My mom is here for a week. Longer than usual. Alhamdulillah. Getting used to it. Being far from home for 3 years has taught me how to be independent.
Unfortunately, that is not the case when my mom is right next to me. I am more dependent to her when she's around. Especially dalam bab mengemas rumah.
Rumah ini agak luas. Kagumnya aku kepada mama aku dari dulu sampai sekarang ialah, dia seorang diri boleh kemas dari depan sampai belakang tanpa mengabaikan makan anak-anak. Very the multitask. Sudah pasti bukan dalam masa sehari. Ambil masa 2,3 hari jugak tapi mama aku buat semua. Menyapu, megemop, mengelap, membuang, mencuci, menyusun, semuanya. Sampai ke dalam bilik anak-anak. Hebat kan kasih sayang seorang ibu.
Aku? Tolong sikit-sikit laa. Bila mak aku suruh amek kerusi dan panjat untuk letak barang ke, tolong lap ke, tolong ambil itu ini ke. Tu jer. Teruk kan aku nieh. Rasa diri pemalas dan tak banyak membantu. Tapi bila mama aku takda kat rumah, aku buat laa walaupun tak semua seperti yang aku sebut di atas. Depan mak aku jer aku buat-buat malas. Siap tidur lagi. Mesti tension mama aku. Hehe.
Salah satu sebab mama aku stay lama sikit kali ni ialah nak tolong aku kemas barang-barang dalam kotak shipping aku. Da lama sampai tapi aku tak bukak-bukak lagi sebab aku tak tau nak simpan kat mana. So mama aku da kemaskan satu ruang dalam sebuah almari untuk aku susun barang-barang aku.
Dalam dok kemas-kemas tu, terjumpalah fail-fail lama masa aku berada di tingakatan 1 sampai 3. Dalam fail tu ada kertas-kertas soalan dan jawapan peperiksaan, nota-nota sekolah. Aku pun termasuk dalam mood sentimental. Tengok balik semua nota dan kertas peperiksaan. Nak kata nostalgia boleh jugak. Dalam hati aku:
'Kemas jugak tulisan aku dulu.'
'Wah, tak sangka aku tak dapat jawab soalan nie'
'Eh, bestnya. Dah lama aku x jawab soalan matematik. Ada jugak rules matematik yang aku dah lupa'
Macam-macam lagilah yang berada dalam fikiran aku. Mama aku biarkan jer. Dia faham kot, dok tengok aku senyum sorang-sorang sambil membelek satu-satu fail dan buku. Hehe.
Ada satu kertas jawapan exam english kan, kena buat essay daripada points yang telah diberi. Konsepnya steps dalam memasak. Yang memula kena buat apa, then, next, after that, finally sume tuh laa.
"Then, put out the fire and heat the wok"
Ada garisan merah bawah perkataan 'put out' dan di sebelah kanan ruang tempat cikgu komen tertulis macam ni: put out = padam
Wakaka. Tergelak aku sorang-sorang. Aku tunjuk kat mama aku. Mama aku pun gelak. Adeh, lawak betul. Itu yang paling kelakar aku jumpa.
Disebabkan tiada ruang, maka terpaksa disingkirkan untuk diberi ruang kepada barang-barang di dalam kotak. Kalau ikutkan sayang, mahu rasanya aku simpan lagi.
Dalam usia yang tidak begitu muda, mama masih ada kudrat untuk melakukan semuanya seperti dulu. Semuanya kerana sayang juga. Persoalannya, mampukah aku jadi seperti mama bila mama sudah tiada kudrat lagi?
Ya Allah, aku bersyukur kerana masih ada mama. Walaupun apa-apa yang aku lakukan tidak setanding kasih sayang mama melahirkan dan membesarkan aku, menjadi tanggungjawab aku sebagai anak untuk menghormati dan berbuat baik kepada mama, kerana redha Allah terletak kepada redha ibu bapa. Kejayaanku sampai hari ini, adalah kerana doa dan restu mereka.
A group of us was called into a room. In the room, we were asked by a lady to think about which movies inspire us and why. We were given a few minutes to do so.
Few minutes later, the lady and another guy came in to hear our 'short stories'. One by one then talked about the chosen inspirational movies.
It is my turn.
