Friday, October 9, 2009

Untitled

Bismillah,

Hari nie jalan2 kat city. Takde laa city mane pun, area2 Willis St tu jer. Da agak lama tak jalan kat situ. Ada laa tujuan, walaupun sebelum tu rasa nak balik jer sebab hujan agak gembira turun hari nie.

"Ngantuk laa, nak balik laa, bukan takleh call"

"Tp nanti otw balik bleh singgah New World, beli barang2 nak buat benda utk habiskan krim (Krim Pams kat umah ade lg 2 botol utk dihabiskan, expired 12hb). Lagipun F tgah tak lalu makan sekarang, semalam dia mintak buat trifle, baik buat semua benda yang boleh menggemukkan dia balik (menaikkan berat badan yang sekarang agak membimbangkan)"

"Hujan nie, best tido"

"Ahh, xde2. Jalan sket jer kat depan tu. Lagi satu, kalau tanya depan2 terus lagi senang. Bukan utk sape2 pun, utk family nanti nak dtg jugak"

"Rase nak demam nie"

"So?"

"Fine.." (sambil membetulkan niat)

Masa tu kaki da pun melepasi cable car. Jadi haruslah teruskan perjalanan.

Sampai di N (aku tak tau nape aku rasa nak rahsiakan destinasi aku), aku pun tanya perkara2 yg berkaitan kat Akak A. Aku rase Akak A tu baru keje kat situ, so dia cam tak tau sgt. Aku nampak Akak B yang berbangsa Melayu dan beragama Islam yg pernah jumpa kat masjid yg keje kat situ dari dulu, tp dia dok dalam bilik tgah sembang2 dgn kawan dia. Then Akak A nie mintak tlg Akak B.

Akak B: "Awat?" (sambil senyum)

Aku pun cite itu ini, campur2 sket English dan BM.

Akak B: "Ouh, boleh2" (sambil suruh Akak A click kat komputer)

Akak A: "What language is that? So beautiful"

Aku: "It is Bahasa Melayu. Malay Language" (bangga jap org Kiwi puji bahasa kebangsaan)

Akak B: "Ok dik, nanti yang lain2 tu kita bincang kemudian (sambil buat gaya 'faham2 sendiri laa'. Dalam erti kata lain, bleh dapat harga diskaun)

Tersenyum lebar aku. Yeayy! Alhamdulillah. Tengok, kan bagus tanya sendiri. Ada rezeki jumpa dengan Akak B. Ouh, aku mintak kad dari dia. Senang aku nak tanya apa2. Da jadi General Manager rupanya. Hebat~

Otw balik dari New World, nampak ada beberapa org kat sepanjang jalan pegang tabung kaler pink dan ade belon2 kaler pink. Aku tau pasal derma tp tak tau pasal apa, tak amek inisiatif nak baca pun (ignorant jugak aku nieh). Then ade sorg minah nie berenti letak duit. Org yg pegang tabung tu pun offer something. Aku rasa, korg mesti dapat agak apa yang terdetik dalam hati aku.

Ok, on 2nd thought, aku tak tau kenapa aku nak cite pasal nie sume hari nie. I just feel like I want to. Kot2 bleh dapat sesuatu. Tapi kalau takde apa2 manfaat kat pembaca sekalian, minta maaf byk2 yea.

Tuesday, October 6, 2009

Bersangka Baik

Bismillah,

[Cerita ini tentang penting dan indahnya bersangka baik. Bersangka baik sesama manusia, dengan Allah apetah lagi. Cerita ini diambil dari blog seorang kawan, Atiqah :-)]






يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا اجْتَنِبُوا كَثِيرًا مِّنَ الظَّنِّ إِنَّ بَعْضَ الظَّنِّ إِثْمٌ وَلَا تَجَسَّسُوا وَلَا يَغْتَب بَّعْضُكُم بَعْضًا أَيُحِبُّ أَحَدُكُمْ أَن يَأْكُلَ لَحْمَ أَخِيهِ مَيْتًا فَكَرِهْتُمُوهُ وَاتَّقُوا اللَّهَ إِنَّ اللَّهَ تَوَّابٌ رَّحِيمٌ

