Saturday, February 28, 2009

Hoping everything will be okay again, for real this time

I don't know how I'll feel,
tomorrow, tomorrow,
I don't know what to say,
tomorrow, tomorrow
Is a different day

Hey yeah yeah, hey yeah
yeah, and I know I'm
not ready,
Hey yeah yeah, hey yeah
yeah, maybe tomorrow


It's part of Avril's Tomorrow lyric. It somehow touches my heart regarding TOMORROW


Friday, February 27, 2009

Nie yg aku nak cari someone mcm Dan Humphrey coz he's a "let's talk' type

Wahh, x sangke selepas seminggu kecuakan exam melanda diri, kini aku di bumi Malaysia, da siap balik kampung kat Kedah selama 4 hari. X sempat nak update blog pun before naek flight balek Malaysia. Kat kampung plak xde internet.

The first day after sampai Malaysia, aku da kuar berjalan. Mlm tu g tgk Puteri Gunung Ledang the Musical with my mom n my two sisters. Naseb baek Kak Ham dapat pegi. Adam dihantar sbentar ke rumah abgku utk dijage. Terima kasih abg dan kakak iparku. Hehe. The show was MARVELLOUS! Tp aku percaya last show on the 22nd mesti lg best. I was a little bit frustrated. Yea laa, amek last show on 21st ingatkan plg best laa sbb last show kan, tp atas permintaan ramai, the last show ialah pada 22nd. Siap tulis "encore performance on 22nd". Huhu, xpe laa. Janji BEST! After show aku usually akan tunggu utk bergambar, tp malam tu aku x rase ghairah pon nak beratur panjang dan berebut utk bergambar dgn selebriti.

To the person whom i met to get the tickets, thanx a lot to u.

The next day, hari Ahad, g majlis Ila dan Apo bertunang. Tahniah kpd mereka berdua :-)

Hari Isnin, bermulalah perjalanan pulang ke kampung bersama-sama ibu dan kakakku atas satu tujuan penting. Hasilnya? Susah. Amat berat bgku. Tp asalkan org yg kusayang bahagia.

Asalkan org yg kusayang bahagia? Kenapa aku x dapat buat yg same utk org yg aku sayang lagi satu nie? Tak semena-mena isu nie timbul di kampung dan dimulakan oleh nenek dan ibu saudaraku. Aku x tau sama ada ia tambah merumitkan atau memudahkan. Ada ketika aku rasa ia merumitkan, ada ketika sebaliknya. Aku faham seluruh ahli keluargaku juga sgt sayang kpd dia. Kalau tidak, mereka tidak akan mengambil tindakan sedemikian. Setelah aku meyakinkan mereka bahawa semua usaha itu hanya sia2 kerana si dia spt sudah menunjukkan nekad, mereka juga tidak mahu berputus asa. Maka apakah yg harus aku lakukan. Aku tidak mahu dikatakan menggunakan ahli keluargaku untuk mendesak dia, kerana ketika ini aku merasakan spt aku sudah terlalu mendesak. Ada ketika aku rasa spt aku patot berjumpa dgnnya utk bercakap ttg ini dgn lebey mendalam. Ada ketika aku rasa tidak perlu. Aku msg dia beberapa kali, tetapi dia spt tidak mahu melayan. Adakah dia sudah benci padaku kerana aku kelihatan spt terlalu mendesak? Ahh, aku tidak tahu lg apa yg harus kulakukan. Yg aku tahu, aku masih x dapat melepaskan. Sepatutnya kalau aku sayang, aku harus melepaskan, tp dalam masa yg sama, aku x mahu melepaskan. Arghh! Complicatednye cara aku berfikir! Adakah kerana aku tiada pendirian atau aku terlalu berkompromi? Patot laa org senang bosan dgn aku!

Aku da melalui saat2 yg pathetic bg aku. Aku meruntuhkan ego cinta aku semata-mata utk dia. Tp dia sudah nekad. Adakah umur perhubungan kami yg lama itu spt tiada makna dan nilai buatnya? Kalau begitu cepat dia nekad, bukankah maknanya sudah lama dia menyimpan hasrat?

Ok, post nie da beralih tujuan. Nak tulis yg laen, terluah yg laen. Aku bace lg skali, tp aku x mau delete. Peduli ape org nak cakap! Ketika aku menulis post ini, aku blom buat keputusan sama ada aku perlu berjumpa dgnnya. Aku blom bersedia utk sisa kekuatan dan ego aku ditembus utk kali yg terakhir. Aku tidak mahu tewas dan terbaring kepada ego lelaki. Tika ini aku sudah terduduk.

So here i am, sitting in front of the desktop. Balik2 dari kg jer terus online dan berchatting bersama budak2 saiko! Terlepas rinduku. Sekali lg, minta maaf atas keadaan rumah yg ditinggalkan utk kalian, tetapi saye sudah penat dan x mampu nak kawal lg keadaan di saat2 akhir. Byk yg terbuku di hati tetapi tidak pandai meluahkan. Siapalah aku untuk menegur. Aku sendiri byk kekurangan. Cuma bila da besar nie, patut da tahu tanggungjawab masing2. X kesa laa da masuk umur 22 atau blom. X nak mengaku semakin tua xpe, mmg hati sentiasa muda, but at least please be matured dalam perkara2 asas hidup.

Please ajar aku mcm mane nak tego org. Please tego aku gak.

I'm going to Sarawak this Sunday. Adam akan berpindah ke sane! Waa~

Esok plan nak g tgk filem Geng with my cousin.




Tuesday, February 17, 2009

Kecuakan Melanda Diri

Ya Allah, aku x penah rase mcm nie. Aku x tau laa kalau aku penah rase tp da lame aku x rase atau ini adalah kali pertama aku merasainya.

I'm not fully prepared for the exam and i just want to finish the exam asap!

Aku bace hanya ala kadar just so at least aku dapat goreng something during the exam.

I don't know whether i should hope for the best when i'm not doing my best.

I'm just giving myself a false hope.


Happy 20th Birthday to Nurul Farahana Ellina @ Ellin. More bday wishes to come on this blog during this whole February. February rocks!



