Wednesday, December 31, 2008

Setahun Aku

Lg beberape jam 2008 akan melabuhkan tirai dan 2009 bersedia utk membuka tirai baru. Masih kosong dan putih. Tiada siapa tahu gabungan warna apa yg akan dicorakkan.

Secara jujur, aku tiada perasaan langsung dgn tahun baru, apetah lg utk menyambutnya. Tulis blog pasal nie pon just for the record of this blog. Ouh, did i mention that this is my very 1st New Year outside Malaysia? Mungkin itu laa sbb aku xde perasaan nak sambut. Selalu kalau kat Taman Tun, berdentum-dentam bunga api sekeliling rumah dari due tige tempat. Tgk dgn anak2 buah. Pastu tv plak berlumba-lumba siarkan konsert tahun baru. Masing2 nak tunjuk power jemput artis ternama utk menarik penonton. Tu kire aku sambut tahun baru ke? Mcm x jer kan. Cume ade laa perasaan tu. Skarang? None.

Tp kat sini pon ade bunga api. Ade celebration. Kalau nak, bleh jer g sambut kat city tu. Ouh yea, dkat tv hari nie ade Shrek 2. Ahh, tgk sorg2 buat ape.

Lgpon aku da sematkan azam baru dalam hati aku, dan sempena Maal Hijrah tempoh hari, aku kuatkan lg azam tu. Insya-Allah, aku harap, segala-galanya berjalan dgn lancar. Aku tidak mintak sempurna, kerana tiada apa yg sempurna kecuali Dia. Ketika ini pon, aku masih bertatih. Doa dan pintaku agar aku kuat melawan segala cabaran yg menghalang aku utk berjalan, dan kemudian terus berlari di satu jalan yg lurus, tanpa menoleh ke belakang lg.

Rakan2, jika ada salah silap dari pihak aku, minta jgn segan silu menegur utk kebaikan aku.

Jika ada yg tertanya-tanya tentang sepi dan diam aku kebelakangan ini, sesungguhnya aku tiada jawapan yg bernas utk itu.

Spt kebanyakan org laen, telah byk yg berlaku selama setahun ini. Cuma bezanya gabungan warna yg mewarnai setahun seseorg itu. Utk aku, setahun aku telah byk dicalit oleh warna2 gelap. Corak2 yg memeningkan dan bersimpang-siur. Sudah tentu ada perkara2 yg berlaku spjg setahun aku yg menjadi titik tolak kepada siapa aku sekarang. Peristiwa2 yg mencatat sejarah penting dalam kamus hidup aku.

Kehilangan.

"People Always Leave" (Peyton, One Tree Hill)

Tidak perlu aku huraikan dgn panjang lebar. Cukuplah org di sekeliling aku tahu apa yg berlaku.

Cuma satu, aku tidak akan lupakan sampai bila2. Ia adalah salah satu peristiwa terpenting yg berlaku sepanjang setahun aku. Aku hampir kehilangan kawan2 yg aku sayang. Semua kerana silap aku sendiri. Alhamdulillah, aku mendapatnya semula, dan itu adalah hadiah yg paling bernilai buat aku. Terima kasih sahabat. U know who u are.

Oleh itu tiada apa2 berlaku pada tahun baru, kecuali satu. Ketibaan 'teman istemewa' baru aku. Aku masih sedang mengenalinya dgn lebey dekat.


Friday, December 26, 2008

Bersendirian?

Akhirnye, kene tinggal jue. Bersama 'kakak' 2 org di rumah besar ini.

Petang semalam antar Nad, Daus dan Mimi. Serentak. Sekaligus.

Balik jer, kakak 2 org tu pon xde. Huhu. Literally mmg tinggal sorg2 kat rumah nie.

Suasana yg kubayangkan suatu ketika dulu telah pon terjadi. As usual, aku mmg da get prepared. Aku pasrah. Aku redha (buat cite sedey laa plak kan) tp siape tau, berdasarkan ape yg baru sahaja terjadi, disebabkan aku get prepared terlalu awal, aku pasti akan merasakan kesannya juge. Malah mungkin lebey teruk.