Wahai orang-orang yang beriman! Jauhilah sebanyaknya dari prasangka, kerana sebahagian prasangka itu adalah dosa, dan janganlah kamu mencari-cari kesalahan orang lain, dan janganlah di antara kamu mengumpat sebahagian yang lain. Apakah kamu suka memakan daging saudaramu yang mati? Tentu kamu berasa jijik. Dan bertakwalah kamu kepada Allah, sesungguhnya Allah maha menerima taubat, maha penyayang.
(Al-Hujurat:12)

Dikisahkan pada suatu ketika dahulu, pada zaman kegemilangan Islam wali Songo di Indonesia masyarakatnya dikhabarkan sangat taat kepada ajaran dan cara hidup Islam. Mereka mempraktikkan Islam dalam semua aspek kehidupan, dari sekecil-kecil hingga sebesar-besar perkara. Hatta bersangka baik (husnu dzon) terhadap manusia lainnya juga diberi perhatian dan menjadi gaya kehidupan mereka.

Dikisahkan juga pada zaman ini, hidup seorang pemuda kacak anak kepada kiyai di satu kawasan di tanah Jawa. Walau bapanya adalah kiyai dan ibunya adalah seorang yang solehah, namun pemuda ini tidak pula mewarisi kewarakan ibu bapanya. Dia hidup sebagai seorang Muslim yang nakal dan lalai. Dia banyak menghabiskan masanya dengan perkara sia-sia, mengusik orang di tepi jalan dan bersuka ria dengan pria-pria sebayanya di kampung itu. Puas ibu bapanya memujuk dan mengingatkan dirinya untuk berubah ke arah gaya hidup Islam yang sebenar namun dia menolak dan selesa dengan gaya hidup santainya. Ibu bapanya terus-terusan menasihati dan berdoa agar anak lelaki mereka ini diberikan hidayah oleh Allah dan menjadi orang yang soleh.

Pada suatu hari ketika pemuda ini sedang duduk-duduk di jalanan bersama dengan rakan-rakannya, dia terlihat seorang gadis bertudung labuh berjalan pulang dari pengajian di surau. Dia terus terkesan dengan keanggunan dan akhlak gadis tersebut, hingga dia lupa usikan-usikan nakal yang sering dilontarkannya kepada pejalan-pejalan kaki yang sering lalu di hadapannya. Hatinya terpaut dengan gadis itu. Lantas dia bergegas pulang ke rumah dan memberitahu ibunya yang dia sudah punya calon untuk bernikah dan ingin berkahwin segera.

Cerah wajah si ibu melihat perubahan pada anaknya. Lantas dia memberitahu si bapa pula perihal anakanda mereka yang seorang itu. Mereka mengucap hamdalah dan gembira dengan keinginan anak mereka itu. Jauh di sudut hati, mereka mendoakan moga perubahan anak mereka ini berterusan dan terus-terusan berada dalam kebaikan.




Maka bertanya si bapa, “wahai anakku, siapa yang ingin kamu nikahi ini? Beritahulah agar aku dapat meminangnya untukmu”. Si anak menjawab, “ perempuan sekian-sekian bertudung labuh. Aku baru ketemunya pulang dari surau tadi”.

Si bapa pun menyelidik dan akhirnya mendapati bahawa gadis itu adalah anak kepada kiyai kampung seberang, teman sepengajiannya dahulu. Dia memberitahu isterinya, “Wah, ini sudah bagus. Orang tuanya adalah saudara sepengajianku. insyaAllah urusan peminangan dan penikahan anak kita ini akan menjadi lebih mudah”. “Ya, bapaknya. insyaAllah, kita doakan saja”.

Si bapa pun pergi berjumpa saudara sepengajiannya itu dan menyampaikan hasrat hati anaknya. Huluran peminangan itu disambut gembira oleh si kiyai kampung seberang. Setelah diberitahu kepada puterinya akan peminangan itu, si puteri diam dan tersenyum tanda setuju pada ayahandanya. Melihat si gadis setuju menerima pinangan itu, kedua kiyai itu terus menetapkan hari pernikahan anak mereka berdua. Masing-masing gembira menunggu hari di mana persaudaraan mereka berdua diperkukuhkan lagi atas pernikahan anak-anak mereka. Si kiyai kampung seberang, keluarganya dan masyarakat kampung seberang tidak tahu tentang kenakalan dan kelalaian si pemuda. Mereka menyangka bahawa anak kiyai itu pastinya orang yang soleh, malah pasti tinggi ilmu agamanya.

