Sunday, May 31, 2009

Another brand new day

Alhamdulillah, segala puji bagi Allah, Tuhan sekalian alam.

Malam td sebelum tido, seorg rakanku di Welly memberi aku satu link tentang ramalan cuaca pada hari ini. Ramalan mengatakan Wellington akan ada salji. Wah, ye ke? Kalau x silap aku, Welly mmg ada salji, cuma kat atas bukit. Tak nampak. Eh, betul ke aku nie? Suke ati jer. Haha.

Pagi nie after Subuh, ingat nak buat sesuatu utk seseorg. Da lama menyimpan niat, tp x jadi2 atas sebab2 tertentu. Oleh sbb hari ini ada peluang, maka jgn lepaskan! Tp pagi nie terlalu sejuk laa. Rasa berat nak turun bawah. Maka aku study. Lepas tu ngantuk, dgn cuaca sejuk lg, maka aku sambung tido. Haha.

Konon nak tido setengah jam jer. Setengah jam kemudian, alarm hp pun berbunyi. Selalunya aku akan capai dan matikan, tp kali ni aku biarkan jer. Kononnya tangan sgt sejuk xleh nak kuarkan dari duvet panas tu. So alarm tu pun berkali-kali menyanyi lagu group kegemaran aku. Instead of lagu rancak itu selalu membuat aku terasa nak bgn, kali nie seronok jer aku melayan lagu tersebut.

Dan tiba-tiba, bunyi bising di tingkap mengejutkan aku. Yea, bilik aku yang hanya ada satu tingkap itu. Bunyi macam batu2 terpelanting di tingkap aku. Byk kali. Bertalu-talu. Pastu aku teringat. Ouh! Semalam ramalan kata ada salji! Aku pun terus bgn. Dengan mengecilkan mata sbb tak pakai cermin mata, aku amati betul2 dan sah! Hujan ais! Weehooo~

Eh chop, nape happy sgt? Last year ade gak hujan ais.

Yea laa, tp mane tau kali nie ramalan ade salji tu betul.

Maka aku terus ke bilik housemate yg byk tingkap. Anehnya walaupun byk tingkap, satu pun x berbunyi kencang mcm bilik aku. Haha. Dia pun x perasan, sampailah aku bgtau. Tp dari bilik dia lagi nampak hujan ais lebat. Pastu tgk ke bawah. Nampak macam putih2. Wah, saljikah? Ye ke? Ntah2 air jer kot. Sekecil mana pun aku cuba mengecilkan mata aku, masih ada hadnya utk mengamati nun jauh ke bawah sana. Eceh, macam jauh sgt jer. Rabun!

Kini di saat aku menulis, cuaca sudah semakin terang. Kabus pun sudah hilang. Lagi setengah jam ade practice netball. Tp aku pasti captain dan co-captain masih enak dibuai mimpi, dibantu dgn cuaca extra sejuk hari ni. 4 degrees ok! Paham laa kalau susah nak bgn. Rase syiok jer dok bawah duvet kan. Hehe.

Ok laa, nak menyambung niat di hati. Mulakan tugas!

Jangan lupa titipkan harapan yang satu itu pada setiap aktiviti yang dilakukan. Tapi berwaspadalah, bukan semua aktiviti layak mengharapkannya. Niat tidak menghalalkan cara.

Seronoknya kalau Welly betul2 ada salji.

Saturday, May 30, 2009

Peluang dan Usaha

Alhamdulillah, segala puji bagi Allah, Tuhan sekalian alam.

Seharian hari ini hampir berlalu. Malam ini aku ingin tidur awal. Tidur awal yang lena. Aku gembira dan bersyukur dengan hari ini. Kenapa? Biar aku dan Dia sahaja yang tahu ;-)

Boleh bagi sikit hint. Dalam hidup ini kalau setiap apa yang kita buat dengan harapan untuk mendapatkan keredhaan Allah S.W.T., yang merupakan salah satu dari tujuan hidup manusia diciptakan, maka aktiviti seharian yang biasa akan dirasakan berbeza dan luar biasa. Hati akan berasa lebih tenang, insya-Allah.

Kita sentiasa diberi peluang. Cuma usaha yang membezakan. Juga kefahaman tentang tujuan hidup manusia.

Lumrah sebagai hamba-Nya tidak akan terlepas daripada ujian dan dugaan. Percayalah bahawa ujian dan dugaan diturunkan oleh-Nya untuk menunjukkan betapa sayangnya Dia kepada kita.