Monday, February 16, 2009

The Library

Seperti biasa, nak dekat2 exam, barulah aku akan mengunjungi library. Aku rasa lebih tenang dan fokus utk blaja. Gangguan paling utama kalau aku blaja di rumah sudah tentunya laptop dan internet yg laju. Ade saje website aku nak surf. Tambah2 bler usage da recur.
Tp ape yg aku sedang buat skarang? Berblogging di library! Sbbnya terpengaruh dgn skrin besar komputer nieh. Yea rakan2, susun atur di library skarang sudah berubah! Lebih colourful, lebih selesa and dare i say more condusive to study. Aku siap round satu level 4 nieh nak tgk segala perubahan. Rupenye da lame aku x lawat library nieh. Tp aku baru tau level 4 jer laa da berubah, maybe level laen same jer kot. Nie pun aku tlg reservekan tempat utk seseorg. Aku nak jumpe die utk discuss pasal case study management. Die tu suke betul dgn tempat die yg satu nieh. 'Workstation' die katenye. Haha. Siap bengang tuh bler ade org laen dok tempat die. Xleh blah. Haha. Another one hour to go before die sampai.
Serius skrin die besar. Best arr tgk movie. Ahaks. Oppsss, niat da laen. Hehe.
Wan Ling, jom kte study kat library lebih kerap lepas nieh. Hehehe.
Happy 22nd Birthday to Mr Mohd Firdaus Roslan aka Jack dan Wan Husna :-)
To Jack, naseb arr bday kau jatuh time exam week. Hehe.
Ceh, harap skrin jer besar. Nak selang2 pon xleh. Internet agak lembap.

Saturday, February 14, 2009

One In A Million

Amylea made it to the TOP 12!!

Yeayy!!

Go Go Amylea!! U have my full support!!

As for Tomok, he made it as well. X percaya? Percayalah. Aku pun x percaya mase die dapat masuk Top 20, but now he is in Top 12. Tak dinafikan, matang sket laa kot suara dia, dpd zaman Sejarah Mungkin Berulang die dulu tu. Ish2. Geleng kepala jer bler ingat balik. No, aku x pernah minat die.

Aku minat Amylea since AF3. Tambah kagum bler die cipta lagu best utk Sindarela dan Rona Roni Makaroni. Suara dan gaya die tersendiri.

I certainly will follow the 3rd season of OIAM.


Thursday, February 12, 2009

Sehari hujan di Welly

Sekarang da nak dkat kul 6.30. Hujan lebat masih belom berenti dari pagi. Seingat aku, mase aku kuar kul 8.30 pagi tadi, hujan da start lebat.

And guess what? Dpan umah banjir!! Tinggi air sket jer lg nak masuk umah. Nak jer aku amek gambar tp kamera xde bateri plak. Rasenye 1st time kot umah aku kat Welly nie banjir. 1st time jgak aku tgk hujan lebat kat Welly seharian. Mungkin Welly amat memahami perasaanku ketika ini, lalu turut ingin menemani perasaanku ini.

Cewaaahhhhhhhhh!!!!!!!!!!!!!!!!

Excited betul nak cite pasal umah banjir kat housemates, so aku call Wan Ling sbg wakil and cite kat die. To the others, dgr laa jer laa nanti die cite dgn bangganya kat Aussie yg die tau sume cite dulu. Haha. Sori Wan Ling. Eh, da lame kan x cakap camtu. Haha.

Sorg da sampai from Malaysia. More to come. Aku plak nak balik Malaysia.


I've already called u, but just for the record of this blog, HAPPY BIRTHDAY to u. Hope this year's birthday brings more happiness to u. Sorry i didn't sing for u like u did for me.




Aku tak tahu hala tuju post nie.

*Lari dari tajuk sebentar. Pada 9 Februari lalu, aku menerima sekeping kad hari jadi dari Malaysia. Dari tulisan tangannya, aku tahu siapa gerangan pengutusnya. Terima kasih, NWL. Actually i wanna make a short special post with the picture of the card. I da amek gambar, but as i said to u on the phone the other day, lately i malas nak update blog. But u know how much it meant to me. Of course, i akan pinkan kad u on my board :-)*

Yea, sekarang aku malas nak update blog. Blog private tu pun aku x update. Walaupun aku buat blog private utk kurangkan perkongsian yg mungkin org laen tidak patot tahu, but most of the times i feel pointless. Byk kali aku tulis post kat blog private, dan byk kali jgak aku delete post tu. Buat ape aku nak tulis kalau aku sendiri bace skali jer? Lebih baek aku terus mengadu kpd Dia. Sekurang-kurangnya aku tau blog nie ade pembacanya tersendiri. Pembacanya pula ada yg berasa suka dan enjoy baca blog nie, dan ada juga yg x suka dan rasa xde faedah baca blog aku nie. Itu hak masing-masing. Yg penting, aku suka berkongsi. Lgpon bg aku, blog adalah salah satu dari medium komunikasi, walaupun tidak secara langsung.

Kerana itu aku da jarang update blog, kecuali utk perkara2 yg aku rasa berfaedah dan berkaitan kehidupan aku sehari-hari. Pernah aku rasa nak delete jer blog nie, tp aku tau blog nie masih ada kegunaannya. Aku cube utk tidak meluahkan perasaan sedalam-dalamnya dalam blog nie kerana aku pernah merasa padahnya berbuat demikian. Walaupun blog adalah salah satu medium komunikasi, tetapi ia adalah medium yg kurang berkesan utk penerima menerima mesej yg disampaikan oleh penulis. Tetapi hati aku meronta-ronta utk menulis. Menulis utk org baca. Yg laen2 aku hanya mengadu pada Dia.

Aku tidak tahu ke mana hala post ini. Aku cume keliru. Tiba-tiba aku berasa keliru. Air mata jatuh setitik hari ini kerana sesuatu yg aku rasakan remeh. Tetapi aku teringat cerita klasik 'Batu Belah Batu Bertangkup' dan mula merasakan ia bukan remeh dan kerana itu air mata itu jatuh setitik. Setitik. Alhamdulillah, aku menemui kekuatan utk bermula semula, dan aku puas.