Hari pernikahan pun tiba. Pernikahan berlangsung pada malam jumaat, selepas solat isya’. Kedua-dua anak kiyai itu selamat diijabkabulkan dalam satu lafaz oleh si bapa gadis. Selesai akad, seluruh hadirin yang hadir di majlis itu mendoakan keberkatan rumahtangga mereka. Berbunga hati si kiyai kampung seberang melihat menantunya itu. Berdetik hatinya, “Alhamdulillah, terima kasih Allah kerana anakku bukan saja dianugerahi dengan suami yang soleh, malah kacak dan manis wajahnya”. Dia tersenyum sendiri. Dia tidak tahu yang menantunya itu “nakal” orangnya.




Selesai majlis, kedua mempelai masuk ke kamar –sunnah pengantin baru. Si pemuda merapati isterinya. Pun begitu, si isteri berkata, “Mas, solat sunnat dahulu. Kita ikut jejak langkah Rasul dalam hal ini. Agar rumah tangga kita lebih barakah”. Terkedu si suami. Walau dia “nakal” selama ini, dia tidak pula membiasakan dirinya berbohong. Dia dengan jujur membalas, “Bagaimana mahu solat ya sayang? Aku sudah lama meninggalkan perkara itu. Malah, bacaannya juga aku tidak tahu”.

Terkejut si isteri. “Bukankah kau ini orang yang soleh anak kepada seorang kiyai?” “Ya, aku anak seorang kiyai namun aku tidak mewarisi kesolehan ibu bapaku,” balas si pemuda, kaget. Si isteri terkejut dan berisighfar. Oleh kerana dia gadis yang solehah, maka dia tidak panik dan tenang berucap, “wahai suamiku, ini adalah keaibanmu. Tidak ada seorang pun di kampung ini yang tahu perihalmu. Dan keaibanmu adalah keaibanku juga. Jangan kau biarkan perkara ini diketahui orang lain. Hanya Allah dan kita berdua saja tahu tentangnya.” Si suami mengangguk setuju.

“Mari ke sini biar aku ajarkan mas tentang solat, cara dan bacaannya,” pinta si isteri. Si suami mengikut. Maka penuhlah malam pertama mereka itu dengan pengajian tentang wudhu, solat dan bacaannya. Dari malam hingga ke pagi, si isteri gigih mendidik dan membimbing suaminya. Si suami pula tekun mengaji dan memahami apa yang diajarkan si isteri. Berakhir malam pengantin si pemuda itu dengan dia sudah menguasai wudhu, solat dan bacaannya (al-fatihah). Si isteri pun berkata, “Mas, sebentar lagi subuh. Bapa pasti akan ke masjid untuk solat subuh berjamaah. Kau ikut dia ya. Amalkan apa yang sudah aku ajarkan tadi. Sama jua dengan solat Jumaat nanti ya.” Si suami mengiyakan dan tersenyum.

Solat subuh itu, si bapa mengimami solat dan pemuda itu menjadi makmum di barisan pertama di belakang mertuanya. Sampai waktu zohor, maka si bapa sebagai kiyai pun naik menjadi khatib dan menyampaikan khutbahnya. Di akhir khutbah itu, dia memperkenalkan menantunya yang baru, anak kiyai saudara pengajiannya. Dia juga meminta si pemuda itu mengimamkan solat jumaat pada hari itu. Orang-orang kampung mengucap hamdalah dan masing-masing tertunggu-tunggu untuk solat berimamkan menantu kiyai itu.

Si pemuda kecut perut. Dia tidak menyangka yang dia akan diminta untuk mengimami solat sebesar solat Jumaat, walhal dia baru saja tahu selok belok solat itu. Oleh kerana tidak tahu untuk menolak, dia maju kehadapan lantas mengimami solat Jumaat itu. Dimulai dengan takbir, si pemuda membaca Al-Fatihah dengan suara yang merdu seperti yang diajar oleh isterinya:

بِسْمِ اللّهِ الرَّحْمـَنِ الرَّحِيمِ
الْحَمْدُ للّهِ رَبِّ الْعَالَمِينَ
الرَّحْمـنِ الرَّحِيمِ
مَـالِكِ يَوْمِ الدِّينِ
إِيَّاكَ نَعْبُدُ وإِيَّاكَ نَسْتَعِينُ
اهدِنَــــا الصِّرَاطَ المُستَقِيمَ

Sampai ke ayat ke-6, pemuda itu terhenti. Ayat seterusnya, dia terlupa! Dia beristighfar, puas dia mengingat tapi ayat terakhir itu tidak menjelma di ingatan. Dia cuba mengingat dan mengingat hingga menangis, namun ayat terakhir ummul kitab itu tidak juga keluar.