Hopefully x jadi macam tu laa. Lg seminggu Paah n Najwa balik. In the mean time, aku da rangka beberapa program utk diri aku, selain dpd memerap dalam bilik dan melayan cite online spt yg biase aku buat. Jgn dilupakan presentation yg bakal berlangsung sebaik shj bukak skola.

Yg plg penting, aku dgn sabarnya sedang menanti ketibaan sesuatu. Sesuatu yg akan aku tumpahkan segala jiwa raga dan kasih sayang aku padanya. My new love. Jgn sesiapa ganggu 'si dia'. Ini bukan cite sedey yg dibuat-buat utk menagih simpati.

Akan ku jadikannya 'teman istimewa' baru aku.

Tp kan, ok gak, bler lagi nak merasa rumah besar milik daku seorg. Rase spt org kaya baru pule. Wahaha!


Nota lari dari tajuk: Jikalau benar bagai dikata, tahniah in advanced saya ucapkan kpd kalian berdua.


Wednesday, December 24, 2008

Alhamdulillah, syukur ke hadrat Ilahi

Macam nak buat ucapan ape jer, but seriously, aku rasa sangat bersyukur. Tak bermakna aku sgt bersyukur skarang, sebelom nie aku x bersyukur. Takpe laa, xde org perlu tau ape2. Cume aku nak express rase kesyukuran aku atas sesuatu kat blog nie. Yg penting, kte mesti selalu rase bersyukur atas nikmat yg Allah kurniakan kpd kte.

Sempena Hari Krismas di NZ nie, walaupun x sambut, dapat jugak hadiah. Terima kasih kpd keje cleaner saye, dapat hadiah chocolate. Best2! Dapat due plak tu! Siap ade org jeles! Muahahahaha! Satu chocolate dpt dari bos cleaning company. Sume cleaner under the same company dpt chocolate nie.

Inilah chocolate pertama yg saye dapat.



Chocolate kedua plak dapat dari one of the four departments yg saye bersihkan. Naseb baek perasan, sbb office tu mesti laa da xde org.

Inilah chocolate kedua. Siap ade card utk "The Cleaner" lg. Sungguh terharu hati ini. Baek sungguh department tu.


Ade org jeles dgn hadiah chocolate kedua nie, sbb die yg tunggu2, aku yg dapat. Muahaha!

Alhamdulillah.


Mulai besok tinggallah aku keseorangan di rumah besar ini.

Thursday, December 18, 2008

Zaman itu

Selalu kan, bler tgk kasut2 atau selipar2 tersusun kemas kat luar pintu bilik atau rumah, teringat mase zaman dok sebulan kat Kolej Matrikulasi Pulau Pinang (KMPP). Mase tu, rase bangga pon ade jgak dapat roommate yg sekepala.

Bukan ade ape pon, cume bler setiap kali balik bilik ktorang, kasut2 dan selipar2 ktorang laa yg paling tersusun kemas skali kat tingkat 2 tu berbanding dgn bilik org laen yg kasut2 dan selipar2 bersepah dan tunggang-langgang depan pintu. Even balik dari toilet pon, letak selipar elok2. Nampak cantik, kemas dan tersusun. Haih, rindu roommates ku di KMPP. Setiap kali balik Malaysia, aku xkan lupe msg dorg, walaupun da x jumpe lepas aku dapat tawaran masuk INTEC. Pertama kali berjauhan dari rumah, pertama kali aku dapat merasakan dapat roommates yg sgt BEST. Dan kalau nak tau, dua dpd mereka adalah org Kelantan. Mmg laa kalau dorg jumpe org2 Kelantan gak, kecek Kelate jer memanjang, tp aku join2 gak. Dorg pon ajar aku sket2 kecek Kelate, tp lupe da. Haha.