Hari-hari aku bukak facebook. Bak kate seseorg, "kte stalk org melalui facebook". However, that's not the point here. Skarang aku rase sume org tgah syok buat tag '25 random things about me'. Hari nie aku baca beberapa org punya. Dua org dpd mereka ada menyentuh satu point yg sama, dan kedua-dua org tersebut walaupun berada di tempat yg sama, tp mereka tidak rapat. Aku pasti tentang itu. Yg menarik, point yg mereka sentuh itu memberi kesan kpd aku, membuatkan aku rasa mereka lebih baik dan aku patut mengikut jejak langkah mereka. Aku rasa aku telah melakukan kesalahan dan rasa rendah diri. Tidak semena-mena aku geram dgn diri sendiri. Mudah terkesan dan tiada pendirian. Kenapa aku perlu memikirkan sgt tentang apa org laen cakap? Kenapa aku x boleh jd spt sesetengah org yg x kesa dgn cakap2 org dan teruskan dgn apa yg mereka rasa dan tau baik utk mereka? Kenapa aku mesti dgr cakap org utk tau apa yg terbaik utk aku?

Itulah aku.

Aku x terkecuali buat tag tu, tp aku da delete beberapa jam lepas aku post tag tu dan tag 25 org laen. Aku x tau brapa ramai da baca. Kenapa aku delete? Itulah yg aku tgah pk skarang patot x aku bgtau sebab musababnya di sini.

Ok, aku nak kongsi salah satu sebab yg utama. Aku seorg yg serius. Walaupun aku x suka dgn kenyataan itu dan cuba sedaya-upaya utk menafikannya, aku tidak berdaya utk menipu diri aku sendiri lg. Aku cuba utk tidak kelihatan serius, tp selalunya gagal. Org tetap nampak aku serius. Yea, aku serius. Bunyi post nie pun serius, betul x?

Itulah aku.

Da byk kali aku nampak kesan sikap aku yg satu ini. Sama ada org menjauhkan diri dari aku, atau aku menjauhkan diri dari org. Byk kali org kata org takut dgn aku. Lepas tau mcm tu, aku pun x suka dgn sikap serius aku nie, tp mcm mana aku nak ubah? Dari kecil aku dididik supaya tidak terlalu bergurau. Apa2 yg kte buat kene serius.

Keluarga aku dan rakan2 aku bagaikan dua dunia berbeza. Sedaya-upaya aku cuba menyesuaikan diri. Tiada siapa yg tahu. Mcm mane aku nak katakan yg aku sgt sedih bler da ade beberapa org menjauhkan diri dari aku. Tambah2 lg aku kini sedang dalam usaha menuju arah jalan yg baru. Aku tahu jalan ini tidak hanya memerlukan kesedaran dan semangat, tp juga pengorbanan yg bukan sedikit. Ya Allah, teguhkan iman dan kuatkan hati hamba-Mu yg lemah ini.

Kerana itu aku amat menghargai kawan2 yg memahami aku, yg sabar dgn aku, yg tahu bahawa jauh di dalam diri aku, walaupun aku seorg yg serius, panas baran, sensitif, aku seorg yg masih tahu bergurau, masih tahu bergelak-ketawa, masih tahu bermanja dan ingin dimanja, masih tahu mengusik dan diusik, masih tahu menyayangi dan disayangi. Walau mungkin dalam cara dan gaya yg berbeza.

Air mata menitis lg. Dua titik. Tiga titik. Kte rindu korg.

Lg satu sbb utama akan aku simpan, kerana bila kita buat sesuatu dgn tujuan tertentu dan kita x dapat hasil yg diharapkan, maka kita akan kecewa. Itu sahaja yg boleh aku katakan.

Aku sedang keliru. Mungkin aku x patut tulis post dalam keadaan aku sedang keliru. Mungkin padah akan berulang.

Tuesday, February 10, 2009

First day of study setelah sekian lama berehat

Kenapa bler aku nak start blaja jer mesti aku akan start termenung? Lame plak tu aku pandang dinding! Mcm2 aku pk. Mase nie laa aku teringat nak buat jadual aktiviti bler balik Malaysia dan call pihak uni pasal dryer yg x dipasang balik. Aku pun kuar dari bilik, capai phone dan call uni. Ok settle. Pastu teringat semalam Kak Ham text tanye nak hadiah ape from Sarawak tp aku xde credit nak reply. Da nak balik Malaysia so aku malas nak top up. Aku call Kak Ham then die bgtau die xleh tgk PGL! Pulakk! Sbbnya xde org jage Adam. Babysitter da nak balik Indonesia on the same day! Kak Ham kate kalau antar the next day mahal sket. Ntah ape yg mahal aku x tanye plak. Tiket flight kot. Arghh! Lagi aku tension! Setelah sekian lame planning nak g dgn Kak Ham ngan Mama, alih2 Kak Ham plak xleh g! Selalu mcm nie tau! Ape2 yg aku plan terlebih awal mesti susah nak jadi kenyataan. Dari dulu lg aku ngan Kak Ham perasan pasal nie. Ktorang mmg xleh plan ape2 dgn lebey awal. Just do it on the spot! Yea laa tu kan. Mane ade sume bende bleh buat on the spot. Baru aku perasan, mungkin sbb tu laa aku lemah dari segi planning. Da tertanam dalam diri kalau aku yg plan mesti x jadi. Sbb tu aku prefer serah planning kat org laen, aku ikot jer, as long as bukan aku yg plan. Wan Ling dan Fatin, sounds familiar? Ape lg, aku pun mule laa pk bukan2. Dgn tiketnye x dapat lg.

Sabar jer laa Iynas. Ujian Tuhan. Kita hanya merancang. Mungkin ape yg aku plan adalah sesuatu yg x baek utk aku dan org2 di sekeliling aku. Dia Yang Maha Mengetahui.

Tp yg pelik mase blaja laa plg selalu aku pk mcm2. Tension tul! Plg xleh blah aku teringat laptop! Ishh! Da biase sgt blaja dgn laptop kat sbelah. Skarang nie tgah cuba nak latih diri blaja jauh dari laptop. Cewahh! Bler laptop rosak senang arr. Bler laptop da ade nanti, tgk laa camne.

Ade pk gak nak ubah cara blaja. Sbb asyik bace jer kot, tu yg senang kene distract. Kate subjek Management. Kalau buat math ke maybe laa aku focus sket.

Bertahan Iynas! Itu semua cuma gangguan semata-mata.