Rasulullah S.A.W. bersabda:
"Barangsiapa yang Allah mahukan kebaikan untuknya, nescaya Dia akan mengujinya dengan kesusahan"
(Riwayat Al-Bukhari)

Jadi aku mungkin tidak mahu merasai hari yang tenang seperti hari ini sampai bila-bila, kerana aku mahu merasai kasih sayang dari-Nya dan kebaikan yang telah disediakan oleh-Nya untuk aku.

Hari ini juga aku telah mendapat satu lagi peluang. Peluang yang amat rugi jika dilepaskan. Peluang untuk aku meluaskan jalan. Inilah peluang yang aku nanti-nantikan lewat kebelakangan ini. Ini adalah peluang permulaan. Perjalanan itu masih jauh. Dengan peluang itu, makin banyak yang dituntut dari aku. Jangan salah faham. Aku bukan merungut. Malah aku menganggapnya sebagai cabaran, sementelah peluang ini merupakan salah satu tuntutan wajib. Oleh itu, peluang ini menuntut USAHA, DISIPLIN, KOMITMEN dan paling penting, PENGORBANAN yang bukan sedikit. Aku percaya aku mampu, tetapi aku masih memerlukan bimbingan dan dorongan.

Terima kasih atas kepercayaan yang diberikan. Terima kasih Ya Allah. Peluang itu telah melengkapkan hari yang tenang ini.

Sabda Nabi Muhammad s.a.w. bermaksud:
"Barangsiapa yang amalannya hari ini lebih baik dari semalam, dia adalah orang yang beruntung. Barangsiapa yang amalannya hari ini sama
dengan yang semalam, dia adalah orang yang rugi.
Dan barangsiapa yang amalannya hari ini lebih buruk dari hari semalam,
dia tergolong orang yang dilaknat Allah s.w.t."
(Riwayat al-Bukhari dan Muslim)


Hadis ini membuatkan aku terfikir, adakah selalu aku berada di dalam golongan orang yang rugi? Minta dijauhkan dari golongan ketiga. Golongan yang ingin dituju, mestilah golongan yang beruntung.

Aku perlu mendalamkan kefahaman tentang hadis ini, sebab dalam kotak fikiran aku sekarang ada satu anologi yang aku tidak pasti betul atau tidak.

Ouh, ada satu pepatah yang dapat mematahkan analogi aku:

"Practice makes perfect"


Thursday, May 28, 2009

Senyum seindah suria

Alhamdulillah, segala puji bagi Allah, Tuhan sekalian alam.

Pagi ini matahari bersinar cerah, seperti memberi harapan baru kepada seluruh penduduk Welly setelah beberapa hari suram dan mendung dek hujan. Macam aku, hari ni semangat UP sket! Hehe. Senyum~

Wow, terangnya! Macam bukan winter. Tapi jangan tertipu dengan angin Welly. Keluar rumah pakai tebal-tebal. Winter tetap winter ;-)

Terima kasih Ya Allah.

Sesiapa yang rasa dirinya susah, sentiasa ingatkan diri ini adalah ujian dari Dia. Ada orang lagi susah dari kita. Macam cerita Laskar Pelangi.

Kita sebagai manusia, sering mempersoalkan macam-macam bila dilanda kesusahan. Tak elok tu. Sebenarnya kita tak faham sebab kita hanya tahu apa yang Dia nak kita tahu. Dia Maha Mengetahui segala sesuatu. Jalan terbaik, lapangkan dada dan cari jalan penyelesaian sewajarnya :-)

Kalau rasa susah jugak, hayati lirik lagu ini. Lagunya juga catchy dan menarik hati. Insya-Allah akan menjadi tenang semula. Enjoy!