"Hi everyone, my name is Iynas. The movie that inspires me is KungFu Panda. There are lots of nice and inspirational quotes in the movie. One of them which I cannot remember the full sentence but somewhere along the line is 'Yesteday is history, today is a present' which implies that we must appreciate every days in our lives and that we should start our days cheerfully and be thankful to God that we are still alive today. Another quote that inspires me a lot is when the father told the panda that 'You just have to believe that it is special' because if all of you have watched the movie, the panda was quite frustrated when he opened a scroll that should be valuable but unfortunately it was just a blank scroll. I was inspired because I think that I am quite a low-self esteem person and when I watched the movie, I realize that each and everyone of us here is special and unique, and therefore I just have to believe that I am special and unique".
Alhamdulillah. I think I did quite well. I was the 1st person to be called afterward for one-to-one interview session. I can't lie to myself but to very happy with my 'short story', been given only a few minutes to think.
Alhamdulillah. Alhamdulillah. Alhamdulillah.
Thanks to saifulislam.com, because I actually recalled about KungFu Panda when I was reading an article in saifulislam.com a few days ago, where the author wrote about his children, and he includes some relations to KungFu Panda's elements.
It is true that KungFu Panda is the most motivational animation movie I've ever watched.
But I still have the second round of interview with the high managers next week. It is going to be formal and professional. So I can't really tell if I got the job. I don't know what to expect. What I can say is, the tough interview suits the company's high reputation. It is a public-listed company.
Please pray for my success, so that I can stop job-hunting.
Lately, I really have the feel to watch movies, and this interview made me want to go to the cinema tomorrow!
The correct quote for the first one is 'Yesterday is history, tomorrow a mystery, but today is a gift. That is why it is called the present'.
“And seek Allah's help in patience and prayer…” [al-Baqarah; 45]
Alhamdulillah. Syukur kepada Allah, hari ini aku diberi peluang untuk mengimbas kembali perasaan ketika di awal pencarian. Perasaan ikhlas dalam bersyukur dan sentiasa ada semangat untuk menjadi lebih baik.
Membaca blog rakan-rakan lain menyedarkan aku betapa masih ada yang lebih baik dan lebih ikhlas daripada aku. Lebih berperanan daripada aku.
Aku mahu keluar. Aku mahu berjalan-jalan. Aku mahu berkomunikasi.
Sudah 2 hari aku di rumah. Nak kata kemas rumah pun, taklah kemas sangat. Setakat tolong abang aku basuh baju-baju yang dah lama tertunggak. 2 hari untuk 4 baldi termasuk baju-baju aku. Kesian kat abang aku terlalu sibuk bekerja sampai tiada masa nak basuh baju sendiri. Aku pula lebih banyak menghabiskan masa di rumah kakak ipar aku. Sekurang-kurangnya adalah anak-anak buah menjadi teman aku bergaduh. Haha. Kalau seorang diri macam ni, memang bosanlah. Nak kemas rumah pun, rasa dah kemas untuk kami berdua. Tak guna banyak barang pun. Masak pun sangat jarang. Setakat kemas biasa-biasa macam buang sampah dan sebagainya.
Jadi aktiviti aku, lepas sidai kain, membaca di internet dan membaca novel. Membaca dan membaca. Penat membaca tengok tv.
Ilmu dan ilmu. Tapi ilmu tanpa amal, tiada guna jugak kan. Bila rasa lapar baru cari makan sendiri. KFC, roti telur, goreng pisang. Sungguh bujang.
Ouh, kerja haruslah dicari. Takkanlah rezeki nak datang bergolek tanpa usaha, betul tak? Got a few interviews, tapi inilah aktiviti-aktiviti sementara menunggu hari interview. Selalu orang suruh rehat. Ni memang betul rehat punya laa. Haha.
Baru 2 hari kat rumah dah bising bosan. Ye la, mana tak bosan kalau duduk seorang tanpa teman bercakap. Nak ajak kawan-kawan keluar atau datang rumah, masing-masing ada yang sudah bekerja dan sibuk dengan hal masing-masing. Masa sendirian untuk bermuhasabah itu penting, tapi dah 2 hari ni. Dunia luar tu pun penting. Hidup bermasyarakat itu perlu. Nak berkomunikasi dan bertukar-tukar pandangan. Mahu mencabar kemampuan diri, mengukur potensi diri, dan menambahkan amal.
Mahu kenal orang dan faham mereka.
Ilmu tanpa amal, tiada gunanya. Kita dengan diri sendiri, tak sama dengan bila kita berkomunikasi dan bersabar dengan orang lain. Sebab kadang-kadang kita tahu sabar itu harta yang amat bernilai, tapi bila dengan orang lain, baru kita sedar rupanya kita bukan seorang yang penyabar.
Sebab itu, TAHU dan FAHAM adalah dua perkara yang berbeza!