Makmum sekaliannya menunggu imam dalam diamnya. Apabila si imam mula menangis, mereka pun menangis juga. Sangka mereka si imam sangat menghayati ayat-ayat yang dibacanya hingga menangis, maka mereka pun turut menangis. Seluruh masjid menangis dalam solat Jumaat pada hari itu.

Si pemuda dalam tangisnya mencari jalan. Dia perlu melakukan sesuatu. Akhirnya dia terlihat pintu di sebelah mihrab yang menghala keluar masjid. Akhirnya, dia berlari keluar dari masjid melalui pintu itu. Dia malu dengan seisi kampung. Dia berlari sekuat-kuatnya agar dia dapat lepas dari perhatian jemaah masjid itu.

Makmum seluruhnya apabila melihat si imam berlari keluar, maka mereka pun turut mengikut berlari dan mengejar imam tersebut. Mereka akhirnya berhenti di padang berhampiran masjid apabila si imam berhenti berlari gara-gara kepenatan. Mereka tertanya-tanya mengapa imam itu berbuat demikian. Belum sempat mereka bertanya, mereka dikejutkan oleh satu bunyi.



(gambar hiasan: sebuah masjid di tanah Jawa)

Kaboom!!! Semua mata di padang itu tercatuk kepada bangunan masjid yang runtuh. Masing-masing menelan liur. Andai mereka masih berada di dalam masjid itu sebentar tadi, tertimbuslah mereka di bawah runtuhan bangunan kayu itu. Semua mengucap hamdalah dan berterima kasih kepada si pemuda kerana berlari keluar dari masjid sejurus sebelum runtuhan itu dalam solatnya. Mereka bersyukur kerana pada sangkaan mereka, Allah memberi ilham kepada pemuda itu tentang runtuhnya masjid itu di dalam solatnya dan menyelamatkan mereka dari bencana itu.

Pemuda itu pucat dan keletihan. Si kiyai yang melihat wajah menantunya yang pucat itu,lantas menyambung dan mengimami solat Jumaat yang tergendala itu. Hari itu, mereka solat Jumaat di atas padang. Dalam solat itu, mereka mengucap syukur pada Tuhan yang Esa yang menyelamatkan mereka dari bencana itu. Selamatlah si pemuda dari terbuka keaibannya pada orang ramai.



Pemuda dan mertuanya pulang ke rumah. Si pemuda lantas menceritakan apa yang terjadi kepada isterinya. Isterinya mengucap hamdalah dan memuji-muji Allah atas apa yang terjadi. Si suami pun berkata, “demi Allah, aku ingin belajar agama. Aku tidak akan menyentuhmu hingga aku selesai belajar agama dan menguasainya.” Keesokannya, si pemuda pun memberitahu bapa mertuanya, “Ayahanda, anakanda ingin keluar menuntut ilmu. Anakanda ingin belajar untuk menampung kekurangan yang ada dalam diri anakanda.” Si bapa yang masih tidak tahu perihal menantunya itu pun mengizinkan dan menggalakkan. 5 tahun selepas itu, si menantu pulang dengan ilmu yang mantap dan fikiran yang faqih. Dia menjadi salah seorang ulama terbilang di zamannya, menggantikan bapa dan bapa mertuanya. Subahanallah.






Pendapat sesetengah ulama’ tentang runtuhnya masjid itu, adalah kerana Allah ingin menyimpan aib si pemuda dan keluarganya. Juga kerana Allah redha dan suka dengan penduduk kampung itu yang sentiasa bersangka baik dalam semua perkara. Lantas Allah mengutus malaikat untuk menekan masjid itu hingga runtuh, bagi menyimpan keaiban pemuda itu dan keluarganya, juga menyelamatkan seluruh isi kampung yang sangat bersangka baik sesama mereka. Wallahualam.

p/s: kisah benar rakyat ini di petik dari syarah Ustaz Muslim Mubarak di Curtin Musolla. Ustaz Muslim merupakan imam Masjid Hepburn, Padbury WA.

cerita asal dari:http://ibnsyaaban.blogspot.com/2009/10/hikmah-bersangka-baik.html (klik disini)


Monday, October 5, 2009

Ujian Kefahaman

Bismillah,

Aku date dgn someone tadi. Ktorang agree yang bila kita dah dapat sesuatu kefahaman tentang sesuatu perkara, Allah akan uji kita dengan kefahaman tu. Allah tahu yang cara manusia faham adalah berbeza, sebab itu cara kita diuji pun adalah berbeza mengikut kefahaman kita.