Target hari nie nak abeskan 2 chapter. We'll see ;-)



Sunday, February 8, 2009

Dua Puluh Dua

Sebelum apa2, HAPPY BIRTHDAY to Kak Farah! Semoga panjang umur, murah rezeki dan diberkati Allah S.W.T. selalu :-)

Honestly, deep inside in my heart, i CAN'T believe that i just turned 22! Rasenye baru semalam jer aku amek SPM, masuk INTEC dan menjadi SWEET 21. Aku rasa angka 22 sudah menjadi terlalu dewasa utk aku. More responsibility. Walaupun org kata aku matang, tp hati aku masih jiwa remaja ok! Haha. Apetah lg kat Welly nie laa aku blaja utk mencomelkan diri dan membudakkan diri aku setelah proses pembesaran aku dikelilingi oleh kematangan. Rasa masih belum puas utk menjadi seseorg yg sebaya aku. Itu akan aku hurai di lain kali.

Walaupun begitu, aku sgt bersyukur kerana telah diberi peluang oleh Allah S.W.T. utk menjadi setahun lebih tua. Pendek kata dipanjangkan umur laa. Hehe. Aku bersyukur kerana masih diberi peluang. Sesungguhnya, aku berdebar.

Tahun ini adalah pertama kali aku menyambut hari jadi di luar Malaysia, specifically New Zealand. Pernah sekali sambut hari jadi setengah hari di Malaysia dan setengah hari di tengah-tengah awan pada tahun 2007 sebab tarikh 7 Februari adalah tarikh aku dan rakan-rakan mula terbang ke negara Kiwi ini. Ketika itu aku ada angan-angan sendiri. Nak tau ape? Xpe laa, segan plak nak cakap, tp da ade beberapa org tau. Kepada yg da tau, xleh blah kan angan-angan aku tu? Haha. Siapa laa yg ade mase nak buat mcm tu tgah bz2 nak fly. Mmg angan-angan Mat Jenin jer laa. Haha. Tp bleh jgak panggil "Awan Iynas" kan mase tu? Ok, da mule mengarut. Next.

Aku ingat aku akan sedih sambut bday tahun nie tp ternyata aku salah! Out of 22, cume 5 kali aku sambut bday dgn someone extra selain family dan rakan2 tercinta. So, should be no problem kan. Aku x rase sedih sket pon. Yeay! Tahniah Iynas! Sila angkat tangan kanan anda dan tepuk bahu kiri anda! Ini satu tanda permulaan yg baik utk anda terus move on. Alhamdulillah.

Dan aku xkan capai semua itu tanpa rakan-rakan aku di sisi di Welly nie. Inilah tujuan sebenar aku tulis post nie, utk menceritakan apa yg telah berlaku sepanjang hari jadi aku.

Bermula pada malam 6 Februari 2009. Aku, Najwa dan Paah bercadang nak kuar konon2 utk Girls-Night-Out. Nak dressed up cantik2 pastu makan kat restoran n jalan2 kat city. Da lame plan nie dirancang tp sbb masing2 sibuk dgn keje, maka tergendalalah plan tersebut. Kebetulan 6 Feb tu Waitangi Day, masing2 cuti kecuali Najwa kene keje pg tu, tp malam tu die free laa, so ktorang pun nak meneruskan plan yg tergendala itu. Kali nie, nak ajak lg sorg kawan, Thila, a Malaysian yg dihantar ke sini sorg2 utk bekerja.

Aku ingat nak g Seoul House, sbb aku x penah makan kat situ, tp Paah cadang g Royal Thai kat hujung Courtenay Place. Aku pun orait jer. Honestly, x dapat teke ape2. Sampai laa ptg tu, ade seseorg telah spoilkan plan dgn menyebut tentang Royal Thai di wall Facebook aku. Org tu plak adelah lelaki. Dalam hati, "Aik? Apesal budak laki pon tau pasal Royal Thai? Ok, i sense something, haha". Dalam keadaan da dapat agak, aku berlagak cool.

Sampai waktu yg dijanjikan, aku perasan Paah dan Najwa saje2 nak bg aku masuk dulu. I've been in your position before. Haha. As expected, the guys da tunggu kat dalam restoran tu. Paah tanye aku x dapat teke ke. Ye laa, surprise bday party utk rakan2 di Welly nie da jadi mcm satu kebiasaan. Supposedly da bleh sense something, but seriously aku x dapat teke sampailah aku bukak Facebook aku. Thanx to that person :-P

Terima kasih rakan2. Kek blackforest itu sgt sedap! Aku menghadapi kesukaran utk meniup lilin. Satu dpd angka 22 tu x padam2. 22? Tidakk~

Malam tu bukan celebrate bday aku jer, tp jugak bday Se' yg jatuh pada 9 Februari. Aku rasa nama yg tertulis pada kek tu unik. Kate pon idea Poon, kalau betul laa, hehe.

Da lame x makan whole fish. Sweet sour plak tuh. Teringat kat Malaysia selalu makan ikan sweet sour kat restoran Thai kat Damansara Uptown tu, apetah nama die. Aisey, x ingat plak. Baru setaun x balik Malaysia. Haha. Aku share dgn Najwa, tp akhirnya Najwa blanjer. Terima kasih Najwa!

Mase nak balik tu Jack bg satu bungkusan hadiah yg BESAR! Wahh, seronok2! Nak tau ape die?

Tadaaaaaaaaaaa!!!!!!!!!



Lupe nak amek gambar mase hadiah tu masih berbalut. Ape xnye, EXCITED! X sabar nak bukak hadiah. I LOVE THE PRESENT! Thank you so much to Jack, Paah, Najwa and Thila! Malam tu, haruslah explore kan, dan terus guna. Aku suke alarm clock die coz ade bunyi2 nature. Jugak x perlu lg nak dgr radio through internet coz da ade radio sendiri!

Pg esoknya, iaitu 7 Februari, Paah masakkan nasi lemak dgn santan kaw2 punye! Sampai tertido! Sambalmu sedap! Best2! Terima kasih Paah!

Petang tu aku tertipu dgn text dpd Syaz. Mase tu tgah tgk cite hindustan dgn Najwa dan Paah. That reminds me, aku blom lg gune text rental free dari Civic. Hari tu pegi xde cite best lg. End up sewa beberapa filem hindustan dan cite2 seram . Back to the story, tanpa memikirkan apa2, aku pun pegi jumpe die. Aku x pelik bler die kate nak jumpe kat Kelburn Park sbb umah die kat 244, so convenient jer nak jumpe kat tgah2 antara umah aku dan die kan. Sampai jer kat sane tgah jalan2 dgn Syaz ternampak kepala Aju dari balik pokok! Haha! Mimi pon ade skali. Dorg nyanyi lagu bday utk aku dan ktorang pun picnic kat tgah2 park tu. Dorg bawak aiskrim Hokey Pokey, roti, jajan Bluebird dan plg penting, siap bawak gelas dan sudu! Sweetnye kamu semua. Terharu sungguh! Terima kasih the SAMS!



