak kawal lg keadaan di saat2 akhir. Byk yg terbuku di hati tetapi tidak pandai meluahkan. Siapalah aku untuk menegur. Aku sendiri byk kekurangan. Cuma bila da besar nie, patut da tahu tanggungjawab masing2. X kesa laa da masuk umur 22 atau blom. X nak mengaku semakin tua xpe, mmg hati sentiasa muda, but at least please be matured dalam perkara2 asas hidup.

Please ajar aku mcm mane nak tego org. Please tego aku gak.

I'm going to Sarawak this Sunday. Adam akan berpindah ke sane! Waa~

Esok plan nak g tgk filem Geng with my cousin.




Tuesday, February 17, 2009

Kecuakan Melanda Diri

Ya Allah, aku x penah rase mcm nie. Aku x tau laa kalau aku penah rase tp da lame aku x rase atau ini adalah kali pertama aku merasainya.

I'm not fully prepared for the exam and i just want to finish the exam asap!

Aku bace hanya ala kadar just so at least aku dapat goreng something during the exam.

I don't know whether i should hope for the best when i'm not doing my best.

I'm just giving myself a false hope.


Happy 20th Birthday to Nurul Farahana Ellina @ Ellin. More bday wishes to come on this blog during this whole February. February rocks!



Monday, February 16, 2009

The Library

Seperti biasa, nak dekat2 exam, barulah aku akan mengunjungi library. Aku rasa lebih tenang dan fokus utk blaja. Gangguan paling utama kalau aku blaja di rumah sudah tentunya laptop dan internet yg laju. Ade saje website aku nak surf. Tambah2 bler usage da recur.
Tp ape yg aku sedang buat skarang? Berblogging di library! Sbbnya terpengaruh dgn skrin besar komputer nieh. Yea rakan2, susun atur di library skarang sudah berubah! Lebih colourful, lebih selesa and dare i say more condusive to study. Aku siap round satu level 4 nieh nak tgk segala perubahan. Rupenye da lame aku x lawat library nieh. Tp aku baru tau level 4 jer laa da berubah, maybe level laen same jer kot. Nie pun aku tlg reservekan tempat utk seseorg. Aku nak jumpe die utk discuss pasal case study management. Die tu suke betul dgn tempat die yg satu nieh. 'Workstation' die katenye. Haha. Siap bengang tuh bler ade org laen dok tempat die. Xleh blah. Haha. Another one hour to go before die sampai.
Serius skrin die besar. Best arr tgk movie. Ahaks. Oppsss, niat da laen. Hehe.
Wan Ling, jom kte study kat library lebih kerap lepas nieh. Hehehe.
Happy 22nd Birthday to Mr Mohd Firdaus Roslan aka Jack dan Wan Husna :-)
To Jack, naseb arr bday kau jatuh time exam week. Hehe.
Ceh, harap skrin jer besar. Nak selang2 pon xleh. Internet agak lembap.

Saturday, February 14, 2009

One In A Million

Amylea made it to the TOP 12!!

Yeayy!!

Go Go Amylea!! U have my full support!!

As for Tomok, he made it as well. X percaya? Percayalah. Aku pun x percaya mase die dapat masuk Top 20, but now he is in Top 12. Tak dinafikan, matang sket laa kot suara dia, dpd zaman Sejarah Mungkin Berulang die dulu tu. Ish2. Geleng kepala jer bler ingat balik. No, aku x pernah minat die.

Aku minat Amylea since AF3. Tambah kagum bler die cipta lagu best utk Sindarela dan Rona Roni Makaroni. Suara dan gaya die tersendiri.

I certainly will follow the 3rd season of OIAM.


Thursday, February 12, 2009

Sehari hujan di Welly

Sekarang da nak dkat kul 6.30. Hujan lebat masih belom berenti dari pagi. Seingat aku, mase aku kuar kul 8.30 pagi tadi, hujan da start lebat.

And guess what? Dpan umah banjir!! Tinggi air sket jer lg nak masuk umah. Nak jer aku amek gambar tp kamera xde bateri plak. Rasenye 1st time kot umah aku kat Welly nie banjir. 1st time jgak aku tgk hujan lebat kat Welly seharian. Mungkin Welly amat memahami perasaanku ketika ini, lalu turut ingin menemani perasaanku ini.

Cewaaahhhhhhhhh!!!!!!!!!!!!!!!!

Excited betul nak cite pasal umah banjir kat housemates, so aku call Wan Ling sbg wakil and cite kat die. To the others, dgr laa jer laa nanti die cite dgn bangganya kat Aussie yg die tau sume cite dulu. Haha. Sori Wan Ling. Eh, da lame kan x cakap camtu. Haha.

Sorg da sampai from Malaysia. More to come. Aku plak nak balik Malaysia.


I've already called u, but just for the record of this blog, HAPPY BIRTHDAY to u. Hope this year's birthday brings more happiness to u. Sorry i didn't sing for u like u did for me.




Aku tak tahu hala tuju post nie.

*Lari dari tajuk sebentar. Pada 9 Februari lalu, aku menerima sekeping kad hari jadi dari Malaysia. Dari tulisan tangannya, aku tahu siapa gerangan pengutusnya. Terima kasih, NWL. Actually i wanna make a short special post with the picture of the card. I da amek gambar, but as i said to u on the phone the other day, lately i malas nak update blog. But u know how much it meant to me. Of course, i akan pinkan kad u on my board :-)*

Yea, sekarang aku malas nak update blog. Blog private tu pun aku x update. Walaupun aku buat blog private utk kurangkan perkongsian yg mungkin org laen tidak patot tahu, but most of the times i feel pointless. Byk kali aku tulis post kat blog private, dan byk kali jgak aku delete post tu. Buat ape aku nak tulis kalau aku sendiri bace skali jer? Lebih baek aku terus mengadu kpd Dia. Sekurang-kurangnya aku tau blog nie ade pembacanya tersendiri. Pembacanya pula ada yg berasa suka dan enjoy baca blog nie, dan ada juga yg x suka dan rasa xde faedah baca blog aku nie. Itu hak masing-masing. Yg penting, aku suka berkongsi. Lgpon bg aku, blog adalah salah satu dari medium komunikasi, walaupun tidak secara langsung.