Rahmat Ujian
Mestica

Dalam derita ada bahagia
Dalam gembira mungkin terselit duka
Tak siapa tahu
Tak siapa pinta ujian bertamu

Bibir mudah mengucap sabar
Tapi hatilah yang remuk menderita
Insan memandang
Mempunyai berbagai tafsiran

Segala takdir
Terimalah dengan hati yang terbuka
Walau terseksa ada hikmahnya

Harus ada rasa bersyukur
Di setiap kali ujian menjelma
Itu jelasnya membuktikan
Allah mengasihimu setiap masa
Diuji tahap keimanan
Sedangkan ramai terbiar dilalaikan
Hanya yang terpilih sahaja
Antara berjuta mendapat rahmatNya

Allah rindu mendengarkan
Rintihanmu berpanjangan
Bersyukurlah dan tabahlah menghadapi

Segala takdir
Terimalah dengan hati yang terbuka
Walau terseksa ada hikmahnya

Allah rindu mendengarkan
Rintihanmu berpanjangan
Bersyukurlah dan tabahlah menghadapi
Segala ujian diberi
Maka bersyukurlah selalu

Wednesday, May 27, 2009

Resah

aaaaaaaaa~

aaaaaaaaaaaaaaaa~~

aaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa~~~

takottttttt

dapat kurasakan kelainannya

sesuatu harus dilakukan! jangan biarkan winter menghalang!

Tuesday, May 26, 2009

Laskar Pelangi

Seindah lagu nyanyian Nidji, begitu juga indahnya filem dgn tajuk serupa. Cuma keindahannya hanya dapat aku rasakan di penghujung cerita. Kenapa? Aku pun x tahu. Aku paham jer keseluruhan cerita, bahasanya pun mudah difahami, walaupun tiada sub Melayu atau English sbb x brape pekat bahasa Indonesianya. But honestly, aku mengambil masa beberapa hari jugak utk habiskan cerita ni. Masa pertengahan cerita, boleh lagi aku berchatting bersama kakak ipar. Haha. Towards the end, mmg sebak laa. Masa part budak2 sekolah tu masuk pertandingan kuiz. Cabaran yang dihadapi Lintang dan semangatnya yg tidak pernah pudar. Lintang dianggap sebagai budak genius di sekolah yg dipandang rendah kerana imej sekolah pondok agama, tetapi kerana keadaan hidup yg dicengkam kemiskinan memaksa Lintang menjadi hanya pemuda biasa di kawasan kampung menampung kehidupan keluarga setelah kematian ibu dan ayahnya sementelah dia pula anak sulung. Sepatutnya dalam usia sekecil itu dia mampu mengecap kejayaan yang lebih, tetapi apakan daya. Sesuatu perlu dilakukan di Indonesia utk mengetepikan jurang kemiskinan yg besar itu.

Filem ini byk menekankan tentang kekuatan rohani. Betapa semangat kanak-kanak utk belajar tidak pernah luntur jika diberi dorongan yang sewajarnya. Seronok tgk dorg. Walaupun miskin, tp kaya dgn pengalaman hidup. Da byk kita tgk, kemiskinanlah yang mendorong mereka agar menjadi lebih berjaya.

Sebak. Terharu.

Filem 'Ayat-ayat Cinta', ramai yg kata best. Believe it or not, aku baru tgk sampai part 2 di YouTube pada penghujung tahun lepas, sampai sekarang x sambung tgk lagi. I guess filem2 Indonesia mmg perlahan sikit kot. Hujung2 baru best. Should find the time to continue watching. Or i should watch from the start coz da lupa sket2 awalnya camne. Hehe.

Saturday, May 23, 2009

Harapan yang satu itu hampir lenyap

The last time aku buat jadual belajar ialah masa aku nak SPM. Well, not really jadual belajar. More like guidance.

Balik tgah hari tadi, dgn semangat baru aku buat balik 'jadual belajar'. Dgn harapan hasilnya lebih cemerlang.

Sekarang 'jadual belajar itu' seperti sudah tiada makna lagi.

Syariatullah: Allah penentu kejayaan
Sunnatullah: Tidak akan berjaya tanpa usaha

Ya Allah, jika ini adalah salah satu dari ujian dan dugaan utk menguji hamba-Mu, maka aku redha.

Selamat tinggal harapanku.

Wednesday, May 20, 2009

The 1st trial

Tadi 1st trial buat banana crumble. Alhamdulillah agak menjadi jugak laa. Just that crumble die x brape nak melekat. Maybe kene tunggu sejuk dulu kot. Tadi kuar dari oven jer terus makan panas2. X sabar nak try. Haha. Cara buat tidak laa brape susah. Bleh jer nak buat byk2 kali, insya-Allah :-)

Ouh gambar! Xde. X teringat nak amek pun. Maybe next time.