Ouh yea, mase tgah picnic tu jgak, aku terima panggilan dari Nad. Nad, Daus dan Kak Mun nyanyi lagu bday utk aku sekali dgn Syaz, Mimi dan Aju yg nyanyi utk kali kedua. Terima kasih Nad, Daus dan Kak Mun!

Aku jgak nak ucap berbanyak terima kasih kpd Shaza atas post yg dituju khas buat aku. Yg paling istimewa ttg post itu adalah gambar2 Adam Imran yg diambil sendiri oleh Shaza sbb die g umah aku! Dear, aku x tau nak cakap mcm mane lg betapa aku terharu dgn kamu. Read here.

Terima kasih semuanya. For the wish through facebook, texts, ym, calls, blogs, in-person, everything! For the celebrations and the presents. X tau nak cakap ape lg. U all made my day! Semoga Allah merahmati kita semua :-)

Gambar2 laen aku tgah tunggu org laen upload. Hehe.

Thanks to u, for calling me and sang the birthday song to me, when i least expected it.

Wednesday, February 4, 2009

Apa salahnya baca post panjang utk muhasabah diri

Aku dapat satu email, tajuknya "Mengapa Yahudi Bijak?" dan tertulis bahawa ia berdasarkan kisah benar. Aku tertarik utk membaca lebey lanjut.

Email tersebut sgt panjang. Aku percaya da ade beberapa org yg menerima email yg same, cume aku nak sentuh 3 perkara yg memberi kesan kpd aku.

Berikut adalah sedutan email tersebut:

Based on true story...

Mengapa Yahudi Bijak?

Setelah berada 3 tahun di Israel kerana menjalani housemansh ip dibeberapa hospital disana, ada beberapa perkara yang menarik dapat saya perhatikan untuk dijadikan tesis ini, iaitu “Mengapa Yahudi Bijak?”. Memang tidak dapat dinafikan ramai cendikiawan berbangsa Yahudi, dari segala bidang, Engineering, musik, saintis dan yang paling hebat ialah bidang perniagaan, dimana ia memang paling tersohor. Hampir 70% perniagaan di dunia dikuasai oleh kaum Yahudi, dari kosmetik, pakaian, pemakanan, senjata, perhotelan, perfileman diHollywood dan sebagainya.

Ketika tahun kedua, akhir bulan December 1980 dan sedang saya menghitung hari untuk pulang ke California saya terfikir apakah sebab nya kaum Yahudi begitu pintar? Kenapa tuhan memberi kelebihan kepada mereka? Apakah ini suatu kebetulan? Atau olah manusia sendiri? Adakah bijak boleh dijana? Seperti kilang pengeluaran?

Maka saya pon tergerak membuat tesis untuk Phd saya, disamping kebaikan untuk umat sejagat dan dapat hidup secara harmoni. Untuk pengetahuan anda tesis yang saya lakukan ini mengambil masa hampir lapan tahun, ini kerana untuk mengumpulkan data-data yang setepat mungkin.

Antara data-data yang saya kumpulkan ialah pemakanan, adat resam, ugama, persiapan awal untuk melahirkan zuriat dan sebagainya dan data data tadi saya cuba bandingkan dengan bangsa dan kaum kaum lain.

Marilah kita mulakan dengan persiapan awal melahirkan zuriat. (I skip this part)

Seperkara lagi yang saya perhatikan ialah pemakanan beliau, sejak awal mengandung beliau gemar sekali memakan kacang badam dan korma bersama susu , dan untuk tengah hari makan utama beliau ialah roti dan ikan tanpa kepala bersama salad yang digaul dengan badam dan berbagai jenis kekacang, menurut beliau daging ikan sungguh baik untuk perkembangan otak dan kepala ikan mengandungi kimia yang tidak baik yang dapat merosakkan pengembangan dan penumbuhan otak anak didalam kandungan. menurut beliau ini adalah adat orang orang yahudi ketika mengandung dan ianya menjadi semacam kewajipan untuk ibu ibu yang sedang mengandung mengambil pil minyak ikan.

Ketika saya diundang untuk makan malam bersama orang orang Yahudi, perkara pertama yang saya perhatikan ialah menu mereka. Setiap undangan yg sama perhatikan ialah mereka gemar sekali memakan ikan (hanya isi atau fillet) dan biasanya daging tidak akan ada bersama dimeja jika ada ikan, menurut mereka, campuran daging dan ikan tak elok dimakan bersama. Salad dan kacang adalah suatu kemestian, terutama badam.

Seperkara yang pelik ialah mereka akan memakan buah buahan dahulu sebelum memakan hidangan utama (rasenye da ramai tau yg nie). Jangan terperanjat jika anda diundang kerumah Yahudi anda akan dihidangkan buah buahan dahulu. Menurut mereka, dengan memakan hidangan kabohidrat (nasi atau roti) dahulu kemudian buah buahan, ini akan menyebabkan kita merasa ngantuk dan lemah dan payah untuk memahami pelajaran disekolah.

Di Israel, merokok adalah taboo, apabila anda diundang makan dirumah Yahudi, jangan sekali kali merokok, dan tanpa malu mereka akan menyuruh anda keluar dari rumah mereka dam merokok diluar rumah mereka. Menurut saintis di Universiti Israel, siasatan menunjukkan nikotin dapat merosakkan sel utama pada otak manusia dan akan melekat pada genes, ini bermakna
keturunan perokok bakal membawa generasi yg cacat otak ( bodoh atau lembab). Suatu penemuan yg dahsyat ditemui oleh saintis yg mendalami bidang genes dan DNA. Para perokok harap ambil perhatian. (Ironi nya, pemilik pengeluar rokok terbesar adalah …… tekalah sendiri..!!