Aku cite x yg aku nangis bler nak kuar dari KMPP. Padahal sebulan jer dok situ. Even dok setaun stengah kat INTEC aku x nangis pon. Huahua. Penangan di KMPP mmg masyuk. Sampai bebiler aku xkan lupe kenangan di KMPP. Di sana aku belajar maen skuasy buat kali pertama. Di sana jgak aku bleh praktik skill kawad aku. Gembira sgt2 dapat masuk pasukan kawad kaki lepas kuar dari SMKTTDI yg terkenal dgn KRS. Di sana jugak aku blaja istilah outing , dari kawasan kampung, naek bas ke bandar. Gembira x terkata dapat g outing. Ahh, sebulan yg sgt bermakna. Tiada sorg pon budak Taman Tun masuk situ. Memule mmg sedey, tp akhirnye aku menjadi diriku, buat kawan baru dan aku kenal sape kawan2 aku. Yeah, walaupun sebulan itu sgt singkat dan aku x tau ape akan jadi kalau aku dok sane lebey lame, tp aku bersyukur kerana kesingkatan masa itu, aku menghargai saat2 itu. Aku masih ingat kawan2 aku kat sane. Rommates, kawan praktikum and even kawan sekelas. Cikgu praktikum dan cikgu kelas aku. Even kalau terjumpe kawan2 kat memane, ktorang still tego.


Ahh, zaman itu. Aku rindu.


Wednesday, December 17, 2008

Aku Lebih Tahu

Hai, lembap plak internet malam nie. Nak letak lagu nie jer.


Aku Lebih Tahu - Mila

Kebelakangan nie aku ske replay lagu nie berulang-ulang kali. Sedap jugak suara Mila dgn lagu nie. Huhu.

Lg satu journal. Yoshh~

Tuesday, December 16, 2008

SPA Q 2

Yes!! It's back!! Yeehaaa~

So skarang tiap2 minggu akan tunggu utk ikot cite2 nie:
  • Mertua vs Menantu
  • Awan Dania
  • Rona Roni Makaroni
  • Sehati Berdansa
  • Spa Q 2
  • Heroes
  • One Tree Hill (be back on 5th of Jan)
Itu belom termasuk senarai drama-drama melayu yg laen. Kalau ade movie baru atau lame yg org baru upload, layan jer. Contoh, Bintang Hati. X best mane pon, tp tgk gak sampai abes. Ish2.

Haih, bler currency nak turun balik nieh. X sabar da nieh.

Better today

Hari nie ade tutorial MGMT101. Aku pergi spt biase, cume lebey awal. Tutor kali nie agak strict. Kalau lambat 3 minit xleh masuk coz akan ganggu group yg tgah buat presentation. Tutorial session is 2 hours, so ade 2 group akan present. Aku group last, yg ke-4. Ade baik dan buruk. Baik adelah aku present lepas cuti, so lg byk mase nak prepare. Kalau kene prepare skarang, mmg x menang tgn laa. Dgn journal lg, keje lg. Buruknye adelah, group yg terakhir adalah paling susah utk diberi markah. Tutor yg comel tp strict tu da warning awal2. Sbbnye group last da tgk mcm mane group 1 dan 2 present. So we are expected to be better.

Back to the story. Sebelum pegi tutorial, aku x bace lg case study sbb textbook aku 2nd edition. Skarang gune 3rd edition, case study laen sket. Naseb baek isi-isi chapters sume sebijik. Disebabkan pegi awal, aku amek kesempatan bace textbook org sbelah. At least aku bleh ready jawab ape2 soalan, pastu dapat participation marks. Tu yg penting sbenarnye. Haha. Semua berjalan lancar, after one hour, giliran 2nd group plak utk present.

Sudah semestinye aku x bace jgak case study utk 2nd presentation nie. Pastu mase one of the group members buat introduction, die mention tajuk case study, "Malaysia's Multimedia Super Corridor". Aku terus menegakkan kepala. Eh, pasal Malaysia ke? Wah, bangga jap nieh. Da laa dalam group tutorial tu aku sorg jer Malaysian. Mase group tu tgah terangkan pasal all the theories, aku curik2 pandang textbook kawan sebelah, tp x brape nampak. Sampailah mase utk case study, group tu tulis soalan2 kat whiteboard. Naseb baek group tu bg peluang beberapa minit utk bace case study tu balik.