Sambil makan2 with housemates, dorg bercerita pasal kehidupan asrama. Seronok dgr. Macam2 kerenah. Aku mmg laa xleh nak sampuk sbb aku berasal dari sekolah harian. Sekolah harian lain sikit ragamnya. Bak kata Fatinn, budak sekolah harian nie senang sikit nak ponteng. Tak perlu buat alasan sakit then duduk kat bilik sakit. Tidur pun boleh suka hati nak tidur pukul brape. Bg aku parents x terlalu strict macam warden asrama. Budak asrama seronok cara lain, budak sekolah harian seronok cara lain. Masing2 ada cabaran tersendiri. Tp tujuan sekolah itu tetap sama. Untuk mendidik. Look at who we've become now :-)

Sedang aku mendengar dan turut bergelak ketawa, ada ketikanya fikiran aku melayang ke arah lain. Kenapa yea?

As much as i hate to admit it...*sengaja dibiarkan tergantung*


Tuesday, May 19, 2009

Susah tetapi hanya itu jalannya

Demi masa!
Sesungguhnya manusia dalam kerugian,
Kecuali orang-orang yang percaya, dan membuat kerja-kerja kebaikan,
dan saling berwasiat pada yang benar, dan saling berwasiat untuk bersabar.
(103:1-3)

Saling menegur dan saling menasihati ke arah kebaikan. Itulah antara komposisi ayat ini.

Aku selalu kata, tegur aku kalau aku salah. Serius aku tak kisah. Mungkin aku akan tersentap sekejap pada awalnya, tapi insya-Allah dgn izin-Nya, aku lapangkan dada. Teguran itu bermakna orang sayangkan kita dan ingin melihat kita menjadi lebih baik.

Tapi kenapa aku susah nak buat yang sama untuk orang lain? Untuk keluarga aku ok sikit, tapi antara kawan-kawan, aku tengok jenis orang. Kalau aku rasa dia jenis yang boleh terima teguran, then aku tegur, kalau tak, aku senyap. Takut dia benci kat aku.

Kenapa harus ada perasaan itu? Sedangkan ayat itu sudah jelas. Allah S.W.T. Maha Mengetahui yang perkara seperti ini selalu terjadi, maka sesiapa yang kuat imannya akan berpegang dengan ayat ini. Aku kagum dengan sesiapa yang dapat mengamalkan ayat ini, kerana aku mengaku aku di antara orang yang susah untuk melakukannya. Persoalannya sekarang, siapa yang mahu meletakkan dirinya dalam kerugian?

Berikut adalah alasan yang biasa aku guna bila rasa susah nak tegur:
  1. Siapalah aku untuk menegur, aku bukan mak dia.
  2. Asalkan dia tak kacau aku, sudahlah. Dia tak kacau aku, aku tak kacau dia.
  3. Dulu aku buat macam tu jugak, mungkin sekarang aku masih buat lagi tanpa disedari. Takkan aku nak tegur dia plak. Macam cakap tak serupa bikin.
Sepatutnya aku fikir macam ini:
  1. Aku bukan mak dia, tp aku saudara seIslam dia. Menjadi tanggungjawab aku untuk menegur kalau aku rasa dia buat salah. Tegur dulu, kalau dia perlukan nasihat, baru nasihat panjang sikit. Hak seorang muslim kepada muslim yang lain adalah memberi nasihat apabila dia memerlukan. *Terima kasih kepada buku hijau Fatinn :-)*
  2. Salah berfikiran seperti ini. Sekali lagi, sebagai saudara seIslam harus menegur. Ayat di atas pun sudah jelas. Lagipun, kan selalu kata, sharing is caring? Jadi tak salah berkongsi teguran dan nasihat kan? ;-)
  3. Ada dua orang kawan aku bagi dua point ini:
  • Kalau nak tunggu semua orang jadi betul-betul baik baru nak tegur, sampai bila-bila pun manusia berada dalam kerugian.
  • Jangan tengok kepada siapa yang memberi teguran atau nasihat, tetapi dengar kepada teguran dan nasihat yang diberikan. Mungkin orang itu sedang melakukannya untuk dirinya sendiri juga.
"Manusia tidak lepas dari melakukan kesilapan"

Semua orang tahu guna ayat ini. Ada nilai atau tidak kepada diri sendiri, terpulang kepada integriti seseorang. Betul. Tak dinafikan manusia dijadikan lemah oleh Allah. Tetapi Allah juga sayangkan hamba-Nya yang kuat. Mesti kita nak Allah sayang kita kan? Macam mana nak jadi kuat? Salah satu caranya adalah mengikut perintah Allah, walaupun kita merasa susah.