Pernahkah anda melihat cara orang Yahudi melakukan ibadah mereka? Salah satu caranya ialah dengan menggoyangkan kepala mereka, menurut mereka ini dapat mengaktifkan otak mereka dan menambahkan oksijan dikepala, banyak ugama lain di Timur Tengah, seperti Islam juga ada menyuruh umatnya menunduk atau menggoyangkan kepala, ini guna dapat mensimulasikan otak kita supaya bertambah aktif. Lihat orang orang Jepun, mereka sering menunduk nundukkan kepala dan ianya sebagai adat. Ramai orang orang Jepun yg pandai? Adakah ianya sebagai kebetulan? Kegemaran mereka ialah sushi (ikan mentah). Adakah ini kebetulan? Fikirkanlah!

Kesimpulanya, pada teori saya, melahirkan anak dan keturunan yg bijak boleh dilaksanakan dan tentunya bukan semalaman, ianya memerlukan masa, beberapa jenerasi mungkin? Persiapan awal adalah ketika sang ibu mengandung, galakkanlah siibu melakukan latihan metamatik yg mudah tetapi konsisten disamping mendengar musik klasik. Seterusnya ubahlah cara pemakanan, makanlah makanan yg elok dan berhasiat yg baik untuk otak, menghayati musik sejak kecil adalah baik sekali untuk penumbuhan otak kanak kanak, dengan bermain piano dan violin sudah tentu dapat melatih anak anak mencerdaskan otak mereka demikian juga sukan yg memerlukan konsetrasi yg tinggi, seperti memanah, bola keranjang, dart dan menembak.

Merokok menjanjikan jenerasi yg moron (goblok) dan sudah tentu genes bodoh akan mengikut ke jenerasi siperokok. Lawatan saya ke Singapore pada tahun 2005 amat memeranjatkan sekali, disini perokok seperti dianak tirikan dan begitu susah sekali untuk perokok dan anda tahu berapa harga sekotak rokok? US$ 7 !!! ini bersamaan perbelanjaan sehari untuk makan anda!! Saya puji sekali sikap pemerintah Singapore dan menkjubkan sekali!!! dan seperti Israel ianya begitu taboo dan cara pentadbiran dan segi pembelajaran mereka hampir serupa dengan Israel, maka itu saya lihat banyak institusi pelajaran mereka bertaraf dunia walaupon hakikat nya negeri Singapore hanyalah sebuah pulau sebesar Manhattan!!
Align Center
Anda mungkin muskil, benarkah merokok dapat melahirkan jenerasi goblok, saya telah menemui beberapa bukti menyokong teori ini. Lihat saja Indonesia, jika anda ke Jakarta, dimana saja anda berada, dari restoran, teater, kebun bunga hingga kemusium hidung anda akan segera terbau asak rokok! Dan harga rokok? Cuma US$ .70cts !!! dan hasilnya? Dengan penduduknya berjumlah jutaan orang berapa banyak kah universiti terdapat disana? Hasil apakah yg dapat dibanggakan? Teknologi? Jauh sekali. Adakah mereka dapat berbahasa selain dari bahasa mereka sendiri? Mengapa mereka begitu sukar sekali menguasai bahasa Inggeris? Ditangga berapakah kedudukan mereka di pertandingan metamatik sedunia? Adakah ini bukan akibat merokok? Anda fikirlah sendiri.

Di tesis saya ini, saya tidak akan menimbulkan soal ugama atau bangsa, adakah Yahudi itu zalim sehingga diusir dari semenjak zaman Paraoh hingga ke Hitler, bagi saya itu isu politik dan survival, yg ingin saya ketengahkan ialah, mampu kah kita dapat melahirkan jenerasi yg bijak seperti Yahudi? Jawabanya ialah mungkin dan tidak mustahil dan ianya memerlukan perubahan, dari segi pemakanan dan cara mendididik anak dan saya kira hanya memerlukan 3 jenerasi sahaja. Ini dapat saya lihat sendiri tentang cucu saya, ini setelah saya mengajar anak saya melalui program yg telah saya nyatakan diatas tadi, pada umur 9 tahun (cucu saya) dia dapat menulis esay sepanjang 5 mukasurat penuh. Esay nya hanyalah mengenai Mengapa saya gemarkan tomato!

Selamat sejahtera dan semuga kita dapat melahirkan manusia yg bijak dan bersifat mulia untuk kebaikan manusia sejagat tanpa mengenal batasan bangsa.

Dr. Stephen Carr Leon


3 perkara yg aku nak sentuh dalam email di atas adalah mengenai PEMAKANAN+ROKOK+TUNDUK.

Honestly, dari segi pemakanan, aku rasa spt baru dikejutkan dari mimpi. Kalau apa yg ditulis ini benar, betapa kaum yahudi sebenarnya mengikuti amalan Rasulullah S.A.W. lebih dpd org Islam sendiri.
Ikan dan daging tak elok dimakan bersama. Aku teringat Baba, lalu aku google tentang cara pemakanan Rasulullah S.A.W., dan artikel ini adalah antara yg aku jumpa:

Menu Makanan Cara Rasulullah S.A.W.:

JENIS MAKANAN
Rupanya tanpa kita sadari, dalam makanan yang kita makan sehari-hari, kita tak boleh sembarangan. Hal inilah penyebab terjadinya berbagai penyakit antara lain penyakit kencing manis, lumpuh, sakit jantung, keracunan makanan dan lain2 penyakit.

Jangan makan SUSU bersama DAGING
Jangan makan DAGING bersama IKAN
Jangan makan IKAN bersama SUSU
Jangan makan AYAM bersama SUSU
Jangan makan IKAN bersama TELUR
Jangan makan IKAN bersama DAUN SALAD
Jangan makan SUSU bersama CUKA
Jangan makan BUAH bersama SUSU CTH :- KOKTEL & YOGHURT


CARA MAKAN

* JANGAN MAKAN BUAH SETELAH MAKAN NASI , SEBALIKNYA MAKANLAH BUAH TERLEBIH DAHULU, BARU MAKAN NASI.
* TIDUR 1 JAM SETELAH MAKAN TENGAH HARI.
* JANGAN SESEKALI TINGGAL UNTUK MAKAN MALAM . BARANG SIAPA YG TINGGAL UNTUK MAKAN MALAM DIA AKAN DIMAKAN USIA DAN KOLESTEROL DALAM BADAN AKAN BERGANDA. (maksudnya, jangan makan malam)

* Kurangi makan makanan darat bercampur dengan makanan laut. Nabi pernah mencegah kita makan ikan bersama susu. karena akan cepat mendapat penyakit. Ini terbukti oleh ilmuwan yang menemukan bahwa dalam daging ayam mengandung ion+ sedangkan dalam ikan mengandung ion-, jika dalam makanan kita ayam bercampur dengan ikan maka akan terjadi reaksi biokimia yang akan dapat merusak usus kita.

kita menjaga kesehatan spt membuat amalan antara lain:
* Mandi Pagi sebelum subuh, sekurang kurangnya sejam sebelum matahari terbit. Air sejuk yang meresap kedalam badan dapat mengurangi penimbunan lemak. Kita boleh saksikan orang yang mandi pagi kebanyakan badan tak gemuk.