Kerana itu aku da jarang update blog, kecuali utk perkara2 yg aku rasa berfaedah dan berkaitan kehidupan aku sehari-hari. Pernah aku rasa nak delete jer blog nie, tp aku tau blog nie masih ada kegunaannya. Aku cube utk tidak meluahkan perasaan sedalam-dalamnya dalam blog nie kerana aku pernah merasa padahnya berbuat demikian. Walaupun blog adalah salah satu medium komunikasi, tetapi ia adalah medium yg kurang berkesan utk penerima menerima mesej yg disampaikan oleh penulis. Tetapi hati aku meronta-ronta utk menulis. Menulis utk org baca. Yg laen2 aku hanya mengadu pada Dia.

Aku tidak tahu ke mana hala post ini. Aku cume keliru. Tiba-tiba aku berasa keliru. Air mata jatuh setitik hari ini kerana sesuatu yg aku rasakan remeh. Tetapi aku teringat cerita klasik 'Batu Belah Batu Bertangkup' dan mula merasakan ia bukan remeh dan kerana itu air mata itu jatuh setitik. Setitik. Alhamdulillah, aku menemui kekuatan utk bermula semula, dan aku puas.

Hari-hari aku bukak facebook. Bak kate seseorg, "kte stalk org melalui facebook". However, that's not the point here. Skarang aku rase sume org tgah syok buat tag '25 random things about me'. Hari nie aku baca beberapa org punya. Dua org dpd mereka ada menyentuh satu point yg sama, dan kedua-dua org tersebut walaupun berada di tempat yg sama, tp mereka tidak rapat. Aku pasti tentang itu. Yg menarik, point yg mereka sentuh itu memberi kesan kpd aku, membuatkan aku rasa mereka lebih baik dan aku patut mengikut jejak langkah mereka. Aku rasa aku telah melakukan kesalahan dan rasa rendah diri. Tidak semena-mena aku geram dgn diri sendiri. Mudah terkesan dan tiada pendirian. Kenapa aku perlu memikirkan sgt tentang apa org laen cakap? Kenapa aku x boleh jd spt sesetengah org yg x kesa dgn cakap2 org dan teruskan dgn apa yg mereka rasa dan tau baik utk mereka? Kenapa aku mesti dgr cakap org utk tau apa yg terbaik utk aku?

Itulah aku.

Aku x terkecuali buat tag tu, tp aku da delete beberapa jam lepas aku post tag tu dan tag 25 org laen. Aku x tau brapa ramai da baca. Kenapa aku delete? Itulah yg aku tgah pk skarang patot x aku bgtau sebab musababnya di sini.

Ok, aku nak kongsi salah satu sebab yg utama. Aku seorg yg serius. Walaupun aku x suka dgn kenyataan itu dan cuba sedaya-upaya utk menafikannya, aku tidak berdaya utk menipu diri aku sendiri lg. Aku cuba utk tidak kelihatan serius, tp selalunya gagal. Org tetap nampak aku serius. Yea, aku serius. Bunyi post nie pun serius, betul x?

Itulah aku.

Da byk kali aku nampak kesan sikap aku yg satu ini. Sama ada org menjauhkan diri dari aku, atau aku menjauhkan diri dari org. Byk kali org kata org takut dgn aku. Lepas tau mcm tu, aku pun x suka dgn sikap serius aku nie, tp mcm mana aku nak ubah? Dari kecil aku dididik supaya tidak terlalu bergurau. Apa2 yg kte buat kene serius.

Keluarga aku dan rakan2 aku bagaikan dua dunia berbeza. Sedaya-upaya aku cuba menyesuaikan diri. Tiada siapa yg tahu. Mcm mane aku nak katakan yg aku sgt sedih bler da ade beberapa org menjauhkan diri dari aku. Tambah2 lg aku kini sedang dalam usaha menuju arah jalan yg baru. Aku tahu jalan ini tidak hanya memerlukan kesedaran dan semangat, tp juga pengorbanan yg bukan sedikit. Ya Allah, teguhkan iman dan kuatkan hati hamba-Mu yg lemah ini.

Kerana itu aku amat menghargai kawan2 yg memahami aku, yg sabar dgn aku, yg tahu bahawa jauh di dalam diri aku, walaupun aku seorg yg serius, panas baran, sensitif, aku seorg yg masih tahu bergurau, masih tahu bergelak-ketawa, masih tahu bermanja dan ingin dimanja, masih tahu mengusik dan diusik, masih tahu menyayangi dan disayangi. Walau mungkin dalam cara dan gaya yg berbeza.

Air mata menitis lg. Dua titik. Tiga titik. Kte rindu korg.

Lg satu sbb utama akan aku simpan, kerana bila kita buat sesuatu dgn tujuan tertentu dan kita x dapat hasil yg diharapkan, maka kita akan kecewa. Itu sahaja yg boleh aku katakan.

Aku sedang keliru. Mungkin aku x patut tulis post dalam keadaan aku sedang keliru. Mungkin padah akan berulang.