Firman Allah:
"Jadikanlah Sabar dan Solat sebagai penolongmu. Dan sesungguhnya yang demikian itu sungguh berat, kecuali bagi orang-orang yang khusyuk. (Yakni) orang-orang yang meyakini, bahawa mereka akan menemui Tuhannya dan bahawa mereka akan kembali kepadaNya" [Surah Al-Baqarah : ayat 45-46].
"Diwajibkan atas kamu berperang, padahal berperang itu adalah sesuatu yang
kamu benci. Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu.
Dan, boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu.
Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui."'
(al-Baqarah: 216)

Walaupun setelah mengetahui ayat-ayat ini, aku masih lagi rasa susah. Aku kan asyik fikir tentang pandangan orang terhadap aku. Takut orang tak suka aku. Siapa tak nak diri kita disenangi oleh semua orang kan?

Ah, itu semua hanya alasan! Alasan yang bisa mematikan hati! Berpegang kepada kebenaran, kerana fitrah manusia suka kepada kebenaran dan kebaikan. Cuma memerlukan sokongan, dan teguran itu sebagai sokongan.

Tak puas hati itu perkara biasa bagi manusia yang serba kekurangan. Tapi tak perlu dipanjangkan. Luahkan, tapi jangan sebarkan. Sebaik-baiknya luahkan kepada orang yang kita percaya dan tahu amanahnya.

Percayalah, kalau kita tegur kerana Allah, kita akan rasa tenang selepas itu. Rasa macam terlepas satu bebanan. Macam mana aku tahu? Sebab aku pernah buat. Tapi tak selalu. Sebab tu lagi sekali aku tekankan ia susah, sebab masa aku nak tegur tu, memerlukan kekuatan yang jitu. Ye laa, tak pasal-pasal nanti kata aku kecoh laa, mind your own business laa, ape laa. Kang aku marah plak. Hilang sekejap rasa nak lapang dada. Elok-elok nak tegur, aku plak kena marah kan. Sebab tu laa, selain berlapang dada, kekuatan iman itu amatlah penting. Kalau lepas itu dia menjauhi kita tanda protes sebab ditegur dan tetap melakukannya, berdoalah kepada Allah. Dengan izin-Nya, lambat-laun dia akan sedar juga.

Sabda Rasulullah S.A.W.:

"Barangsiapa di antara kamu melihat kemungkaran, maka hendaklah ia mengubahnya dengan tangannya, jika ia tidak mampu cegahlah dengan lisannya, dan apabila tidak mampu maka dengan hatinya. Yang demikian itu adalah selemah-lemah iman."
(Hadits riwayat Imam Muslim).


Selemah-lemah iman adalah mengecam dalam hati. Cukupkah bila kita tahu kita mampu? Mampu atau tidak, sekali lagi terpulang kepada integriti seseorang.

Oleh itu, aku tidak jemu-jemu meminta kalian agar menegur aku ke arah kebaikan. Sama-samalah kita berkongsi teguran. Sama-samalah kita menuju kebaikan.

Aku sedar aku nie bukanlah baik sangat nak tegur orang atau menulis tentang ini semua. Itulah cabaran orang yang mahu berubah tetapi belum berubah sepenuhnya, iaitu berdepan dengan pandangan skeptikal. Yang dekat dengan aku insya-Allah sedar yang aku sedang cuba untuk berubah, walaupun progress amat perlahan. Jangan kata kita tidak boleh atau tidak mampu untuk berubah. Itu semua alasan. Jangan terlalu selesa. Kerana masa sudah tidak terlalu lama.

*Selalu ingat 'hadis kotak'*

Sunday, May 17, 2009

Takut

Aku takut.

Sungguh aku takut.

Aku tahu apa yang aku takutkan, tapi aku tidak respon kepada ketakutan itu.

Membuatkan aku lebih takut.

Sungguh aku takut.

Aku takut.


Saturday, May 16, 2009

It's the 16th of May!

SELAMAT HARI GURU!

dan

SELAMAT HARI LAHIR BABA!

Kalau Baba masih ada, tahun ini sudah 69 tahun.

Tidak percaya sudah lebih setahun.

Al-Fatihah.