Yg menarik perhatian aku adalah soalan pertama, "Who launched the Malaysia's MSC?". Dalam textbook tertulis nama Dr. Mahathir Mohamad. So sebaik saje group tu tanye soalan tu, aku pon jawab dgn sepantas kilat dgn penuh semangat, "Dr. Mahathir Mohamad". Terdiam jap sume org. Mata sume tertumpu kat aku sbelom group tu jawab, "Yup".

Haha. Lawak2. Aku cume mampu gelak dalam hati. Mane taknye, soalan sbelom2 tu, aku jawab perlahan sampai kene ulang jawapan. Soalan kedua pon aku jawab gak, pasal objektif MSC. Soalan2 lepas tu bler ditanye, mata group tu akan pandang kat aku, mcm nak suro aku jawab gak, tp bg peluang laa kat budak laen dapat participation marks gak kan. Lg satu yg aku perasan, lepas jer budak laen jawab soalan, group tu akan elaborate sket, pastu dorg cakap "Right?" sambil mata tertumpu kat aku. Aku pon senyum dan angguk kepala sambil buat muke bangga mcm kate "Betul laa tu". Sbg penutup, last question aku jawab gak, tp x ingat pasal ape.

Itu laa serba sedikit kejadian yg berlaku hari ini yg menggembirakan sedikit hatiku ini.


Ketika ini sedang cube type journal selaju mcm aku type kat blog nieh.




Monday, December 15, 2008

I have no idea what is wrong with me

I have four journals to be submitted this Friday.

I work 19 hours per week.

That's physical.

Emotionally, a lot more has happened and is happening.

Sometimes i become mean, and sometimes i become pathetic.

Sometimes i'm a girl with no feelings, and sometimes i'm a girl with full of unnecessary feelings.

The feelings i should not feel, i felt it.

The things i should not do, i did it.

I don't know what is right and what is wrong anymore.

I am trying hard to avoid myself from being insane.

I need to talk to a neutral person.

Someone who doesn't know my surroundings.

Someone who is not judgmental.

Someone who can give me advices without me resisting to follow them.

Besides Him, I think i need to talk to a professional psychiatrist.

Saturday, December 13, 2008

Kerana Cintaku Saerah

Da lame cari drama nie. Sejak beberape bulan lepas, tp x jumpe2 kat youtube. Tapi tadi tetibe teringat balik cite nie coz lepas tgk Rona Roni Makaroni, teringat yg pengarah cite nie jgak yg mengarah drama tu. Byk cite Sharulezad yg best2, contohnya Emil Emilda dan Sindarela. Cume drama Kerana Cintaku Saerah nie genre die laen sket. More to dramatic n sedey2 part. Tp sentuhan lawak dan sindiran gaya Sharulezad tetap ade. Ske sbb lawak dan sindiran Sharulezad byk tertumpu kpd dunia industri itu sendiri, di samping kritikan sosial yg pedas tetapi bernas.

The reason nak tgk cite nie coz dapat review yg bagus. Ditayangkan di slot Samarinda last year mase nak raya. Drama nie jgak yg mempopularkan lagu Seribu Tahun by Imran Ajmain.

So tadi i watch the whole 12 episodes straight with Nad, and guess what? I'm quite amazed with myself. The fact that i can still cry while watching dramas or movies. Da lame gler rasenye x nangis bler tgk mane2 drama or movie. Sedey laa macam mane pon cite tu, xkan nangis punye. Setakat rase sedey dan emo jer laa. Sampaikan my friends cakap aku xde perasaan. Aku pon x tau nape aku xleh nak nangis, walaupun sbenarnye aku menghayati cite tu. Kadang2 aku dapat rase mcm aku kunci ketat perasaan nak nangis tu. Mcm, "Ala, chill sudeyh".

Tp Kerana Cintaku Saerah membuktikan yg aku masih ade perasaan. Isn't that a good thing? I hope so. Coz lately aku dapat rase yg aku mmg xde perasaan. Sebu. Mati. Kejam. Selfish.

Terima kasih kepada lakonan sgt berkesan Benjy.


Thursday, December 11, 2008

Nak kate ape lg?







Entah2 'Datuk' Shah Rukh Khan nie sbenarnye rimas pakai Baju Melayu siap dgn bersamping. Mane biase kan pakai bertutup sume camtu. Tp sbb die respect dan tahan jgak pakai, so ok laa kot.