* minum segelas air sejuk (bukan air es) setiap pagi. Mujarabnya Insya Allah jauh dari penyakit (susah mendapat sakit).
* Waktu sembahyang subuh disunatkan kita bertafakur (yaitu sujud sekurang kurangnya semenit setelah membaca doa). Tafakur sesaat seperti 70 tahun ibadah nilainya.
* Kita akan terhindar dari sakit kepala atau migrain. Ini terbukti oleh para ilmuwan yang membuat kajian kenapa dalam sehari perlu kita sujud. Ahli-ahli sains telah menemui beberapa milimeter ruang udara dalam saluran darah di kepala yg tidak dipenuhi darah. Dengan bersujud maka darah akan mengalir keruang tersebut.
* Nabi Sallallahu ‘Alaihi Wasalam juga mengajar kita makan dengan tangan dan bila habis hendaklah menjilat jari. Begitu juga ahli saintis telah menemukan bahwa enzyme banyak terkandung di celah jari jari, yaitu 10 kali ganda terdapat dalam air liur. (enzyme sejenis alat percerna makanan)


* SUNAH CARA MAKAN MENURUT NABI Sallallahu ‘Alaihi Wasalam :
1. Makan garam secuil sebelum makan untuk menolak 70 macam penyakit, dan ambil lagi secuil dengan jari manis tangan kanan setelah makan. Makanlah dengan tangan kanan tanpa sendok. Sebaiknya kita yang menunggu makanan dan bukan makanan yang menunggu.
2. Berdoa sebelum dan setelah makan. Cuci tangan. Dan minum dengan memegang gelas dengan tangan kanan, meskipun tangan tersebut bekas kuah.
3. Duduk dibawah, bukan di bangku dan dimulai dari pinggir dan terakhir ketengah. Baik sekali makan berjamaah bersama keluarga, maupun teman. Seperti ketika haji atau buka puasa bersama di Masjid dalam satu nampan bisa untuk empat orang.
4. Jangan sisakan sebutir nasipun, karena nasi ini berdzikir.



Pengajaran yg aku dapat:
  • baru aku faham kenapa Baba tak suka campur makan daging dgn ikan
  • aku tak suka makan kepala ikan, tapi orang Malaysia suka makan kari kepala ikan
  • aku suka makan nasi+sardin+telur, atau roti+telur+ikan filllet, tp skarang aku tau tak bagus
  • aku selalu jilat jari lepas makan, aku ingat buat macam tu depan org tak senonoh, rupa-rupanya Rasulullah pun buat macam tu
  • elakkan makan koktel dan yoghurt yg aku sangka menyihatkan
  • patutlah rakyat Malaysia byk mengidap penyakit
  • aku sbg umat Islam sendiri tak mengikut saranan Rasulullah S.A.W., sedangkan kaum yahudi laknatullah yg kita semua bencikan kezalimannya itu yg mengikutnya. Rasa tamparan pedas sungguh!

Rokok plak da terbukti membahayakan diri. Kalau mengikut logik akal manusia, kalau da tau sesuatu benda itu membahayakan diri, secara automatik kita akan cuba utk mengelakkannya. Memang susah, kalau tidak, isu dadah dan rokok mesti da xde skarang. Kpd sape2 yg baru2 cube nak merokok tu, tlg laa elakkan. Dari satu segi mcm mane org yg ketagih rokok nak berenti merokok kalau harga rokok di Malaysia masih affordable? Daripada nak berenti terus x jadi sbb tergoda dgn harga rokok sedemikian rupa. Lepas tu bleh plak kat airport ade jual rokok murah, beli sampai berkotak-kotak. Ouh lupe, pihak atasan di bahagian kerajaan pun kuat merokok. It explains everything then kenapa Malaysia susah nak ikot cara kerajaan Singapore. Ade kaum kerabat org atasan atau pihak kerajaan baca blog aku? Seriously, aku x takot.

Pasal tunduk plak. Umat Islam da diwajibkan TUNDUK dan PATUH pada Allah S.W.T. 17 kali sehari. Utk apa?

Renung-renungkan.

Ini sajalah yg dapat aku kupas sedikit-sebanyak. Kalau ade sape2 nak tambah sgt dialu-alukan. Aku pun x sempurna. Tp sama-samalah kita bermuhasabah diri, semoga hidup kita lebih dirahmati oleh-Nya.


Sape2 nak full version of this email. Sila roger.

Sunday, February 1, 2009

Dalam kesibukan kita dikelilingi keseronokan dunia, ambillah sedikit masa untuk menginsafi diri dengan mengingati MATI


TANDA-TANDA KEMATIAN UNTUK ORANG ISLAM

Adapun tanda-tanda kematian mengikut ulamak adalah benar dan ujud cuma amalan dan ketakwaan kita sahaja yang akan dapat membezakan kepekaan kita kepada tanda-tanda ini.

Rasulallah SAW diriwayatkan masih mampu memperlihat dan menceritakan kepada keluarga dan sahabat secara lansung akan kesukaran menghadapi sakaratulmaut dari awal hinggalah akhirnya hayat Baginda.


Imam Ghazali rahimahullah diriwayatkan memperolehi tanda-tanda ini sehinggakan beliau mampu menyediakan dirinya untuk menghadapi sakaratulmaut secara sendirian. Beliau menyediakan dirinya dengan segala persiapan termasuk mandinya, wuduknya serta kafannya sekali cuma ketika sampai bahagian tubuh dan kepala sahaja beliau telah memanggil abangnya iaitu Imam Ahmad Ibnu Hambal untuk menyambung tugas tersebut. Beliau wafat ketika Imam Ahmad bersedia untuk mengkafankan bahagian mukanya.