Friday, May 15, 2009

Home

I dream of home last night. I took a flight and went back home during this coming winter break. It makes me miss my home all of sudden. Susah tau nak rindu rumah nie coz aku bukan jenis cepat rindu rumah. Haha. Teruk kan aku nieh.

Bukak facebook and tgk gambar anak2 buah aku. Comelnya diorang.

Kebelakangan nie setiap malam aku didatangi mimpi yg seolah-olah memberi makna kpd aku. Mimpi tu agak penuh, bukan sekejap2 macam biasa dan aku akan ingat setiap mimpi aku setiap kali aku bgn pagi. Pelik. Apa da jadi kat diri aku nie?

Ouh, aku tau satu benda yg da jadi kat diri aku. Aku da bleh pakai sweater yg mama hantar mase 1st year! Yahoo! Alhamdulillah. Aku masih berusaha utk maintain. Susah mmg susah. Nak seribu daya, tak nak seribu dalih. Kadang2 terbabas gak. Kadang2? Cam selalu jer. Haha. Tp alhamdulillah still dapat maintain ;-)

I did some changes in my appearance today. Ok not some, only one. Haha. Segan ok. Tgk laa sama ada nak teruskan atau tidak.

We play futsal tonight. Teruk aku main, but I had fun. 1st time main time malam. Orang kata exercise malam2 lg cepat kurus. Betul ke?


Sunday, May 10, 2009

Bila Mama Pakai Celana

Yup, ia adalah tajuk lagu yg dinyanyikan oleh Allahyarham Tan Sri P. Ramlee.

Ia juga adalah tajuk sebuah drama, tentang kecekalan dan pengorbanan seorg ibu. Aku bleh pastikan ini bukan tipikal drama Melayu yg dari mula sampai awal asyik meleleh sbb nak bg pengajaran. Konsep drama nie lebih santai dan more to comedy side. Still, the last part is the most touching. Meleleh laa sket. Kata pun drama pasal seorg ibu. Tak meleleh langsung x sah laa kan.

Bayangkan, seorg ibu yg ada business sendiri. Spa, direct selling, cooking class. Tapi semua itu tidak pernah membataskan tugasnya sebagai seorg isteri dan ibu. Ditemani si suami yg penyayang dan bertanggungjawab, tugasnya menjadi lebih ringan. Anak-anak hairan dari mana datangnya semangat dan kudrat itu. Walaupun tidak pernah menunjukkan rasa penat depan anak-anak, mereka tetap renggang dengan si ibu. Jarang sekali meninggalkan makanan kpd si ibu (which is quite pelik dalam cite nie kenapa mak x makan sekali masa family dinner, org lain makan, mak kemas dapur). Walau hanya sepotong kek pisang yg ditinggalkan, tetap bersyukur dan gembira menikmatinya. Tetapi si ibu tidak pernah merungut. Si ibu tidak pernah mengabaikan si anak. Walaupun menuruti hampir semua kehendak, pelajaran dan nilai murni tetap diutamakan. Sehinggalah si anak ada assignment tentang ibu, barulah mengambil kesempatan utk rapat semula dgn si ibu. Barulah sedar tentang keseronokan bermanja dgn ibu, tentang kesilapan mengabaikan ibu. Si ibu gembira, tetapi pelik kerana sudah masak dgn perangai si anak remaja yg berdarah muda. Si anak ingin merapatkan jurang, tetapi sesuatu telah terjadi menyebabkan si ibu berjauh hati. Siapa yg tidak syahdu apabila melihat si ibu yg biasanya ceria dan positif, meluahkan segala rasa yg terpendam jauh di lubuk hati. Bukan mengungkit, cuma rasa ingin dihargai. Apatah lagi di hari lahir si ibu.

Panjang pulak buat sinopsis drama nie, haha. Lakonan berkesan Ogy Ahmad Daud. Drama nie juga memaparkan sikap rakyat Malaysia yg suka membuat telahan bukan-bukan sehingga memporak-perandakan kehidupan org lain. Pendek kata, batu api.

Watch it, fellows! It is highly recommended! Boleh didapati di YouTube :-)

Friday, May 8, 2009

Semakin kuat atau semakin lemah?

Perasaan itu datang dan pergi. Sakitnya setiap kali ia hadir. Tp aku x dapat berbuat apa-apa. Aku tahu nak x nak aku kena deal dgn perasaan tu jugak. It is part of the process. Setiap kali perasaan itu datang, aku cepat2 ingatkan diri sendiri tentang fakta2 yg berkaitan. Insya-Allah aku ok lepas tu :-)

Apa nak buat *lagu Terlanjur Cinta berkumandang di kepala* (tp macam x kena jer lirik, haha)

Agak2 dia rasa yg sama tak? I DON'T THINK SO! Orang tgah "bahagia" kot.