Tapi bergantung kepada jenis pergaulan jugak laa. Tengoklah kita keluar dengan siapa. Ramai perempuan daripada lelaki tak. Kalau ada lelaki, penting tak pertemuan tu. Yang lebih baik, keluar sesama jantina. Jauhkan ikhtilat.
"Menyendiri lebih baik daripada berkawan dengan yang buruk, dan kawan bergaul yang sholeh lebih baik daripada menyendiri. Berbincang-bincang yang baik lebih baik daripada berdiam dan berdiam adalah lebih baik daripada berbicara yang buruk." (HR. Al Hakim)
“Seorang mukmin yang bergaul dengan orang lain dan sabar dengan gangguan mereka lebih baik dari mukmin yang tidak mau bergaul serta tidak sabar dengan gangguan mereka” (HR.Ibnu Majah, Tirmidzi, dan Ahmad)
Jadi kena berfikir dengan teliti. Lebih baik bersendiri, atau lebih baik bergaul?
Dalam situasi aku sekarang, aku mahu bergaul, tapi yang lebih baik untuk aku sekarang adalah untuk bersendiri sebab kawan-kawan sesama jantina masing-masing ada hal sendiri.
Mendapat ajakan untuk bermain boling dari seorang rakan lelaki yang tidak berapa kenal. Tapi sangat kenal ke, tak berapa kenal ke, ada kemungkinan keluar berdua jer dan tiada urusan penting. Kalau ikutkan rasa yang bosan, mesti laa nak keluar. Dah lama tak main boling. Tapi ada CCTV Allah sedang melihat dan mencatat amal perbuatan kita, iaitu di kanan dan kiri bahu kita. Akal untuk berfikir, dan hati untuk membuat keputusan kerana Rasulullah S.A.W. kata hati tenang dengan kebaikan, dan resah dengan dosa. Tapi nak minta fatwa hati, hati kena selalu dibersihkan dari titik-titik hitam. Nak tahu bagaimana? Ikuti lagu ini:
Ubat hati ada 5:
Baca Quran dan maknanya
Dirikan solat malam
Berkumpul dengan orang-orang soleh
Banyakkan berpuasa
Banyakkan zikir
Dalam keadaan dunia yang serba sibuk nie, fahamlah kalau tak dapat buat semua. Tak perlu pun buat semua kalau tak mampu. Yang PALING PERLU adalah solat 5 waktu sama ada mampu atau tidak. InsyaAllah semua mampu kan. Hehe. Yang penting untuk 5 atas ni, USAHA sekadar yang terMAMPU kerana itu yang Allah pandang, insyaAllah beroleh rahmatNya dan karat-karat di hati pun dapat dihilangkan. Kalau rasa karat tu tebal sangat, buat hari-hari. Sikit pun takpe, yang penting lagi satu ialah ISTIQAMAH. Lama-lama hilanglah segala karat dan hati kembali suci bersih. Ada kemungkinan titik-titik hitam itu datang semula sebab kita hanyalah hamba lemah yang tidak terlepas dari dosa. Oleh itu, bersihkanlah hati kita setiap hari :-)
Peringatan untuk diri sendiri terutamanya dan kepada sesiapa yang dapat mengambil peringatan ini :-)
I can't stop from feeling uneasy with what is happening.
Begitu salahkah tindakan aku, atau sememangnya aku tidak layak?
Tampak remeh untuk yang biasa, tetapi bukan perkara biasa untuk seorang yang mempunyai impian untuk bergelar da'ie terjebak dengan perkara-perkara sebegitu.
Justifikasi aku: Asalkan aku tahu mengawal 'stereng'. Tapi nampaknya acapkali 'stereng' itu seperti bersambung dengan 'stereng' lain yang berada di luar kawalan aku.
Memang ia bukan datang dari pihak aku. Tapi aku sendiri telah menyumbang ke arahnya. Aku akur itu dan aku ambil bahagian kesalahan aku.
Aku cemburu. Cemburu dengan mereka yang benar-benar kuat dan berusaha untuk mengelak dari cuba untuk memegang 'stereng' itu. Seringkali aku merasakan cara mereka yang paling tulus. Tapi aku sedar takdir yang tertulis untuk setiap orang adalah berbeza. Aku juga boleh menjadikannya tulus jika kena dengan caranya. Kadang-kala aku terfikir, mungkin Allah sedang uji aku supaya aku dapat tunjuk bahawa ada cara lain untuk menjadikannya tulus.
Tapi setelah terjadinya begini, setelah merasakan aku gagal untuk membawa imej da'ie, adakah cara itu masih tulus?
Mungkin tidak.