Yang penting, sejauh mana kita dapat mengaplikasikan kefahaman itu untuk membuktikan kita ke arah mana. Ke arah Dia atau ke arah lain.

Sebab itu apa-apa yang terjadi pun, berbaliklah ke arah-Nya.

Dan sebab itu jugalah, ujian itu menguji keimanan kita. Walaupun di mata orang lain ianya adalah remeh dan kecil, tetapi mungkin tidak bagi yang sedang menghadapinya.

Paling penting, jaga hubungan baik dengan Allah, sebab Dia Maha Mengetahui apa yang terbaik untuk hamba-Nya ini.

Bersangka baik dengan Allah.

Wallahualam.


“Wahai orang-orang yang beriman! Bersabarlah kamu (menghadapi segala kesukaran dalam mengerjakan perkara-perkara yang berkebajikan), dan kuatkanlah kesabaran kamu lebih daripada kesabaran musuh, di medan perjuangan), dan bersedialah (dengan kekuatan pertahanan di daerah-daerah sempadan) serta bertaqwalah kamu kepada Allah supaya, kamu berjaya (mencapai kemenangan).”
(Surah Ali ‘Imran, ayat 200)


“Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan jalan sabar dan mengerjakan sembahyang; dan sesungguhnya sembahyang itu amatlah berat kecuali kepada orang-orang yang khusyuk”
(Surah Al-Baqarah, ayat 45)


“Cukuplah Allah bagiku, tidak ada Tuhan selain dariNya. Hanya kepadaNya aku bertawakkal.”
(Surah At-Taubah, ayat 129)


Sunday, October 4, 2009

BESI

Bismillah,

Seseorang yang berperibadi kuat umpama besi waja
semakin dibakar oleh keadaan,
semakin dititik oleh cabaran hidup,
semakin teguh dan waja untuk menghadapi hidup.
tetapi,
Seseorang yang berperibadi lemah,
laksana tanah apabila diketuk oleh cabaran hidup, dia akan berkecai...



Belum sekuat besi


Tiqa sayang, jika kamu baca ini, saya ambil petikan itu dari blog kamu. Terima kasih Tiqa, kerana terus menjadi kuat untuk menjadi salah satu dari sumber penyedar saya. Selamat bermujahadah dan semoga Tiqa sentiasa berada di bawah lindungan rahmat Allah S.W.T. selalu. Sayang Tiqa sgt2 kerana Allah. Saya masih ingat kata-kata pertama Tiqa kepada saya. Insya-Allah Tiqa, insya-Allah. Doakan supaya hati kita sentiasa tertaut kerana-Nya..

Friday, October 2, 2009

Khas buat teman-teman

Bismillah,

Aku ingin berkongsi sesuatu dengan teman-temanku.

Hayatilah, puisi ini..

UNTUKMU TEMAN
Ingatkah engkau wahai teman?
Bertemu. Tidak kerana nama.
Berkasih. Tidak kerana harta.
Sayang. Bukan kerana rupa.
Ingatkah?

Teman,
Di kala bergema seruan dari Tuhanmu
MengesakanNya, menyembah Yang Maha Satu.

Sudikah teman, kau sambut tanganku?
Sudikah teman, kau duduk di sisiku?
Sudikah teman, kau sambut jatuhku?

Izinkan aku teman, menghulur tanganku.
Izinkan aku teman, meneguhkan dirimu.
Izinkan aku teman, menyentuh hatimu.

Teman, walau ada beza di antara kita,
Yakinlah! Yakinlah temanku
Titik persamaan hanya satu!
Yakinlah teman! Ia pada iman di hatimu.

Teman,
Ingatlah kembali wahai temanku.
Siapa yang menyatukan di antara hati-hati kita?
Siapa yang mendekatkan antara yang jauh dipisah benua?
Siapa yang menerangkan di kala hati kita gelita?
Siapa? Siapa temanku?

Teman,
Tali ini, sambutlah!
Jalan ini, susurilah
Sesungguhnya syurga itu terlalu indah..