Lepas ni, a BIG NO NO ok! *Gaya Mulan dalam Merah Puteh* Until I find the right person with the right time. Cukuplah. Enough is enough.

Tadi aku telah buat tindakan yg kurang bijak. Yg g tgk gambar dia tu buat apa? Kebetulan lagu background macam kena laa plak kan. Sayu jer. "I Go" by Pete Teo and Aizat dan "Pergi" by Aizat. Both are the soundtrack of the movie Talentime. BEST lagu tu!

Iynas, berpegang kepada tujuan hidup yg baru! Pegang erat, jgn sampai ia hilang dan terlepas. Cukup beberapa tahun ni kau melampaui batas.

Terima kasih Ya Allah.

"Ketahuilah! Sesungguhnya manusia benar-benar melampaui batas, karena dia melihat dirinya serba cukup" (al-'Alaq:6-7)


Thursday, May 7, 2009

Weaknesses make us normal human being

Based on experience, life has taught me that,

It is okay to show your own weaknesses.


Believe me, it is okay.

Because if you try very hard to hide your weaknesses, they will just become more and more visible.

Sometimes showing your own weakness is your biggest strength.

But be aware of too much weaknesses shown.

It may be harmful.

You need to keep some for yourself, enough only for you and Him to know.

After all it is the nature of human to wear a mask or build a thick wall to cover true weaknesses and show artificial strengths instead.

It is all up to your own sound judgment.

And in order to make sound judgment, knowledge is important.

Find the knowledge!

And of course, experience is one of the best teachers in life.

Jangan Pernah Putus Asa Terhadap Orang Sekeliling

Pagi smalam dapat msg from my brother, asking a question that seems to need an immediate answer. Aku jawab jer laa kan. Bangga dowh dgn jawapan sendiri. Jawapan seorg yg pemikiran matang. Bagi aku laa, haha.

Malam chat plak dgn abg n kakak ipar. Pastu call Kak Ham. Seems that the problem is nearly to be solved. Baru aku tau tukang tanya soalan tu sbenarnya org lain. Ada a few ppl x puas hati kenapa soalan tu datang dari org itu dan perlukan jawapan segera pula. Sian kakak ipar aku kene bg report secepat mungkin. Adoi. Bersyukur betul dapat kakak ipar camni.

After some discussions and justifications, maka da xde pape yg serius perlu difikirkan lg. Cuma aku ada kelebihan masa utk menyesuaikan diri, alhamdulillah. Sian Kak Ham. Be strong yeah.

Ok, enough of family matters. It happens everytime.

Aku da cakap hari tu. Persetujuan dicapai.

Tp sama jer.

Ouh, ada satu point penting aku lupa nak bgtau. Hampir nak cakap tp x tercakap.

Nanti laa aku cakap balik.

Nanti? Nanti tu bila? Suka betul cakap nanti.

"Nanti" aku mungkin 5 minit dari sekarang.

"Nanti" org lain mungkin tahun depan.

What an ambiguous meaning of word.

Time kills, or time heals?

Demi masa.


Tuesday, May 5, 2009

Teaser

Tak pasti sama ada penggunaan tajuk di atas sesuai atau tidak utk entri kali ini. Tapi sbb aku xkan hurai panjang dan aku rasa mcm best jer guna perkataan 'teaser', maka aku guna.


Tahun ni saja 3 org kaum keluarga aku kawen. Tahniah diucapkan. Semoga kekal hingga ke akhir hayat, insya-Allah. Iynas doakan kalian.

Baru mendapat khabar gembira semalam. Tahniah Fana! Walaupun maybe kte lambat tau, kte happy utk awak. All the best!

Bleh x tadi aku tanya Wan Ling mcm mana nak dapat amount for 'Profit before tax'? Cuak pun agak2 laa weyh. *&#$&^@# (marah diri sendiri)

Friday, May 1, 2009

Apakah tindakan kita?