Sungguh hati aku tidak senang. Getaran hati kerana dosa gamaknya. Kabur.
Jalan ini sungguh indah, dan aku tidak mahu mencemarkan keindahan jalan ini.
Walaupun tidak datang dari aku, tapi aku telah menyumbang ke arahnya, dan itu sudah cukup untuk aku berasa kecewa dengan diri sendiri. Tidak cukup bernafas dalam jiwa seorang hamba agaknya.
Memang. Aku sedang kecewa. Dan aku mahu berhenti. Cukup hati ini aku mahu penuhi dengan cinta kepadaNya sahaja seperti suatu ketika dahulu.
Di saat aku sangkakan aku boleh bertahan sendiri, aku sedar sebenarnya aku rindukan kakak-kakak untuk menegur aku, rakan-rakan untuk berkongsi pandangan, dan adik-adik tempat aku curahkan sedikit pengetahuan. Agar aku tidak terus lupa. Agar aku tahu aku tidak sendiri.
Seperti biasa, hari Ahad, hari mengumpul suratkhabar.
Kenapa aku cakap kumpul, sebab cuma hari Ahad jer family aku akan beli semua jenis suratkhabar, walaupun berita banyak yang sama. Dan memang semua akan dibaca. Ini bukan rungutan. Membaca itu bagus :-)
Aku juga, seperti biasa, hari Ahad adalah hari mengetahui berita hiburan untuk sepanjang minggu.
Aku baca sesuatu yang menarik dalam Pancaindera hari ini. Tentang Wardina Saffiyyah bercakap tentang kerendahan moral artis Malaysia sehinggakan tidak layak menjadi ikon atau role model.
Aku tidak mahu menyentuh tentang tajuk itu, kerana Wardina dah cakap semuanya. Aku setuju dengan Wardina. Sekurang-kurangnya dia mengambil berat dengan memberanikan diri berkata yang benar, walaupun memang akan mengguris hati artis lain. Wardina juga tidak menganggap dirinya serba sempurna, kerana memang semua orang tahu tiada siapa yang sempurna, sementelah Wardina mengaku "tidak terlepas dari kekhilafan terutama di awal pembabitannya sebagai artis dan tersepit dengan tuntutan 'seksi' dunia hiburan".
Dulu aku peminat Wardina. Kini apatah lagi. Suka tengok Wardina sebagai perantara di MHI berkongsi pengetahuannya terutama nutrisi makanan anak-anaknya.
Aku faham Wardina tidak maksudkan semua artis. Ada artis yang berjaya yang boleh dijadikan ikon untuk berjaya dalam perniagaan dan karier kerana usaha yang bersungguh-sungguh seperti Datuk Siti Nurhaliza dan KRU (sekadar memetik contoh dalam artikel) tapi aku faham apa yang dimaksudkan oleh Wardina ialah ikon untuk masyarakat secara keseluruhannya dan kanak-kanak secara khususnya.
Yang paling menarik perhatian aku adalah komen artis-artis lain tentang kenyataan berani Wardina itu. Seperti dijangka, ada artis yang terasa dan minta supaya Wardina berfikir sebelum bercakap, artis tak minta dilabel sebagai ikon, tak semua artis berpelajaran seperti Wardina dan terpaksa menjadi artis atas desakan hidup, definisi seksi bergantung kepada individu dan beberapa komen lagi. Ada juga yang dapat berfikir secara rasional selepas memberi komen dengan berkata yang teguran Wardina itu baik sebagai ingatan sesama manusia.
Membaca semua ini membuatkan aku tersenyum kerana mengingatkan aku kembali kepada situasi yang aku pernah alami melalui blog ini, tidak berapa lama dahulu.
Isunya tidak sama. Situasinya serupa.
Manusia memang suka membuat justifikasi. Aku sendiri tidak terlepas. Cuma aku berharap aku tidak terlalu extreme membuat justifikasi seperti kisah kaum Yahudi membuat justifikasi menangkap ikan di hari Sabtu sehingga digelar kera yang hina oleh Allah S.W.T. seperti dalam surah al-Baqarah ayat 65 dan surah al-A'raf ayat 166. Cerita dan huraian lanjut boleh dibaca di sini.