Jika hari ini terasa perit pedihnya terluka hati,
Jika hari ini ada yang merajuk memencil diri,
Yakinlah! Yakinlah dengan iman di hatimu,
Bahawa syurga itu terlalu indah untuk dibazirkan dengan sengketa ini.

Teman, sambutlah!
Asyhadu an laa ila ha illallah,
Wa asyhadu anna muhammadarrasulullah.
Pergilah kamu teman
Pergilah dalam keadaan tunduk kepadaNya.

-Nukilan sahabat istimewa untuk teman-teman yang istimewa-

Puisi ini,

Aku tidak tahu siapa yang menulisnya. Tetapi di saat aku membaca kembali puisi ini selepas Kak Jenny post di laman Facebook, serta-merta terngiang-ngiang di kepala dan telingaku penyampaian yang sungguh berkesan oleh pembaca puisi ini ketika program "Footsteps of Badr" di Kaitoke hari itu. Puisi ini kemudian disusuli dengan firman Allah dalam surah al-Imran ayat 102-103 yang bermaksud:

"Wahai orang-orang yang beriman! Bertaqwalah kamu kepada Allah dengan sebenar-benar taqwa, dan jangan sekali-kali kamu mati melainkan dalam keadaan Islam. Dan berpegang teguhlah kamu sekalian kepada tali Allah (agama Islam), dan janganlah kamu bercerai-berai; dan kenanglah nikmat Allah kepada kamu ketika kamu bermusuh-musuhan (semasa jahiliyah dahulu), lalu Allah menyatukan di antara hati kamu (sehingga kamu bersatu-padu dengan nikmat Islam), maka menjadilah kamu dengan nikmat Allah itu orang-orang Islam yang bersaudara. Dan kamu dahulu telah berada di tepi jurang neraka (disebabkan kekufuran kamu semasa jahiliyah), lalu Allah selamatkan kamu dari neraka itu (disebabkan nikmat Islam juga). Demikianlah Allah menjelaskan kepada kamu ayat-ayat keteranganNya, supaya kamu mendapat petunjuk hidayahNya."

Inilah persembahan berkesan yang aku katakan dalam salah satu post aku tempoh hari, yang membuatkan hampir semua kami tersentuh, terkedu, tergamam, terkesima, terharu, dan semua ter- sampai ada yang mengalirkan air mata.

Masih lagi meremang bila membacanya.

Jazakillah kepada penulisnya. Semoga ukhuwwah dan tautan hati kita teguh kerana-Nya :-)

Tuesday, September 29, 2009

Struggle

Bismillah,

So here I am

Struggling

Aku berharap agar kasih sayang Allah tidak hilang. Aku takut kehilangan nikmat rasa bersalah dan sentiasa menginginkan untuk hidup di bawah rahmat Allah, walaupun aku sedar, telah beberapa kali aku usir perasaan bersalah itu, hanya untuk mengikut kehendak aku.

Di saat aku rasa aku sudah agak jauh, pagi ini kasih sayang Allah datang dalam bentuk lain yang lebih besar, yang lebih melengkapi aku sebagai hamba-Nya yang hampir selalu terlupa. Subhanallah, Alhamdulillah, Allahuakbar. Dia yang menjadikan, Dia jua yang tahu apa yang hamba-Nya ini perlukan.

Maafkan aku Ya Allah. Terima kasih kerana masih memberi aku peluang untuk merasakan kasih sayang-Mu yang pastinya tidak pernah padam untuk hamba-hamba-Mu yang sering melampaui batas.

Bawa aku kepada-Mu
Keindahan yang tak semu
Peluk aku
Jangan pernah
Kau biarkan ku terlupa kepada-Mu
Kasihku tempatku mengadu
Takkan ada cinta yang bisa sempurna
Selain kepada-Mu

(Cinta Yang Sempurna - 6th sense & Neo Letto)


Still struggling

Tidak tahu adakah ini petunjuk dari Allah atau mainan nafsu. Perlu lebih banyak istikharah. Ya Allah, jika ia baik untukku dan agamaku, maka permudahkanlah aku untuk mengenalpasti pentunjuk-Mu, tetapi jika sebaliknya, maka Kau lebih Mengetahui apa yang terbaik untuk hamba-Mu yang lemah ini. Aminn.