Yg die menadah tgn berdoa tu mcm confuse sket di situ.


Can I choose not to accept?

Entah mengapa, still rase x puas hati. Tambah2 bler nampak sesuatu smalam. I just can't get rid of this feeling since...biarlah rahsia...yg aku pasti perasaan ini adalah berterusan.

Yg pelik, dgn org laen aku x rase pape. Aku rase itu adalah perkara biasa, tp yg satu nie aku x tau laa sampai bler aku bleh menerimanya. Aku pun x sure adakah saat 'aku da bleh terima' itu akan tiba.

Kalau aku wish aku x nak terima sampai bebiler bleh x?

Aku masih waras, aku xkan doakan keburukan. Cume aku sendiri X NAK terima. This scares me, coz everytime aku cakap aku 'x nak', aku akan dapat sebaliknya. Nak x nak kene trime gak, but for the moment and perhaps for a longer time, aku memilih utk tidak mahu menerimanya.

I'm sick of them, of the hypocrites and watsoever. I know it has been noticed.

Talking about 'hypocite', can someone please define it and clarify it to me? Coz i always get confused with the word 'hypocrite'. Kalau aku panggil org laen hipokrit atas sebab2 tertentu, then that makes me a hypocrite too. I hate hypocrites, but life is full of them, isn't it?








Monday, December 8, 2008

Perhatian kepada Mr Poon

In the previous post about celebrating Najwa's birthday in advance, i wrote that the delicious and yummy cheese cake was made by Nadiah.

CORRECTION! It's POON who made the cake, dgn air tgn die sendiri ok. In fact, cheese cake Poon habis plg cepat time tu. SEDAP GLER wa cakap sama lu~ Sekali makan, nak makan lg byk kali.

Maafkan daku Poon~ sah ngantok gler time tuh. Tp aku pasrah kalau kau x maafkan aku sbb aku tau walaupun aku ngantok gler mcm mane pon, aku x patot tersalah tulis nama org laen yg buat cheese cake sesedap spt di kedai itu. Huhu. *buat muke sedey*

Nak cheese cake lg~ :-D

Thanx Nad for noticing.


Saturday, December 6, 2008

OK!!


I am sooooo excited to post this!! Don't know why but i was sooo into Milo Ventimiglia (or better known as Abg Milo for me) this evening, particularly during his first-noticed appearance in Gilmore Girls. I watched a few scenes of him and Rory and i was about to know that there will be Season 9 of Gilmore Girls!! Even longer than One Tree Hill!! Honestly speaking, i stopped watching Gilmore Girls after the end of season 5 or 6, but i love Rory and Jess together. Of course more to Abg Milo laa, hahaha!! So after finding out about the latest season, i browse a website and found this quiz, similar to the previous quiz i've done on One Tree Hill where i suit the character of Haley James.

So check this out!!



I AM JESS MARIANO!!


Muahahahaha!! Sooo happy!! But maybe if i am Rory i'll be more happier coz i got to be with Jess!! Same reason why i like to be Haley James in One Tree Hill, because of Nathan Scott :-P


Wednesday, December 3, 2008

HAPPY advanced 21ST BDAY TO NAJWA DIYANA SHAFEI

Hi all my readers!!

It's been a week since the last update!! I know!! I didn't write anything about my Gold Coast trip though i should do so. I didn't write anything that i wanted to write for so long. Tangguh2 sampai cite da jadi basi. Lgpon, xde pape yg menarik sgt. Cume aku dok asyik melayan cite kat youtube. Musim melayan cite melayu skarang nie. Thanx to user sharimie.

Tp cite hari nie harus ditulis segera. Nanti da lame x best.

Alkisahnya, hari nie sebahagian dari org2 yg tinggal di Welly telah menyambut sambutan hari lahir Najwa in advance, sbbnya Najwa dan Paah akan ke Europe hari Jumaat nie. Di samping meraikan hari lahir Najwa, kami juge membaca doa selamat sempena permergian mereka ke Europe semoga mereka selamat sentiasa dan dipermudahkan segala urusan.