Permainan hina ikon agama ditarik kembali
Halaman depan permainan
Faith Fighter yang
ditarik balik kelmarin
kerana menghina ikon
agama utama dunia

JEDDAH - Pencipta permainan dalam talian Faith Fighter, yang membolehkan pemain menggunakan ikon-ikon agama utama dunia untuk aksi pertarungan, lewat kelmarin berkata ia telah menarik balik permainan itu.

Penerbit permainan itu, Molleindustria dari Italy, tindakan tersebut ekoran permainan itu mendapat bantahan keras oleh masyarakat Islam.

“Hari ini, selepas satu kenyataan rasmi daripada Pertubuhan Persidangan Islam (OIC), kami memutuskan untuk menarik kembali permainan Faith Fighter itu daripada laman web kami,`

Jurucakap (OIC) berkata, permainan itu `sengaja mengapi-apikan serta menyakitkan hati golongan Islam dan Kristian serta akan hanya mencetuskan perasaan tidak toleran.

Beliau menggesa hos Internet permainan itu supaya `mengambil tindakan segera` dengan menariknya balik daripada laman webnya.

Molleindustria sebaliknya berkata Faith Fighter bertujuan menjadi satu permainan yang menentang sikap tidak toleran dengan menggunakan ironi dan kartun.

`Faith Fighter menggambarkan dengan cara yang agak tidak sesuai secara politik mengenai agama-agama utama, sebagai satu tindak balas kepada satira rasa gerun terhadap Islam dalam bentuk kartun-kartun Muhammad yang disiarkan oleh Denmark sebelum ini,` katanya.

(Source: Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia)
-----------------------------------------------------------------------------------------------

“Faith Fighter” game unites religions in outrage

Round one: Mohammed and God duke it out in Molleindustria's Faith Fighter

Faith Fighter is a punch-up game for one or two players which involves bouts between Jesus, Mohammed, Ganesh, Buddha, Budai, and God Himself. According to its developers, Faith Fighter is the ultimate fighting game for these dark times. Choose your belief and kick the shit out of your enemies. Give vent to your intolerance! Religious hate has never been so much fun.

(Source: mediawatchwatch.org.uk)

------------------------------------------------------------------------------------------------

Faith Fighter 2: This Time, It's About Respect
Posted on 30 Apr 2009 2:38 am

It didn't take long releasing Faith Fighter 2, but this time around it's all about the tolerance and respect.

But the Italian studio apparently wanted to do more to express the depth of its regret over the controversy and thus it created Faith Fighter 2, a sequel that eschews the theological throw-down of the original for a simpler, more reflective experience.

"We regretted the use of irony and violence and this time we want to offer you a positive, nonviolent educational game that teaches the universal values of tolerance and respect," the company said in a brief note. "This is a very simple game that can be played by children of all ages, religious leaders and even journalists!"

The rules are simple: "Faith Fighter 2 is a game about tolerance. Your goal is to give love and respect to all the religious entities on the screen," the game's load screen says. It may not offer as much in pure gameplay as the original Faith Fighter, but it does serve as a rather pointed response to the outcry and the real fun, I think, will be in watching the responses of those who were offended by the first game. Tolerance, respect and love can't be offensive, right?

(Source: The Escapist Magazine)

------------------------------------------------------------------------------------------------

Dah setahun permainan ini dilancarkan, dan masih boleh dimain walaupun OIC arahkan utk menarik balik permainan ini.

Versi pertama Faith Fighter berunsur kekerasan. Goal adalah ala-ala Street Fighter.

Versi kedua konon lebih penyayang. Goal adalah tunjukkan kasih sayang.

"Tolerance, respect and love can't be offensive, right?"

Apekah?

Tak perlu cakap mereka nie teruk, sbb teruk bukan perkataan terbaik utk menggambarkan mereka.

Aku rasa aku tak perlu komen. Sekadar rasa marah, benci, geram, maki hamun pastu tido, xde maknanya.

Lakukan sesuatu demi mempertahankan Junjungan Besar kita.

Tp apa? Dan bagaimana?

Doa adalah senjata utama. Biarkan mereka menerima pembalasan setimpal. Azab Dia amatlah berat.

Cukupkah sekadar berdoa?



Another phase, new phase.

It is today

When the most part of my life has changed..or is changing?

I don't know.

What I know, it is a good thing.

I am happy for the sake of my loved one.

But what about the changing part?

We'll see what has been stored for me, awaits me.

A new phase of my life has just started, the one i have never imagined to happen in my life.

Who would?

That's the colour of life.

Just be ready and go for it.

He knows best.