Friday, September 25, 2009

Minggu ini dan malam ini

Bismillah,

Minggu ni agak sibuk. Ada dua assignment yang berupa 1500 esei setiap satu untuk dihantar dan reading untuk persiapan presentation minggu depan.

Ouh, tugas kad raya juga! :-D

Been sleeping at Stafford. Membuat assingment last minute bersama Shaza. Tak tahu apa nak jadi dengan aku. Tak pernah2 start buat assignment less than 24 hours before due! Siap dulu mengaku aku jenis yang kena start buat assignment awal2, kalau last minute sure gelabah dan black out dan bersiap-sedia untuk hantar lambat atau tak hantar langsung!

Alhamdulillah dipermudahkan urusan oleh Allah untuk siap dan hantar at least 10 minutes before due! Tapi still tak puas hati dengan diri sendiri. Entahlah kenapa kebelakangan ni suka buat kerja last minute (Tapi solat jangan last minute ok!). Especially assignment audit yang kena hantar hari ni. Maka harus berlatih memperkemaskan urusan masa.

Tugas lepas nie adalah baca readings untuk meeting presentation esok. Pastu ada 2 open house. Yeayy!

Tadi baru lepas balik dari open house di Mackenzie. Dah lama tak menjejakkan kaki di Mackenzie dan di rumah itu. Banyak kenangan. Walaupun aku bukanlah bekas penghuni rumah itu. Masuk hari ini baru kali kedua aku ke sana untuk tahun ini. Sungguh berbeza dengan tahun2 sebelumnya.

Dua tiga hari kebelakangan ni, ada rasa sedikit kurang dalam hati. Rasa macam dah ada lompong2 dosa (ade ke perkataan nie?) yang aku sedar aku da buat. Yang tak sedar belum kira lagi. Arghh!! Tensi!! Baru berapa hari Ramadhan pergi, dah start dah. Sendiri rasa rugi. Rasa diri ini tak malu. Selalu minta kat Allah dalam solat supaya diampunkan dosa2, tp lepas tu buat lagi?

Ok, sedikit emo di situ.

Dalam situasi lain, bersyukur kepada Allah kerana telah diberi peluang untuk menjadi seorang yang bermanfaat kepada orang lain pada hari ini. Terima kasih Ya Allah. Betapa Allah sayangkan hamba-hamba-Nya. Selalu memimpin ke arah kebaikan. Al-Hadi.

Pastu kan, tadi kan, masa nak balik dari open house kan, dapat text dari Kak Meme, mintak tolong bagi tazkirah utk usrah esok dan Kak Meme minta maaf sbb bgtau last minute. Tetibe kan, dalam hati kan,

"Alaa, mane sempat. Da laa reading presentation baru baca sikit"

Pang!!

Rasa nak tampar diri sendiri. Nak salahkan setan boleh tak? Huhu.

Dah ada peluang buat baik ok! Salah satu amalan yang tidak putus pahala adalah ilmu yang bermanfaat yang diajarkan kepada orang lain. Maka, lagi mau berkira masa dengan Allah?

Sekali lagi, Allah bersifat Al-Hadi kepada hamba-hamba-Nya. Mahu tahu lebih lanjut tentang sifat Allah Al-Hadi? Jom tgk nie:



Jadi bermulalah pencarian tajuk untuk tazkirah. Da start, alhamdulillah susah nak stop. Dapat semula dos tarbiyyah berdozen-dozen yang beberapa hari ditinggalkan dari blog2 dan laman web yang biasa dilawati dan yang baru dilawati. Rindu rupanya.

Ok, meh nak share sket tajuk tazkirah yg telah dipilih utk esok :-)

Hak seorang muslim terhadap seorang muslim yang lain itu ada 6 perkara.

  1. Apabila kamu menjumpainya, maka hendaklah kamu memberi salam kepadanya.
  2. Apabila dia menjemput kamu, hendaklah kamu memperkenankan jemputannya.
  3. Apabila dia meminta kamu memberi nasihat, hendaklah kamu menasihatinya.
  4. Apabila dia bersin lalu dia mengucap Alhamdulillah, hendaklah kamu berdoa kepadanya (dengan ucapan Yarhamkallah).
  5. Apabila dia sakit, hendaklah kamu lawatinya.
  6. Dan apabila dia mati, hendaklah kamu iringi jenazahnya

Hadis Riwayat Muslim.

Senang faham kan, insya-Allah. Mari kita sama-sama mengamalkannya :-)