Planning utk event hari nie dimulakan oleh Nad sejak minggu lepas. Disebabkan kami faham bahawa skarang nie musim kekeringan duit, maka kami x buat makan2 di luar spt selalu, tp meminta bantuan utk same2 menyediakan juadah dan menyambutnya di 37 SR.

Berikut adalah senarai juadah dan org2 yg menyediakannya:
  • Bihun goreng - Nad & Paah
  • Ayam goreng - Stepod guys
  • Donut - Paah
  • Sambal tumis - Paah
  • Choc cake - Nad
  • Cheese cake - Poon
  • Puding (x tau nama) - Poqy
  • Puding (x tau nama jugak) n choco balls - Dila
  • Buah oren
  • Air bikarbonat
Ade lg ke ek? Saye nie da ngantok, jd kalau ade yg terlupe tu maaf laa yea. Yg penting, byk sungguh makanan hari nie, sungguh kekenyangan. Da laa kenyang, sume org plak penat bekerja, da ade yg pengsan. Hehe. Ouh yea, Nad cite tadi, mase last minute preparation, ramai gak yg tlg. Ade yg tlg kat dapur, ade yg tlg tiup belon dan sebagainye. United kata Nad. Hehe.

Kalau x nampak name aku kat dalam senarai menyediakan juadah, ini adalah kerana tugas aku adalah utk membawa Najwa kuar dari rumah supaya penyediaan dapat berjalan lancar. Alhamdulillah sumenye mengikut plan. Naseb baek bawak Najwa kuar nie senang sket. Plan asal cume nak g Body Shop, Civic, TelstraClear, STA Travel dan Timezone, tp otw tu die ajak masuk sini, aku ajak masuk sana. Buying time. Mase kat STA Travel tu sbenarnye nak tgk booklet dan amek brochure pasal Europe jer, tp lame plak Najwa nie dok menanya itu ini. Hmm, xpe laa, janji boleh 'beli' byk masa lg. Hehe.

Kat last stop which is Timezone, ingat nak maen dancing2 tu, tp ramai plak org. Aku pun ajak die maen Ghost Squad laa, Daytona laa dan beberapa game lg. By the time ktorang kuar dari Timezone, Paah kate x siap lg. Alamak, kedai da nak tutup. Tetibe dapat idea nak masuk kedai Vodafone jap. Kebetulan aku mmg nak tgk harga iPhone. Saje gatal ade impian nak beli iPhone. Pastu Najwa plak seronok dok belek2 hp. Ok bagus2. Belek lg. Haha. Nak dekat 10 mins kat situ, Vodafone pun nak tutup da. Hmm, nak g mane plak nie.

Tetibe Najwa ajak g New World. Hah. Cantik. Aku pun membuang mase kat dalam New World tu. Nampak BrunchBar murah, aku beli satu.

Kuar dari New World, Paah bg isyarat da bleh balik. Ok cun. Tetibe bleh plak Najwa ajak balik jalan kaki. Mmg laa x nak habis-habisan kan. Haha. Pastu bler da turun dari cable car, aku plak ajak die masuk ikot depan. X penah laa kan balik ikot blakang tp masuk ikot pintu depan. Kalau aku jadi Najwa pon aku pelik. Tp aku berjaya bawak dia masuk ikot pintu depan dan akhirnya, SURPRISE!

Dan bermulalah acara makan2 dan bacaan doa selamat kami. Sori Najwa agak simple kali nie disebabkan budget constraint. Tp yg penting Nad semangat beli alas meja dan belon. Hehe.

Ouh lupe, plan asal nak sambut bday Dira MOE jgak coz bday die same dgn Najwa, tp Dira dtg lambat sbb die keje but still lepas Dira dtg, die n Najwa potong kek same2.

Simple jer kan kali nie, but still THANK YOU VERY MUCH kepada sume yg tlg menyediakan juadah, dan trime kasih kerana dtg.

Skarang da ramai yg pengsan. Haha.

Hampir kantoi bler Najwa tanye mane pegi sume baking tray kat umah nie :-P Sebelom tu die heran mane pegi Nad dan Paah x balik2 lepas kuar dari pg.