Yang halal itu jelas, yang haram itu juga jelas. Dan peliharalah antara keduanya sepertimana yang disebut dalam sebuah hadis riwayat Bukhari dan Muslim:
"Dari Abu Abdullah An-Nu'man bin Basyir r.a. katanya : saya telah mendengar Rasulullah SAW bersabda : ' Sesungguhnya yang halal itu terang ( jelas ) dan yang haram itu terang, dan di antara keduanya pula terdapat pekara-pekara yang syubahat ( tidak terang halal atau haramnya ) yang tiada diketahui oleh orang ramai. Orang yang memelihara dirinya dari pekara-pekara yang syubahat itu adalah seperti orang yang melindungi agama dan kehormatan dirinya. Orang yang tergelincir ke dalam pekara syubahat itu akan tergelincir masuk ke dalam pekara haram. Laksana seorang pengembala di pinggir sebuah tempat larangan, yang akhirnya lalai dan masuk ia ke dalam tempat larangan itu. Adapun bagi setiap raja sebuah tempat larangan, dan tempat larangan Allah itu adalah pekara-pekara yang diharamkanNya. dan ketahuilah pada setiap jasad itu seketul daging. Andainya ia baik, baiklah seluruh jasad itu dan sekiranya ia rosak maka rosaklah seluruh jasad itu. Itulah hati. '
"Iynas, selalu masa lapang buat apa? Makan dan tidur je?"
Gedegang!!
Itu adalah soalan yang aku rasa tamparan besar buat aku. Semacam ada nada sinis.
Tak bolehkah kalau soalan tu hanya setakat "Iynas, selalu masa lapang buat apa?" dan biarkan aku jawab selebihnya tanpa terdiam?
Aku rasa soalan itu hadir sebab aku nampak macam tak buat apa-apa sepanjang hari ini. Aku boleh beri alasan untuk itu. Senggugut. Tapi untuk hari ini sajalah. Esok lusa, tiada maaf bagi diriku.
Takkanlah aku nak bagi alasan itu kepada seorang lelaki walaupun dia sudah beristeri dan mempunyai anak.
Masa lapang aku banyak dihabiskan di hadapan laptop ataupun hobi yang kini menjelma semula iaitu membaca novel. Of course lagi satu, mencari kerja (dah pergi 5 temuduga tapi masih belum ada rezeki). Tetapi berada di persekitaran 'keluarga baru' di hari cuti membuatkan aku rasa tidak sesuai untuk meluangkan masa sendirian. Nanti dikatakan 'tak campur orang' pula. Tak tolong di dapur. Tak pandai sembang. Tapi perut dan emosiku yang kurang stabil membataskan tindakan dan percakapanku. Dalam masa yang sama, aku tak nak tunjuk sangat yang aku sakit. Aku mahu menjadi seseorang yang bermanfaat untuk orang lain. Maka aku ketepikan kesakitan dan emosi 'mengada-ngada' aku.
Masa aku menulis ini, mak aku panggil suruh tolong di dapur. Aku tahu, mak aku nak aku jadi contoh yang baik supaya tidak dikatakan anak dara yang hanya terperuk di bilik.
Salah juga aku.
Mungkin yang bertanya tu tak nampak aku ada menolong di dapur dan usaha untuk cuba bercampur dengan 'keluarga baru'.
Jadi aku perlu mengadap laptop dan membaca di hadapan diakah baru nampak macam aku buat sesuatu?
Memang hari ini aku mengaku agak diam kerana ketidakseimbangan hormon yang sedang berlaku. I need attention during this period of time, not me giving people extra attention. At least, not today. Lagipun takkanlah aku nak tunjuk mengada-ngada kat depan 'keluarga baru'. Kalau kat Wellington bolehlah aku cari rakan-rakan tempat aku selalu bermanja. Imej aku di mata mereka adalah seorang yang matang.
Aku rindu rakan-rakan tempat aku menunjukkan sisi lain aku.
Harapan seorang ibu supaya aku menjadi contoh yang baik bukan tanggungjawab yang senang. Dan soalan yang ditanyakan itu, aku bagi peluang untuk diri aku supaya ada asasnya untuk hari ini sahaja kerana kesakitan yang aku alami. Sebagai seorang yang ada kefahaman, aku tidak mahu kelihatan sebagai seorang yang malas kerana itu bukan ciri-ciri seorang muslim yang baik. Tanggungjawab melebihi masa. Sebab itu aku rasa marah bila soalan itu diajukan sebab aku tahu aku ada usaha cuma usaha itu sangat sedikit sampai orang tak nampak.
Jadi, aku usaha untuk orang nampakkah atau ikhlas kerana Allah?
Astaghfirullah.
Aku niatkan setiap tindakan dan pertolonganku ikhlas kerana Allah tetapi bila soalan berbaur sinis itu diajukan, aku goyah semula.
Aku dapat rasakan mak aku kecewa dengan aku hari ini.