Adapun riwayat -riwayat ini memperlihatkan kepada kita sesungguhnya Allah SWT tidak pernah berlaku zalim kepada hambanya. Tanda-tanda yang diberikan adalah untuk menjadikan kita umat Islam supaya dapat bertaubat dan bersedia dalam perjalanan menghadap Allah SWT.


Walaubagaimanapun semua tanda-tanda ini akan berlaku kepada orang-orang Islam sahaja manakala orang-orang kafir iaitu orang yang menyekutukan Allah nyawa mereka ini akan terus di rentap tanpa sebarang peringatan sesuai dengan kekufuran mereka kepada Allah SWT.


Adapun tanda-tanda ini terbahagi kepada beberapa keadaan :


Tanda 100 hari sebelum hari mati:

Ini adalah tanda pertama dari Allah SWT kepada hambanya dan hanya akan disedari oleh mereka-mereka yang dikehendakinya. Walaubagaimanapun semua orang Islam akan mendapat tanda ini cuma samada mereka sedar atau tidak sahaja.

Tanda ini akan berlaku lazimnya selepas waktu Asar. Seluruh tubuh iaitu dari hujung rambut sehingga ke hujung kaki akan mengalami getaran atau seakan-akan mengigil.Contohnya seperti daging lembu yang baru disembelih dimana jika diperhatikan dengan teliti kita akan mendapati daging tersebut seakan-akan bergetar.

Tanda ini rasanya lazat dan bagi mereka sedar dan berdetik di hati bahawa mungkin ini adalah tanda mati maka getaran ini akan berhenti dan hilang setelah kita sedar akan kehadiran tanda ini. Bagi mereka yang tidak diberi kesedaran atau mereka yang hanyut dengan kenikmatan tanpa memikirkan soal kematian, tanda ini akan lenyap begitu sahaja tanpa sebarang munafaat.

Bagi yang sedar dengan kehadiran tanda ini maka ini adalah peluang terbaik untuk memunafaatkan masa yang ada untuk mempersiapkan diri dengan amalan dan urusan yang akan dibawa atau ditinggalkan sesudah mati.


Tanda 40 hari sebelum hari mati

Tanda ini juga akan berlaku sesudah waktu Asar. Bahagian pusat kita akan berdenyut-denyut. Pada ketika ini daun yang tertulis nama kita akan gugur dari pokok yang letaknya di atas Arash Allah SWT. Maka malaikatmaut akan mengambil daun tersebut dan mula membuat persediaannya ke atas kita antaranya ialah ia akan mula mengikuti kita sepanjang masa.

Akan terjadi malaikat maut ini akan memperlihatkan wajahnya sekilas lalu dan jika ini terjadi, mereka yang terpilih ini akan merasakan seakan-akan bingung seketika. Adapun malaikatmaut ini wujudnya cuma seorang tetapi kuasanya untuk mencabut nyawa adalah bersamaan dengan jumlah nyawa yang akan dicabutnya.


Tanda 7 hari

Adapun tanda ini akan diberikan hanya kepada mereka yang diuji dengan musibah kesakitan di mana orang sakit yang tidak makan secara tiba-tiba ianya berselera untuk makan.


Tanda 3 hari

Pada ketika ini akan terasa denyutan di bahagian tengah dahi kita iaitu diantara dahi kanan dan kiri. Jika tanda ini dapat dikesan maka berpuasalah kita selepas itu supaya perut kita tidak mengandungi banyak najis dan ini akan memudahkan urusan orang yang akan memandikan kita nanti.

Ketika ini juga mata hitam kita tidak akan bersinar lagi dan bagi orang yang sakit hidungnya akan perlahan-lahan jatuh dan ini dapat dikesan jika kita melihatnya dari bahagian sisi. Telinganya akan layu dimana bahagian hujungnya akan beransur-ansur masuk ke dalam. Telapak kakinya yang terlunjur akan perlahan-lahan jatuh ke depan dan sukar ditegakkan.


Tanda 1 hari

Akan berlaku sesudah waktu Asar di mana kita akan merasakan satu denyutan di sebelah belakang iaitu di kawasan ubun-ubun di mana ini menandakan kita tidak akan sempat untuk menemui waktu Asar keesokan harinya.


Tanda akhir

Akan berlaku keadaan di mana kita akan merasakan satu keadaan sejuk di bahagian pusat dan ianya akan turun ke pinggang dan seterusnya akan naik ke bahagian halkum.

Ketika ini hendaklah kita terus mengucap kalimah syahadah dan berdiam diri dan menantikan kedatangan malaikat maut untuk menjemput kita kembali kepada Allah SWT yang telah menghidupkan kita dan sekarang akan mematikan pula.


PENUTUP

Sesungguhnya marilah kita bertaqwa dan berdoa kepada Allah SWT semuga kita adalah di antara orang-orang yang yang dipilih oleh Allah yang akan diberi kesedaran untuk peka terhadap tanda-tanda mati ini semoga kita dapat membuat persiapan terakhir dalam usaha memohon keampunan samada dari Allah SWT mahupun dari manusia sendiri dari segala dosa dan urusan hutang piutang kita.

Walaubagaimanapun sesuai dengan sifat Allah SWT yang maha berkuasa lagi pemurah lagi maha mengasihani maka diriwatkan bahawa tarikh mati seseorang manusia itu masih boleh diubah dengan amalan doa iaitu samada doa dari kita sendiri ataupun doa dari orang lain. Namun ianya adalah ketentuan Allah SWT semata-mata.


Oleh itu marilah kita bersama-sama berusaha dan berdoa semuga kita diberi hidayah dan petunjuk oleh Allah SWT serta kelapangan masa dan kesihatan tubuh badan dan juga fikiran dalam usaha kita untuk mencari keredhaan Allah SWT samada di dunia mahupun akhirat.


Apa yang baik dan benar itu datangnya dari Allah SWT dan apa yang salah dan silap itu adalah dari kelemahan manusia itu sendiri.



Sekadar berkongsi, amalkanlah membaca surah Al-Mulk sebelum tidur seperti mana yg diamalkan oleh Rasulullah S.A.W. Dengan izin Allah S.W.T. semoga kita semua mendapat keringanan azab kubur kelak, wallahualam.


"Orang yang bijak dikalangan kamu adalah orang selalu yang mengingati mati & bersedia menghadapinya - Rasulullah S.A.W."